Jul 13, 2011

Penang~Shah Alam. kenapa 7jam?

12:57 AM
reactions 
Sejak-sejak datang Penang ni makin kurang aku update . haihh malas betul. sepanjang 2 bulan duk sini dah 3x aku ulang- alik naik bas dari sungai nibong ke shah alam. hujung minggu je balik kampung.eh, sejak bila ada kampung kat shah alam ni hahaahaha.

Actually, aku balik rumah akak aku kat p.klang. sambil2 nak uruskan apa2 yang patut n yang berkenaan. Masa mula2 nak naik bas tu punya la cuak. kali pertama nak naik bas, aku kelam kabut g station sg.nibong. bas dijadualkan gerak kol 730. penumpang kena ada kat platform kol 715. aku dengan innocent nya sampai kat situ pukul 7 lebih sket. tunggu punya tunggu jam 740 bas x sampai2 mula la aku kelam kelibut. takut kena tinggal la, ape la. macam2 ak fikir. 

tapi bila tanya member aku,bas memang datang lambat. memang pon. 745 bas datang. sekalik dia duk tunggu sampai kol 8 baru gerak. aku mula2 tensen dah satu badan tapi sabor je la. keinginan nak menjauhkan diri dari penang sangat tinggi kan ahaha.

tapi tak seperti yang aku dapat info, sepatutnya perjalanan 4-5 jam tapi jadi 7jam lebih. macam mana hati aku tak panas kan. sebabnya dia p stop kat jalan duta, pudu sumer. pastu pukul 1230 tu baru sto makan kat slim river. kot. sebab bas tu siap kua tol ke slim river. aku duk dengar2 pakcik drebar ckp kat ipoh. haaa jangan la gelak ke apa sebab aku xtau, slim river ke ipoh. dekat ke jauh dua tempat tu jgn tanya aku. xtau! haha. aku duk heran nape la dorang  ni suka sangat stop kat situ. x stop kat r&r je. after 4 hours br smpai situ then kena sambung lagi 2hours++ untk sampai kl. boleh x? 

kali pertama aku boleh la nak buat xtau je kan. then 2nd time aku p kaunter lain. siap tanya lagi kat orang tu sampai kol bape. bila makcik tu gtau kol 12 aku pon lega la kan. ingat ok la tapi sama je sebab sampai kol 3 pagi gak. penat tol!! serius terus tak suka bas penang! walaupun xde kena mengena ke ape. sowi la org penang ahhaha. aku penat la naik bas 7jam. macam nak pergi johor dah tu kot.

pastu last week buat keje gila pergi shah alam time orang duk sibuk2 ngan perhimpunan BERSIH 2.0. x ke tegar? agak2 kol bape aku sampai? haaaaaaaaaaaa. jengjengjeng

to be continued~

*malas nk menaip. ngntok nk tdoq. oyasumi
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting