Jul 4, 2010

mi goreng adabi

♥ 8:29 PM 4 ♥
teringin sangat nak makan mi goreng ADABI

sangat sedap! kenapa kat kedai susah nak jumpa!?

dah pupus ke?

 uwaaaa uhuk3..balik malaysia nanti aku selongkar satu peta malaysia.

pergi kilang ADABI pong boleh ekekeke

beras jepun

♥ 6:45 PM 5 ♥
assalamualaikum semua =)
hello world...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

masa mula-mula datang dulu tak boleh nak telan kalau masak nasik guna beras jepun. kalau masak guna beras jepun mesti makan sikit je. dulu la, sebelum pindah rumah



then after pindah rumah masih lagi beli beras siam. sedap je makan nasi. tapi satu hari bekalan beras siam ataupun thai ataupun yang seangkatan dengannya habis di kedai baticrom;tempat yang selalu order makanan halal. nak tak nak kena beli beras jepun. maka bermulalah hidup aku makan nasik jepun yang lembik2 tu.tapi kalau masak aku kurangkan air supaya tak lembik sangat. dah hampir setahun kut aku duk beli beras jepun je. last order beras thai adalah selepas aku balik dari cuti musim panas tahun lepas. 2 bulan dari sekarang genap setahun la aku duk makan nasik jepun non stop. kuantiti? heh jepun x jepun abis jugak satu pot setiap kali makan kekeke. 

sawah padi kat jepun ni sangat cantik dan teratur. serius tak tipu. aku pernah tanam padi kat sini hehe xde la seronok mana pon. tapi cukup sebagai pengalaman.korang pernah tanam padi ke? =P




oh, belakang rumah aku yang padang bentuk love ni dahulu nya tapak sawah padai kata abah aku. aku pernah tanya la kenapa tak teruskan je? abah cakap tak cukup tenaga pekerja. sekarang ni jadik tempat lembu2 berkeliaran haha ataupun tempat aku main pelampung di kala banjir. natsukashii naa. lama dah ni tak main air banjir. berenang-renang dari rumah ke tepi jalan.terjun ikut tingkap. 



Jul 3, 2010

素直になれなくて

♥ 6:32 PM 0 ♥
buah manga @ mempelam? 100¥ dapat 2 bijik terus aku beli tanpa banyak soal hehe

dah lama tak makan brokoli.sedap2~

sotong goreng yang memerlukan perisai

hidangan lengkap bersama air oren. yummy~

Jul 2, 2010

jangan cakap banyak kalau tak tahu

♥ 8:34 PM 0 ♥
assalamualaikum semua =)
hello world~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

"aku tak paham kenapa la dia tu, ada ke buat macam ni macam tu bla bla bla bla"
"aku tak rasa pun apa yang dia buattu camnicamtu. kenapa korang nak macam ni macam tu bla bla bla "

dan macam-macam lagi la
seperti yang aku cakap katatas. jangan cakap banyak kalau tak pernah duk in the same shoes like them
(them merujuk kepada subjek di atas)

aku tak cakap orang. aku tak tuduh kau. infact, aku sendiri yang pernah cakap and rasa macam tu. kadang certain things yangberlaku banyak yang aku rasa xleyh nak diterima dek akal pemikiran aku ni. dan kadang-kadang jugak bila benda tuorang lain takleyh terima tapi aku heiki je pun tak boleh jugak.sehingga la benda tersebut jadik kat diri sendiri. baru la terfikir macam ni

"baru aku faham perasaan mereka dulu"

so, jangan nak main redah je cakap. because everything happens for a reason. ecece~


Jul 1, 2010

saraf sensitif terlebih..........ke?

♥ 11:03 PM 2 ♥
assalamualaikum semua

hello world~
=)
****************************

waiter datang nak amek order pon nak terkejut
sensei tetiba ada kat sebelah pun nak terkejut oyoyo kadang-kadang benda yang dah tahu akan berlaku tapi still terkejut kalau berlaku

dalam kampung aku ada seorang pakcik ni.suka sangat buatorang terkjut. dari jauh dah nampak dia jalan kat depan aku.dah nampak depan mata.dah tahu akan selisih ngan dia nanti
dari jauh dia senyum2 aku pun senyum la jugak. peramah katakan. tup2 sampai dekat je dia jerkah aku.time tuh jugak la aku kan menjerit oyoyo macam nampak hantu je

rasa macam pernah tanya sensei biologi ke sains ntah dah lupa. kenapa cepat terkejut. cepa tnervous. sensei cakap saraf sensitif terlebih kot kekeke

oh cakap pasal lupa. i really have a bad bad bad erm..penyakit? macam dory? ala ikan kaler biru lam citer finding nemo tu.maybe aku tak berapa teruk macam tu. or sama je? hahaha

contoh satu : semalam ke smalam punya smalam ntah dah lupa (see!!!) aku beli aiskrim. oh hari selasa sebab timetu aku puasa. so belila aiskrim on the way balik.sebab x boleh makan aku letak je dalam bag. dalam perjalanan pulang tu aku ingatkan la diri aku "janganlah lupa nak masukkan balik dalam peti ais.kang cair dalam bag"

so aku balik.tunggu bukak puasa. malam before tidur aku selongkar bag nk kemas2.tup2 aiskrim aku dah cair lam bag. padahal dari kedai nk blk rumah aku tu 3 min je kot. nasib baik dalam plastik. xdela basah lencun bag aku. 

contoh dua: banyak perkara-perkara lepas aku lupa.totallyforget! kalau kouhai aku nak bercerita balik kenangan ke apa-apa yang berkaitan mesti aku x engat langsung!!!! siyes xtipu

nanti kalau aku engat contoh aku gtau balik ek kekeke

dulu-dulu aku selalu mintak hilang ingatan.atas alasan apa pun aku dah lupa. ni kut yang aku terima? nak sangat kan. huhu nak kata makan semut tak ada pulak semut kat jepun ni

nak tanya pakcik google lah jap.

macam mane mau menten!?

♥ 10:09 AM 4 ♥
assalamualaikum semua~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

malam tadi bermula satu hari yang x produktif..balik dari lab petang ti duk fikir2 nak masak nasik atau goreng udon. dalam duk fikir2 tu aku makan jajan kejap.tetiba rasa macam kenyang.so relax xnk masak lagi. layan drama bloody monday jap. guling2 jap sampai la tertidur. aku xtau la lena tak lena pagi tadi baru terjaga. badan x larat nak gerak. perut kosong.darui gile lah.. bangun2 terus masak udon ni. memula nk goreng aje.tapi rasa macam nak makan berkuah. so terhasil lah macam ni. 



sebelum makan tadi timbang berat jap. yappari, memang turun 1kg.after makan satu bowl besar udon tadi pon langsung xgerak kot. haihhhh. nak naikkan berat badan sah2 la susah. atleast kena menten!! nih turun pulak.oyoyo
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting