Jul 27, 2011

no oily+spicy food, no black coffee, coca cola, pepsi uhuk3

4:45 PM
reactions 
0 ♥
fuhhhh! lama bebenau x update blog. sementara cuti satu hari ni baiklah aku tuptaptuptap jap hehehe. 

pagi tadi terjaga pukul 6 ( selalu bangan after 630 hehehe) sebab perut sakit. tapi tahan. 615 terjaga lagi sebab perut makin sakit. sama macam sakit akhir bulan 4 before datang penang aritu. mula2 ingat sakit perut memulas biasa pagi2 tu. so wat biasa la. tapi macam pelik gak sebab malam tadi x makan pun jamu tu. cewahh makan jamu tau skang hak2.

tapi makin lama makin sakit yang memang xleyh tahan. duk mengerang menangis merengek tapi xkurangkan sakit pun. dari duduk , bangun, telentang, meniarap sumer posisi dah aku buat tapi sakit tetap x hilang. bayangkan la kesakitan tu datang setiap 5 min dari pukul 6. sakit yang xleh nak digambarkan dgn kata2. fullamak bahasa xnak kalah haha

bila duduk terus datang rasa nak muntah. meluru la masuk toilet. eh xde la lari2. berlagak cool lagi hak2. aku rasa makanan dah abes hadam kot yang malam tadi so xde apa yang nak dimuntahkan. maka keluar la cecair hijau muda gitu. pahit gila! xpernah pulak aku muntah2 hijau ni. kalau y masa 1st time sakit dulu xde la muntah hijau. muntah keluar nasik sebijik2 ada la.

dengan perit tekak nya, sakit perut lagi. memang aku xtau nak buat apa. ambil air panas letak lam cawan pastu letak tepi perut. buat cm ala2 tunku(?)/tungku(?) gitu. xleyh nak letak atas perut sebab sakit sangat. duk tahan je sakit setiap 5minit tu. kesian jugak la kat dia sebab aku duk kacau dia pagi2 sebab nak mengadu sakit2. tapi apa dia boleh buat melainkan bagi kata2 semangat seperti "sabarlaaa, nanti nak beranak lagi sakit"

hahahahaha aku macam nak tergelak, nak marah semua bercampur2. so aku jawab balik "kalau beranak dapat anak xpe, ni sakit perut bukan dapat apa2" haha. abes xde idea lah nak cakap. sakit punya pasal kan.

lepas tu aku tertidur balik. bangun sebab orang streamyx datang instal bla3. yeay! pastu siap2 turun bawah nak pergi klinik. nasib baik dapat ngan doctor dulu. sebab aku pernah gak cte masa aku kena dulu2. after sesi soal jawab doktor tu cakap sebab gastrik. perut ada gas. pastu dia bagi tunjuk aku list ubat yang aku kena makan. mak aihhhh. 6 jenis ubat. 5 kena makan 3x sehari n satu setiap pagi. aiyoyoyo.

doktor tu duk tanya kenapa aku ni kurus sangat. dah la mula2 tu dia cakap aku tak paham sangat. haha lawak gila. aku duk citer la aku ni dah makan banyak dari orang lain dah tapi sejak duk nihon memang berat susah gila nak naik. kalau dulu aku lepas nak derma darah sekarang tidak lagi. berat x cukuppp! haihhh nanti pergi amek baju nikah bukannya xmuat, longgar ade la hak2

maka mulai harini kena kibishi kat diri sendiri lak. no oily food, spicy food, no black coffee tapi nescafe xpe skali sehari. no cokes n pepsi. pendek kata xleyh minum air bergas lah. gambarimasu!

p/s: tetiba baru tersedar entri terpanjang ahaks

Jul 20, 2011

dapur oh dapur, bila mau berasap?

9:08 PM
reactions 
0 ♥
percaya atau tidak. start dari hari pertama jejak masuk umah sewa kat sini sehingga lah sekarang tak pernah lagi masak untuk diri sendiri. paling2 mantap pernah bagi dapur berasap hanyalah dengan menggoreng daging bege ramly! can u imagine how is my life right now? haihhhh...

dulu time duk sorang2 kat nihon gigih masak tak kira masa. asal lapa je masak. kol 12 malam pon aku sanggup masuk dapur kalau lapa. eh lapaq. i kan orang utagha skang ngeh3.

tak tau la nak cakap macam mana. nak kata kerja penat sangat sampai xlarat nak masak, mak aku nye kerja lagi la penat kot. aku ni dah la duk lam ofis siap ada air-con. alasan kemain lagi kan. macam mana dapur nak berasap kalau barang2 mentah satu habuk pon tarak? haha. last week semangat gila bawak periuk nasik segala. konon2 nak masak la kan. alih2 duk lam kotak sampai la skang x bukak2. 

cmno nak asah bakat memasak ni? i duk ramai2 ni segan jadik lain macam haha. kalau duk sorang aku men bantai je masak ikut selera ngada2 aku ni. hentam sajalah. kalau tak sedap tekak sendiri yang nak kena telan. haha. *alasan takmau masak

ce bagi sikit tips untuk menyemarakkan semangat nak masak. nanti nak isi perut anak orang xde la segan bebenor. hehe

Jul 14, 2011

i miss everything in the past

9:59 AM
reactions 
0 ♥
masa mula2 masuk sekolah menengah dulu rasa macam tak kenal lagi erti rindu. ceh ayat bajet cool sokmo. tapi bila dah start jauh ngan family, rindu tu makin lama makin berani nak datang. tapi apa-apa pun hidup nak kena terus jugak. lepas tu masuk persediaan nak pergi jepun. time ni lagi lah rindu yang membuak2 sangat kat sekolah lama. rindu 5 uniques kat skolah. rindu tarbiah kat sana.

bila dah terbang pergi jepun, rindu pulak suasana kat aaj. sebab kat aaj duk kelompok yang sama. pusing kiri kana depan belakang muka sama je. sampai satu tahap dah bosan sebab alih2 muka tu je kan duk hadap. tapi bila dah kena campak serata jepun, mula la rindu balik kehidupan aaj. rindu nak main basket, main futsal yang lebih masa rehat dari sepak bola. rindu time yang konon2 nak jogging tapi last2 terbungkang atas katil je.

bila pergi jepun, start campur ngan senior. berlainan umur. duk setempat like a family. banyak termpat bergantung. diberi tunjuk ajar. cmne nak hidup kat negara orang. mcm mana mula2 pergi x pandai nak handle duit. senior nasihat macam2. hang out sama2. jalan sama2 gerak ramai2 konvoi atas jalan. oh rindu gila. tapi tak semua kekal macam tu. bila ramai dah balik, and aku yang jadik senior dah rindu balik nak jadik junior.

sama lah jugak keadaannya sekarang. dah start kerja. no more life as a student. unless aku sambung master kang. rinduuuuuuuuuuu sangat nak kembali ke waktu belajar. sekarang dah xley mcm dulu. dah kena keje. nanti kalau lah x kerja mesti aku rindu nak kerja lak kan? haihhhh

so, apa yang aku rindu sbenarnya?

Jul 13, 2011

Penang~Shah Alam. kenapa 7jam?

12:57 AM
reactions 
0 ♥
Sejak-sejak datang Penang ni makin kurang aku update . haihh malas betul. sepanjang 2 bulan duk sini dah 3x aku ulang- alik naik bas dari sungai nibong ke shah alam. hujung minggu je balik kampung.eh, sejak bila ada kampung kat shah alam ni hahaahaha.

Actually, aku balik rumah akak aku kat p.klang. sambil2 nak uruskan apa2 yang patut n yang berkenaan. Masa mula2 nak naik bas tu punya la cuak. kali pertama nak naik bas, aku kelam kabut g station sg.nibong. bas dijadualkan gerak kol 730. penumpang kena ada kat platform kol 715. aku dengan innocent nya sampai kat situ pukul 7 lebih sket. tunggu punya tunggu jam 740 bas x sampai2 mula la aku kelam kelibut. takut kena tinggal la, ape la. macam2 ak fikir. 

tapi bila tanya member aku,bas memang datang lambat. memang pon. 745 bas datang. sekalik dia duk tunggu sampai kol 8 baru gerak. aku mula2 tensen dah satu badan tapi sabor je la. keinginan nak menjauhkan diri dari penang sangat tinggi kan ahaha.

tapi tak seperti yang aku dapat info, sepatutnya perjalanan 4-5 jam tapi jadi 7jam lebih. macam mana hati aku tak panas kan. sebabnya dia p stop kat jalan duta, pudu sumer. pastu pukul 1230 tu baru sto makan kat slim river. kot. sebab bas tu siap kua tol ke slim river. aku duk dengar2 pakcik drebar ckp kat ipoh. haaa jangan la gelak ke apa sebab aku xtau, slim river ke ipoh. dekat ke jauh dua tempat tu jgn tanya aku. xtau! haha. aku duk heran nape la dorang  ni suka sangat stop kat situ. x stop kat r&r je. after 4 hours br smpai situ then kena sambung lagi 2hours++ untk sampai kl. boleh x? 

kali pertama aku boleh la nak buat xtau je kan. then 2nd time aku p kaunter lain. siap tanya lagi kat orang tu sampai kol bape. bila makcik tu gtau kol 12 aku pon lega la kan. ingat ok la tapi sama je sebab sampai kol 3 pagi gak. penat tol!! serius terus tak suka bas penang! walaupun xde kena mengena ke ape. sowi la org penang ahhaha. aku penat la naik bas 7jam. macam nak pergi johor dah tu kot.

pastu last week buat keje gila pergi shah alam time orang duk sibuk2 ngan perhimpunan BERSIH 2.0. x ke tegar? agak2 kol bape aku sampai? haaaaaaaaaaaa. jengjengjeng

to be continued~

*malas nk menaip. ngntok nk tdoq. oyasumi

Jul 4, 2011

BUDAK BUSUK!

9:54 PM
reactions 
0 ♥

ini adalah budak busuk yang call aku masa on the way pergi p.klang sebab nak nyanyi lagu ibu, papa n nenek.
sangat comel lah kamu ni anas. x sabar nak jumpa cik ikin ek
time nak balik dia buat2 sombong taknak salam, siap genggam lagi tangan. haha
tapi dah sampai kat pintu baru datang dekat ek. 
next week jumpa lagi ok~
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting