Jul 30, 2012

oh Ramadhan...

10:55 PM
Assalamualaikum!

rindu belog. sobs T_T

hahaha mengada2 kan. 

harini dah masuk hari ke berapa puasa ye? 

1 ramadhan haritu balik puasa bersama-sama dengan keluarga di kampung, memandangkan tahun ini raya pertama insyaAllah di kampung mertua. baikkan aku? hak2. yela, selalunya raya pertama mesti kat kampung isteri..eh? pandai2 je kan hahaha

so, 1 ramadhan berpuasa dan bersahur di kampung abah, 2 ramadhan berbuka puasa di rumah mertua pulak. kata duk satu negeri kan kekekeke.

3 ramadhan berbuka puasa di rumah mak saudara di shah alam ni.

4 ramadhan pulak berbuka puasa dengan kakak sulungku.

5 ramadhan berbuka puasa di rumah sendiri tapi lauk kat kedai haha.

6,7 ramadhan berbuka puasa di rumah sendiri jugak. tapi Alhamdulillah hari pertama berbuka puasa masak sendiri kekekeke. satu pencapaian bagus x? kekeke

8 ramadhan berbuka puasa beramai2 bersama sepupu sepapat di rumah m.su ana

9,10 ramadhan berbuka puasa di rumah ajo.

dah 1/3 ramadhan berlalu....terasa macam begitu cepat..

 sebelum ni ada baca satu status kawan dekat facebook. rasa macam menikam2 menusuk jantung. x salah berkongsi kan?

**********************************************************

Pejam celik pejam celik dah 6 hari puasa. Pejam celik pejam celik dah habis Ramadhan. Hati semakin sedih dengan masa begitu cepat berlalu. Kalau terlepas kebaikan ramadhan tahun ini, tahun depan belum tentu jumpa lagi. 

Nabi kata akhir zaman masa seperti sepetik api sahaja. Setahun seperti sebulan. Sebulan seperti seminggu. Seminggu seperti sepetik api sahaja. Yang lalai tetap lalai, yang leka tetap leka, yang tertipu dgn ibadahnya tetap tertipu. 

Kasihan dalam ibadah pun kena tipu nafsu lagi. Terawih yg sunat dikejar tapi aurat yg wajib ditutup dibuka. Tadarus pulun nak beri khatam tapi arahan Allah di dalamnya dilanggarnya. Seolah-olah setiap ibadah itu ada tuhan yg berbeza-beza. 

Rupanya selama ini syaitan yang dipersalahkan luar dari Ramadhan tapi nafsu yang lebih jahat dan dominan dalam hidup manusia.

Pejam celik pejam celik. Yang lebih mengerikan dan menakutkan ialah pejam tak celik-celik dan bila celik dah di alam barzakh.- Ust Kamalulhysham Farhan


**********************************************************
Alhamdulillah, dengan kedatangan ramadhan..semacam aura datang dalam diri. terasa syahdu je. bila baca quran bagaikan menusuk2 ke jantung. 


di bulan ramadhan ini, semakin dibuka hati untuk menilai diri sendiri. betapa jauh dari sempurna..


semoga kekuatan ini berkekalan...


___________________________________________________

Ramadhan, 

ramai yang berpusu-pusu menunaikan ibadat terawih. kalau x buat terawih tu ada yang rasa malu bila orang tanya "malam ni terawih tak?"

bila datang bulan ramadhan, ramai yang dah mula jaga tutur kata sebab nanti kurus pahala puasa katanya. 

ramai yang dah mula jaga sembahyang, sebab rasa janggal bila puasa bagai nak rak tapi sembahyang xbuat. padahal, perkara pertama yang dihitung adalah solat.

ramai yang dah mula insaf apabila datangnya ramadhan.

ramai yang sudah mula menyentuh alquran, penuh keazaman nak khatam sebelum berakhirnya ramadhan.

tapi dalam diam, ramai tak di antara kita ni macam hipokrit bila datangnya ramadhan. orang g terawih kita pun nak pergi, rasa macam teruk kalau x pergi tapi perkara wajib lain kita abaikan. solat 5 waktu tu pun ada lagi yang belum cukup sempurna 5x sehari. aurat belum cukup sempurna ditutup. tapi pernah ke kita rasa janggal, rasa pelik macam yang kita rasa bila x pergi solat terawih?

semoga kedatangan ramadhan kali ini boleh membawa perubahan besar dalam kehidupan kita. jangan nanti abes ramadhan, semua yang kita amalkan dalam bulan ramadhan lenyap begitu sahaja kan...


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Ya Allah, tetapkanlah keimananku. 


 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting