Jul 30, 2012

oh Ramadhan...

10:55 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

rindu belog. sobs T_T

hahaha mengada2 kan. 

harini dah masuk hari ke berapa puasa ye? 

1 ramadhan haritu balik puasa bersama-sama dengan keluarga di kampung, memandangkan tahun ini raya pertama insyaAllah di kampung mertua. baikkan aku? hak2. yela, selalunya raya pertama mesti kat kampung isteri..eh? pandai2 je kan hahaha

so, 1 ramadhan berpuasa dan bersahur di kampung abah, 2 ramadhan berbuka puasa di rumah mertua pulak. kata duk satu negeri kan kekekeke.

3 ramadhan berbuka puasa di rumah mak saudara di shah alam ni.

4 ramadhan pulak berbuka puasa dengan kakak sulungku.

5 ramadhan berbuka puasa di rumah sendiri tapi lauk kat kedai haha.

6,7 ramadhan berbuka puasa di rumah sendiri jugak. tapi Alhamdulillah hari pertama berbuka puasa masak sendiri kekekeke. satu pencapaian bagus x? kekeke

8 ramadhan berbuka puasa beramai2 bersama sepupu sepapat di rumah m.su ana

9,10 ramadhan berbuka puasa di rumah ajo.

dah 1/3 ramadhan berlalu....terasa macam begitu cepat..

 sebelum ni ada baca satu status kawan dekat facebook. rasa macam menikam2 menusuk jantung. x salah berkongsi kan?

**********************************************************

Pejam celik pejam celik dah 6 hari puasa. Pejam celik pejam celik dah habis Ramadhan. Hati semakin sedih dengan masa begitu cepat berlalu. Kalau terlepas kebaikan ramadhan tahun ini, tahun depan belum tentu jumpa lagi. 

Nabi kata akhir zaman masa seperti sepetik api sahaja. Setahun seperti sebulan. Sebulan seperti seminggu. Seminggu seperti sepetik api sahaja. Yang lalai tetap lalai, yang leka tetap leka, yang tertipu dgn ibadahnya tetap tertipu. 

Kasihan dalam ibadah pun kena tipu nafsu lagi. Terawih yg sunat dikejar tapi aurat yg wajib ditutup dibuka. Tadarus pulun nak beri khatam tapi arahan Allah di dalamnya dilanggarnya. Seolah-olah setiap ibadah itu ada tuhan yg berbeza-beza. 

Rupanya selama ini syaitan yang dipersalahkan luar dari Ramadhan tapi nafsu yang lebih jahat dan dominan dalam hidup manusia.

Pejam celik pejam celik. Yang lebih mengerikan dan menakutkan ialah pejam tak celik-celik dan bila celik dah di alam barzakh.- Ust Kamalulhysham Farhan


**********************************************************
Alhamdulillah, dengan kedatangan ramadhan..semacam aura datang dalam diri. terasa syahdu je. bila baca quran bagaikan menusuk2 ke jantung. 


di bulan ramadhan ini, semakin dibuka hati untuk menilai diri sendiri. betapa jauh dari sempurna..


semoga kekuatan ini berkekalan...


___________________________________________________

Ramadhan, 

ramai yang berpusu-pusu menunaikan ibadat terawih. kalau x buat terawih tu ada yang rasa malu bila orang tanya "malam ni terawih tak?"

bila datang bulan ramadhan, ramai yang dah mula jaga tutur kata sebab nanti kurus pahala puasa katanya. 

ramai yang dah mula jaga sembahyang, sebab rasa janggal bila puasa bagai nak rak tapi sembahyang xbuat. padahal, perkara pertama yang dihitung adalah solat.

ramai yang dah mula insaf apabila datangnya ramadhan.

ramai yang sudah mula menyentuh alquran, penuh keazaman nak khatam sebelum berakhirnya ramadhan.

tapi dalam diam, ramai tak di antara kita ni macam hipokrit bila datangnya ramadhan. orang g terawih kita pun nak pergi, rasa macam teruk kalau x pergi tapi perkara wajib lain kita abaikan. solat 5 waktu tu pun ada lagi yang belum cukup sempurna 5x sehari. aurat belum cukup sempurna ditutup. tapi pernah ke kita rasa janggal, rasa pelik macam yang kita rasa bila x pergi solat terawih?

semoga kedatangan ramadhan kali ini boleh membawa perubahan besar dalam kehidupan kita. jangan nanti abes ramadhan, semua yang kita amalkan dalam bulan ramadhan lenyap begitu sahaja kan...


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Ya Allah, tetapkanlah keimananku. 


Jul 16, 2012

ahlan wasahlan ya Ramadhan...

4:02 PM 0 ♥
dup dap dup dap dup dap....

berdebar2 hati ini menunggu kedatangan bulan yang mulia..

semoga kedatangan bulan ini menjanjikan yang terbaik buat semua.

\(^_^)/

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





p/s : berzaman x menaip, inilah kesudahannya. lain kali jgn stop lama sgt, lemau jadiknyeeeeee. huarghhhhhhhhhhhh

Jul 8, 2012

otsukare!

10:31 PM 0 ♥
Assalamualaikum.....

cuti hujung minggu dah nak abes.....

harini bangun pagi2 hari sebab ada bowling taikai!!!!!!!!!!!!! dah lama sangat x main bowling. last main masa belajar dulu kot. 

kalau dulu ada la angan2 nak dapat pemain terbaik kan, skang ni harapan aje la kannnnnnnn hak2. memang longkang la memanjangggggg...

tapi 2game aje la. warming up pon baru nk mula dah nak abes hak2. alamatnye jauh panggang dr api la nak dapat average 100 per game. bawah 100 ok!!!!!!!!!!!! maluuuuuuuu

team biscuit pantry!!


total score game 2



penyokong tegar



the winner!!

Jul 1, 2012

how i spent my weekend #5

10:49 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

lagi sejam lebih je dah nak masuk hari isnin. weekend bakal berakhir kekeke. mcm ape je kan duk counting masa. 

so, how's your weekend guys?mine was perfect!!!!!!!!!!!!

al kesahnye, minggu lepas rs mcm stress smacam je keje. xto la nape rs exausted sgt2. rs mcm nak mencari ketenganan, lari dari kesibukan kerja, lari dr segalanya. time2 letih penat mcm tu la terasa nak berendam lam ofuro. kalo kat japan dulu time sejuk2 lah best masuk ofuro, atau pun lepas blk men snobod. berendam lepas tu mmg bestttttttttttt. smpai tertdo2 pon ado hak2. haaa kn dah lari topik.

so, lepas bercerita buat ayat sedih sket kat encik suami maka bermulalah penginapan kami satu hari satu malam di luar rumah!!!!!!!!!!!! kami menginap di hotel Seri Pasific. suke sangattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt..the services were very3 good!! worth the price. encik suami x menyesal hehehe. i pon same lor. isteri dah belanje kan kah3

memang lepas kerja xbalik umah langsung. ngan baju persalinan apa sumer xde. memang cr pasal nk abeskan dwet gaji y baru masuk hahaha. tapi xleyh buat slalu la kang makan pasir la jwb nye.

lepas satu malam bersantai2 , pagi esoknya kami jalan2 di jalan tar. sebelum ni pernah pergi malam..memang hazab la kan penuh orang. nak bwk kete pon susah apa lagi nak parking.encik suami pernah ckp xnak dah pg situ tup2 haritu dia y ajak. aku apa lagi, layankan aje la kan. so haritu pagi2 hari lagi kami dah sampai kat jalan tar, memang nyaman sket la. xde orang ramai sangat.

sempat jugak la rembat macam2, konon2 shopping raya la tapi aku rasa baju segala bagai yang aku rembat xsempat raya kang aku dah rasmi hak2. 

then lepas kol 2 cmtu kami blah dari sana. tu pun lepas encik suami duk mengadu lenguh dah jalan2. time tu aku rs segar bugar lagi byk tenaga berlebihan . maklum la malam tidur katil empuk lalalala

harini pulak lepak2 umah je basuh, jemur n lipat baju. brunch nasik goreng kol 12 haha. bila nak jadik isteri mithali ni????*sigh~

petang tu kua hajatnye nak beli la brg dapur sket2. minyak, bawang sumer dah abes. pastu tetiba teringin la pulak pergi space U8. xpernah pergi. so dengan gigihnya la pergi. alang2 aku dah drive, encik suami suka la kan jadik co-pilot kat sebelah tu. tapi kecewa la pulak sebab bila sampai2 aje kat sana, x seperti yang aku harapkan. kosong sekosongnya. tapi banyak pulak kereta parking kat lua tu. maybe golongan belia muda remaja pergi main bowling kot... entah, kami x explore byk terus kua balik pergi giant.

sampai2 je giant baru lah boleh borong sket barang dapor. tapi, bukan sekadar bawang ngan minyak je bawak balik. ada barang yang lagi besaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaar punya. x sabar nak tunggu masa merasmikan hak milik itu. :D

so, begitulah berakhirnya cuti hujung minggu kami. esok harap2 tak monday blues la hehehe

how about you guys? happy weekend? sharing is caring~lalala
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting