Apr 21, 2014
on & off
Feb 8, 2014
yuki sudah turun
Alahai terus terkenang zaman belajar kat sana dulu.
tiap2 tahun mesti pergi main snobod.
rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
bila la boleh pergi lagi ek.
bawak anak2 pulak ke hihihi

Jan 13, 2014
Apa sudah jadi
Kiamat makin menghampiri,
Kita masih di sini,
Bisa untuk berlari,
Tapi masih teguh kaku berdiri?
Tadi ternampak satu tweet yang diRT oleh seorang hamba Allah.
Dan aku rasa benda ni dah makin heboh diperkatakan.
Tegar sekali membanding bezakan Rasulullah s.a.w dengan seorang manusia biasa, malah diperlekehkan lagi.
Astaghfirullah, semoga si pelaku kembali berfikir dan merenung sejenak.
Galaunya hati seorang ibu, yang nyata jauh lagi perjalanan untuk mengejar syurga Allah....pada masa yang sama mahu membesarkan zuriat mengikut jalan yang benar....di dunia yang seakan sudah sampai masa hujung nya.
Bilamana di usia yang begitu muda, sudah berani mendedahkan kepada umum betapa bangganya melakukan perkara begitu. Aku cium kau, kau cium aku, aku peluk kau, kau peluk aku.
AKU BUKAN MAKSUM.
Aku juga pernah berdosa.
Saban hari aku meminta agar ditutup aibku olehNya.
Tapi mereka tidak segan silu membuka pekung di dada.
Dunia semakin sesat.
Semoga aku tidak terjerat.
Dec 9, 2013
Bahana kafein?
Jam dah pukul 1pagi waktu tempatan.
Tinggal aku sorang terkebil2, diapit sang putera dan puteri di kiri dan kanan.
Kenapa begini? Sepatutnya aku lena dibuai mimpi, walaupun bukan mimpi indah aku rela diulit mimpi ngeri sedikit daripada terkebil2 menghitung biri2 begini....
Tadi di secret recipe
Aku balun cappuccino cheese
Berserta dengan ice chocolate white coffee? Aaahhh persetankan namanya, aku lupa turutannya. Yang penting semua ada.
Tanpa segan silu teguk lagi cafe mocha si dia.. bertalu2...
Lalu beginilah akhirnya...
Memang aku tidak pernah belajar dari pengalaman lalu!
Bagaimana bisa aku bangkit pukul lima? Waduhhh!!
Esok jadi zombie.
Brain....brain....I want brain....brilliant brain.....
Nov 13, 2013
Bikin panas
Kat atas jalan raya ni ada dua manusia y bisa membuatkan darah menyirap.
1. Belok kiri kanan x bg signal. Kalau mmg jalan kosong xde orang xpo la. Ni duk melangut tgu tup2 dia nk masuk simpang rupanya. Ni contoh ye.
2. Signal dah elok bagi, tp x amek kira ada org ke x kt sebelah, terus je belok. Apa dia ingat kita ni halimunan ke apa?
Kalau kome nmpak kawe buat gini jugok, silelah hon kuat2 bagi ambe sedar diri hak2.
Nov 3, 2013
makanan apa namanya lembing?
suatu hari aku makan nasik. ada satu lauk yang agak masam2. aku xtau apa dia.
lantas tanya orang sebelah.
A; ni sayur ape ek>? *dlm hati dah agak mcm *** tapi takut salah makanye aku bertanya.
dgn konfidennya si B menjawab.
B : lembing.
A: haaa? lembing? *muka aku dah abes berkerut dengar jawapan..
B : yela , lembing.
A : lembing?? * tanya lagi dengan nada mintak kepastian.
tiba2 si B terdiam...
B : eh belimbingggggggggggggggggg...
A : gelak pecah perut la jwbnye hahahaha
| ini belimbing buluh. |
| ini pula lembing. |
sila cari persamaan mereka . kekeke