Jun 23, 2010

aurat di luar dan ketika solat

9:49 PM
2nd post for today.

seperti biasa sebelum keluar rumah, aku akan berdiri depan cermin. menilik jerawat bintik-bintik hitam memeriksa keadaan pakaianku. mungkin menarik perhatian mana-mana lelaki? biasa lah mata lelaki ni kadang-kadang susah untuk dikawal. so aku sebagai perempuan la yang perlu berusaha supaya pandangan mereka tu terkawal. insyaAllahdengan izinNya. so aku akan berdiri di hadapan cermin, pandangan sisi kiri dan kanan, pandangan atas je tidak mampu buat. x ada pulak cermin kat siling rumah aku ni. bila aku tilik-tilik macam tu kalau nampak part2 kurang sopan, aku usaha betulkan. selesa di mata ku dan juga agamaku. orang lain nak pandang macam mana pun peduli apa kan.

so tadi aku pakai pakaian insyaAllah sopan. menutup apa yang patut sebagai seorang muslim. tetapi baru aku perasan yang lengan baju terlalu besar. kalau angkat tangan lengan akan turun dan nampak lenganku dalam hati terdetik " alah, lupa pakai stokin lengan. macam mana nak solat nanti?"kami pelajar di sini sudah biasa solat dalam kampus. di penghujung tangga, dalam kelas . langsung tidak menjadi masalah. yang penting suci dan sah solat. dan ketika itulah terdetik di hati aku. "kenapa fikir nak tutup bila nak sembahyang sahaja?"

bukankah aurat ketika sembahyang sama juga dengan aurat di luar solat? mungkin di malaysia sudah biasa solat memakai telekung. tapi Allah tidak pernah menetapkan syarat untuk memakai telekung ketika solat. pakai lah apa sahaja dengan syarat menutup aurat. dan aku di sini kadang kala hanya membawa sejadah ke lab. pakaian untuk solat adalah pakaian yang aku pakai sehari-hari.

tadi aku terfikir terlupa untuk pakai stokin lengan sebab risau solat tidak sah jika nampak aurat time solat. kadang-kadang tidak selesa dengan seluar yang aku pakai.baju terlalu singkat separa punggung malu nak mengadap Allah dalam keadaan macam tu so aku bawak telekung. persoalannya, kenapa aku tak malu pakai macam tu kat di luar solat? astaghfirullah~

kadang-kala aku terlalu mementingkan pandangan orang lain terhadap penampilanku berbanding pandangan Allah terhadapku. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting