Sep 4, 2010

cinta itu buta

♥ 6:33 PM 0 ♥
orang kata cinta itu buta. betul ke cinta itu buta. ?atau pun kita yang buta bercinta. ?orang akan cakap cinta itu buta bila kita dah tak nampak keburukan orang yang kita sayang. kentut pun bau wangi. orang kata la, bukan aku. sebab kentut dia tetap busuk! haha


***************************************** 
Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu 
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.
"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor 
yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari 
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta 
tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya 
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya 
pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............
Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu 
memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari 
kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas 
dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais 
dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan 
menu lainnya.

Amin memberikannya 
kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,
"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti 
habis diguna untuk makan ayam 
bakar dengan sayur ulam dan sambal 
belacan." Amin mengiyakan dan si 
lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. 
Dia datang lebih awal ketika belum 
ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang 
boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat 
nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan 
sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, 
kamu usapkan sudu ini di 
ketiak kamu"
"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham.
"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah 
memaksa. 
Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan 
menyerahkan kembali kepada Amin. 
Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta 
itupun menghidu sudu itu, dengan 
mengernyitkan keningnya, lelaki buta 
tersebut berkata, 

"Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di 
sini....... boleh saya jumpa dia"
Amin: ????????????????.(bengang)
Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa..................... 

*********************************************


hehe sekian. saje hiburkan kamu time puasa ni. 

Sep 2, 2010

omiyage (souvenir)

♥ 1:12 AM 2 ♥
kejap je lagi nak nek densha(train) g airport
petang nanti dah sampai di malaysia insyaAllah
dah boleh berbuka di bumi merdeka
ok, sekarang nak tanya....



SIAPA NAK OMIYAGE DARI JEPUN????

aku kira sampai 10 je. cepat gtau.

1




2




3




4




5




6




7




8




9
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
10!


tetttttttttttt! abes masa.
ok bai. xde hadiah untuk kamu!


Sep 1, 2010

baju dari korea sudah sampai!!!

♥ 3:21 PM 0 ♥
tadi masa nak keluar pergi shopping raya kat mitsuwa tergerak hati nak tengok postbox. boleh pulak tengok postbox guna gerak hati je hahaha sebab postbox selalunya dipenuhi ngan chirashi/flyer/risalah(pakcik translate y ckp) je, kalau ada surat kad jemputan kahwin dari anak perdana menteri jepun ke, duit beratus2 man kan ok jugak. okdahmelalut.




pastu nampak satu sampul surat kaler coklat! eh eh dah sampai. sambil langkah sorang2 senyum gedik2 aku bukak . yeay!!! baju baru dah smpai. cute! oh i lykeeeeeeeeee~thanx cik izatlela! baju ni aku dapat sebab terpilih masa masuk acara menulis dan menang haha. walaupun aku xtahu dipilih sebagai pemenang berdasarkan pengalaman aku y best tu ataupun xde orang y nak baju aku pilih ni, but who cares??? yang penting aku dapat baju. and terima kasih banyak2 sebab smpai sebelum aku berangkat pulang ke malaysia. now aku boleh keluarkan balik baju yang aku nak bagi kat kakak aku haha

balik tadi aku try jap. eh comel. tapi sebab dah janji kat diri nak bagi kat akak aku, maka terpaksa batalkan hasrat untuk buat hak milik sendiri haha

p/s: hadiah zaidi tak pos lagi! after cuti boleh tak wahai empunya badan! hahaha

Aug 31, 2010

wajib ada post merdeka ke?

♥ 7:21 PM 0 ♥
rasa macam lama je aku menyepi. ceh padahal last update semalam kot memang betul-betul menyepi. selalu aku semangat je nak update apa-apa kat sini. tapi something came up pastu terus takde mood nak post apa-apa. xde mood nak blogwalking. eh, entri BW award tak buat lagi. see? dah berkurun orang bagi aku award. haiihh.oh. selamat hari jadi malaysia! tapi ni hari malaysia mendapat kebebasan kan? hari jadi malaysia 16 sept kan? dah jadi cuti umum pun.malaysia dah 53 tahun merdeka.kalau tetiba aku ngah jalan ronda-ronda kat pasar ramadhan nanti ada orang datang interview tanya pasal hari kemerdekaan ni, apa aku nak jawab ek.


apakah makna merdeka?
apa pendapat anda tentang malaysia yang dah 53tahun merdeka.?

 terkial-kial jugak lah nak menjawab. lagi susah daripada soalan aku jawab exam aritu.
eh tak sabar mahu pulang! hoy,hoy!

Aug 30, 2010

mari kita shopping!![updated]

♥ 7:12 PM 5 ♥
assalamualaikum =)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tak lama lagi akan pulang ke malaysia. apa yang sinonim dengan perkataan balik-malaysia? atau apa yang korang akan terfikir @ perlu buat bila balik malaysia? makanan sedap2? itu sudah pasti.tapi yang selalu aku duk teringat and terfikir adalah omiyage @ buah tangan. mulanya rasa macam taknak beli apa2 sebab decide nak balik pun last minit. dan tak save la duit untuk bahagian omiyage ni. tapi bila fikir2 balik, xbest pulak kalau balik tak beli apa2 untuk family. so di sini saya sertakan senarai yang perlu dibeli untuk my family.


1. ma & abah : rahsia
2. kak ugi & family : yukata budak utk anas
3. abg T & family : set cawan
4. kak jang &family : yukata budak kecik utk airiel
5. joe : T-shirt "i love japan"
6. yo : T-shirt "i love japan"
7. sya : kereta mainan
8. Ira : onepeace
9. sapik : kereta mainan



semua sudah beres!!!!

2012olympiclogo-zionist-freemason-illuminati?

♥ 3:08 AM 1 ♥




what say you?
baca post penuh di sini
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting