Apr 30, 2010

xsuke tulip!

10:10 PM 4 ♥
hahahaha entah apa-apa la.memula semangat la sangat2 mahu pergi melihat tulip di tonami, toyama.
semangat berkobar2.tapi saya sia-siakan pemergian saya.sebab mengada-ngada pergi guna M mode. kadang2 P kadang2 saya dah lupa.iso dah tunggang tebalik.ape entah lagi yang boleh ubah semuanya diubah. maka terhasillah gambar yang kurang menarik. tensen2. tetibe rasa mcm xnak dah amek gambar! banyak masa dihabiskan dengan kekeliruan fakta di sana sini. tidak begitu ambil pot apabila mereka bergambar.sedih! 
tidak mahu bercerita panjang lebar.lihatlah beberapa keping yang berpuas hati daripada 200++ keping gambar yang hanya layak masuk recycle bin sahaja. 





Apr 29, 2010

gamba passport

4:43 PM 5 ♥
debaran shukatsu kian terasa.sibuk pk psl suit+resume+bag+kasut smpai terlupa psl gamba.*padahal xstart pon agi resume hehe

td belek2 terjumpe gamba passport y lama.last amek gamba passport b4 dtg jepun dulu iaitu 3tahun yang lepas. cuba lihat perbezaan nye hihi

 2005

gamba utk buat passport . 
2006

betul2 before fly ke jepun.
awl 2007


latest 
2010
(baru je amek snirik td lam bilik haha)

rasa macam berubah sangat kot muka.
bukan dah jadik muka orang len 
tapi kegemukan kt pipi tu macam dah berkurang la sikit, 
alhamdulillah. haha

kesimpulannya, kehidupan di aaj buat aku gemok dan tembam! haha


Apr 27, 2010

negative

8:39 PM 0 ♥
sometimes kita rasa dengki + jeles + iri hati + terasa bila kita tengok kawan kita dapat something daripada orang yang kita dan kawan kita kenal.

sometimes rasa macam disisihkan.

sometimes rasa macam orang tu berat sebelah tak sayang kita. punya la tamak nak jugak apa yang orang lain dapat.

sometimes..... kita tak bersyukur dengan apa yang kita dapat tapi orang lain tak dapat. lagi suka adalah.

sometimes..... kita tetapkan sesuatu sebagai kayu ukur. janji dah boleh lepas yang tu dah kira puas hati. tak pernah nak fikir yang lebih sikit dari kayu ukur tadi.

sometimes..... kita terlalu memandang rendah pada orang lain. merasakan diri sudah cukup bagus. tidak pula rasa dipandang rendah oleh orang lain yang lagi bagus daripada diri sendiri

Apr 23, 2010

shukatsu

10:57 PM 5 ♥
tadi baru sahaja pergi membeli suit dan kasut untuk shukatsu. oh shukatsu ? aaa nanti on 3rd may akan diadakan career fair di tokyo.oleh yang demikian, kami para pelajar tahun 4 akan ke sana la untuk sesi temuduga. kalau ada rezeki after grad nanti terus dapat kerja.kalau tidak, menganggur sahaja di rumah. 

then, tadi baru sahaja senaraikan apa yang patut diselesaikan sebelum tarikh keramat tiba. cuak x cuak juga ngan resume tidak buat lagi, mentally not ready yet. dengan english nye pera-pera berterabur sumpah x tipu! malu gila lah nak pergi shukatsu mcm ni. bahasa jepun pun tak usah nk cerita la takat tuh aje. aduh pening2. 

bila boleh bercerita kat abah ni? call umah asik x dapat. dail talipon tangan asik tak berjawab. secara rasminya mmg x inform lagi kat abah dah selamat naik tahun 4. cuma dapat gtau kt kakak n adik. harap2 kakak tidak lupa utk inform kat abah.

rindu la kat umah T_T walaupun kadang2 balik tu asik membuta dan memerap je kat dalam bilik tidak ada gaya macam anak yang bagus langsung + tidak ada ciri2 orang nak buat menantu kalau pandang sebelah mata pandang dua belah baru okay kot haha, (mak aih panjang lebar) tetapi tetap berasa rindu nak balik bermalasan di rumah daripada bermalasan di sini.

oh cuba untuk bercakap menggunakan bahasa melayu baku.ternyata gagal. terasa begitu banyak perkataan yang disalah gunakan dan gagal mencari perkataan yang sesuai. 

Apr 20, 2010

if sharing is caring, then caring is?

6:16 PM 0 ♥

bila kita amik kesah (care), dia cakap kita busy body.
bila kita buat xkesah, dia cakap kita pentingkan diri.
so kita amek kesah balik tapi dia cakap kita xde keikhlasan hati.


der, wak lu! wa xmain la mat2 motor macam lu
wa layan mat2 kereta ja, ada bumbung!


pheww~


saya sudah menonton adnan sempit.anda pula bagaimana?

Apr 18, 2010

i miss you

7:25 PM 0 ♥

rindu

10:53 AM 2 ♥
merindui mereka yang tidak mungkin akan ditemui amatlah perit.
dan bertambah perit jika kita tidak mampu untuk meluahkan rasa itu.
17years is not that long right?
-alfatihah-

Apr 16, 2010

mahu!

12:33 AM 0 ♥
sy mahu XPERIA X10 sony ericson satu boleyh? kaler hitam!!! aaaaaaa

Apr 15, 2010

mari makan aiskrim

7:13 PM 0 ♥
melarikan diri dari kurungan lab pada pukul 430 ptg hihi.
jalan2 sana dan sini


ala nmpak mcm pipi mengembang pulak.
ok jap nk tarik tudung ke depan sket kasik tutup pipi



erk! sama je haha

Apr 14, 2010

sejuk sesejuknya

5:54 PM 0 ♥
selalu tersalah tafsir cuaca kt lua. 
mentari bersinar terang.rasa2 ngan tangan angin ikut tingkap pun mcm ok je.
pakai la nipis sket xdak baju belon2.
perghhh! smpai sekolah je menggigil terus.
dah la xsehat sangat nih.satu hari menggigil.
duk kt lab pon terketar2.

pernah satu hari mcm ni jugak. 
pahtu esoknye duk timbang2 pakai la baju belon2.
alih panas x hengat lah.
perubahan suhu yang x menentu.
phheewww~


Apr 12, 2010

update

10:06 PM 2 ♥
pertama2 nya..slalu je lupa nk update berita2 gembira nih

berita baik
untuk makluman semua, alhamdulillah saya telah selamat memasuki tahun 4 (betul ke memasuki?)
n dah ade lab research snirik dah. last week duk pilih2 then this week officially masuk lab. 1st week ni xde keje lagi, so duk mengadap je komputer tuh amik syarat tunjukkan diri pg lab.

berita kurang baik
saya sekarang mengalami gangguan(mcm salah) kesihatan. senang cerita kurang sihat.bermula dengan dua hari lepas rasa gatal2 lam kerongkong, firasat mengatakan akan batuk kalau ada tanda^tanda begitu.dan memang betul sangkaan kerana pada hari esoknya semasa berhanami batuk tidak berhenti2. pada sebelah malam pula mula rasa lemah, suhu badan macam meningkat tapi meyakini tidak demam. (selalu keliru demam atau tidak). dan harini hidung mula tidak dapat berfungsi dengan baik. dalam kelas hanya kedengaran bunyi batuk mengganggu suasana pelajar. maaf ya semua. 

oh terpanjang pulak. 
dan akhir2 ini dalam keadaan tidak sihat cepat betul terasa hati. memang tidak dizahirkan kerana perkara remeh temeh yang tidak perlu diperbesarkan.

ok semua, sila doakan semoga saya cepat sembuh ok. 
rindu rumah~ T_T

Apr 10, 2010

kek coklat

9:23 AM 0 ♥
hari ini kami warga fukui akan berhanami (tengok bunga) di bawah pohon sakura sambil berbbq
dan saya mahu mencuba nasik membuat kek soklat...lagi. haha ye saya hanya tahu buat kek coklat sahaja. haha setakat nih saya hanya mempelajari buat kek coklat, kek lobak merah n kek........ oh xde dah haha.

oh ckp psl kek nih ade 4 jenis kek y setiap kali saya makan, termakan, ternampak..maka saya akan engat sesuatu or org y pertama buat kek tersebut y buat sy berkata "kek ini sgt sedap". erm xtahu nk buat ayat tapi lepas baca paham kot haha

1.kek carrot. nih kek sy y pertama sy buat lepas beli oven.sy pernah makan kek carrot y dibuat oleh senior sy. sgt sedap! maka sy pon nk la jugak buat kek tuh. tapi xsesedap kek y pernah sy makan. tensen2.

2.kek coklat y dibuat oleh sy n dia. haaaaa kenapa bleyh ingat? yelah2 org mungkin akn ckp ada sentimental value ke ape2 je lah mmg x dpt dinafikan tapi bagi sy, itulah kek coklat pertama y sy buat kt rumah gune oven y menjadi mengikut selera sy. setiap org punya citarasa sendiri. mungkin kek y sy suka tuh org len xsuke pon tapi sy suke haha.

3.kek apple. si dia y buat on my birthday.mungkin sblom ni sy penah mkn kek apple tp saya xtahu itu adalah kek apple. so lepas2 ni kalau sy mkn kek apple sy akn ingt " oh kek apple. y dia buat tu"

4.kek span.(tetibe rasa ejaan mcm pelik) haaa masa sy kecik2 dulu sy n adik lelaki sy suke betol buat kek span. pakai pengukus tuh. asal mak n abah xde je buat kek. pahtu bila periuk dah rentung sembunyikan bawah rumah. tapi last2 kantoi bile banjir periuk tuh terapung haha

oh nk letak la resepi kek coklat. amek dr internet tp diubah suai sbb ketiadaan bahan. so guna apa y ada sahaja


******************************
bahan A
250g butter
2 cwn tepung
2 cwn gula
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
6 biji telur

bahan B
1/2 cawan gula
1 cwn serbuk koko
1 cawan air

cara-cara membuatnya:
1.masakkan bahan B di atas api y kecil.kacau sehingga gula hancur.tutup ape kemudian biarkan
2.campur dan ayak tepung, baking powder dan soda bikarbonat
3.pukul butter dan gule sehingga kembang
4.kemudian masukkan telur satu persatu
5.masukkan bahan kering berselang seli dengan bahan B yang di masak
6.sapu loyang dengan minyak/butter.
7.tuang ke dalam loyang dan bakar selama sejam pada suhu 160

selamat mencuba


nih gamba sebelum dibakar haha

pahni dah siap sy taruk gamba kek itu oke. 


Apr 7, 2010

fuuuuuuuuu

7:56 PM 0 ♥
esok yang bakal menentukan perjalanan hidup selama setahun.
nak pilih yang mana satu nih? resultx seberapa kalo nk fight masuk kenkyu y best2 n ninki.
oh kebuntuan~

Apr 6, 2010

terumbang-ambing

7:59 PM 0 ♥
pernah x rasa terumbang ambing je hidup?
tidak mempunyai matlamat?
rasa kosong je kt depan..

haiihhh~

-berehat la kejap-

Apr 5, 2010

permulaan yang baik.

5:31 PM 0 ♥
hari ini hari pertama persekolahan. erm kedengaran seperti budak sekolah lagaknya. ok. di jepun, pelajar universiti lebih cenderung untuk menggunakan perkataan gakkou(=sekolah) instead of daigaku(=university). seperti contoh perbualan biasa bersama teman2 negara lain. kyou gakkou ikuno? yang bermaksud : hari ini pergi sekolah? so apabila sudah biasa, maka apabila ditafsirkan dalam penggunaan biasa bersama rakan2 di malaysia mahupun keluarga, maka terhasil lah perbualan seperti "okay lah, mahu ke sekolah.". kadang2 terpaksa menukar sekolah kepada kelas. supaya adik saya yang sudah habis bersekolah tidak mengeluarkan kata-kata seperti "kesiannya, dah tua pun bersekolah"

itu sahaja untuk hari ini. terlalu panjang mukaddimah sehingga terlupa apa yang ingin disampaikan. next time maybe? 

Apr 4, 2010

jalan2 sebelum sekolah bermula

7:42 PM 2 ♥
oke. sabae nih nama tempat kt cnie.harini pergi jalan2 ke sana. dengan harapan dapat la tengok pertunjukan belon panas. erk betul ke pertunjukan? haha. tapi disebabkan angin yang kuat maka xdapek la nak tgk. so jalan2 tengok bunga kaler kuning je. pahtu jalan2 lagi pegi dekat nishiyama kouen.sakura masih belum mankai. xkembang sepenuhnya agi. malu-malu kucing lagi nk jenguk dunia.
musim sekarang adalah spring. kalau di jepun ni sangat2 la terkenal dengan aktiviti hanami iaitu bersiar2 sambil lepak2 makan2 sambil tengok bunga sakura.eheh. so kami warga fukui kemungkinan akan berhanami next week lah. so utk kali ini, enjoy je la gamba yang sempat di snap sana sini.











so, did you enjoy the pictures? hihi

Apr 3, 2010

people change~

7:40 PM 2 ♥
yup
people do change
the way they think, eat, their outfit..everything
so, how about you?


genkai

2:04 PM 0 ♥
should i stop thinking bout it? haaihhh...
genkai2.
if only i can write down everything here. *sigh*

someone tell me to always be positive. think positive.
i will.

Apr 1, 2010

urghhhh~

4:26 PM 2 ♥
CLUMSY!
yes i AM! ayoyo.
td g bukak peti ais nk amek telur. berangan nk msk sambal la kan. pahtu bile nampak telur tuh teringat la pulak insiden dulu2. u know wut, for almost 3 years staying here in japan, last sem br tau mcm mane nk bukak pack telur tuh. slame nih siap pakai gunting bagai. thnx to my junior. ish malu betol.

oke, pastu tadi tuh bukak la kt tempat y mmg khas utk bukan pack tu, ganas sgt kot abes berterabur telur 3 bijik jatuh atas lantai sebijik jatuh atas sofa. selamat la satu bijik. abes pecah 3 bijik terburai atas kapet!!!!! ayoyo... pastu menggelabah cari tisu y duk atas danbou depan pintu bilik pon x nampak! nasib malang si karpet. 

tapi tidak menggugat keinginan nk masak telur. daripada duk pk2 plan2 nk goreng sebijik. terus jadik 2 bijik setengah y dpt diselamatkan td. 

sambal dah masak. mau makan! hehehe

xtau tipu ke x

2:05 PM 0 ♥
saikin tgk kt mane2 blog byk betul skim cepat kaya ni.
aku dulu cepat la terpengaruh. keluar modal sket nk dapat duit banyak. tapi last berhenti sekerat jalan sebab malas. ayoyo
tadi ternampak kt blog org. aku pergi la click. oh macam tu. agak2 boleyh jadik ke?
ntah. xsalah mencuba kot. tengok la dulu hasilnya macam mana. free je pun hehe.
kamu semua pon boleyh tolong. saling tolong menolong. korang tolong aku, aku tolong korang.. deal?
nak tau? cuba la pegi kat cnie. xsalah mencuba kan? hehehe

http://www.fineptc.com/index.php?ref=ckynwan
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting