Sep 13, 2012

Pergi tak kembali...

10:05 PM
Assalamualaikum...

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum ni tulis panjang2 tapi xabes2 sebab xmampu nak abeskan..so harini buat entri padat dan ringkas je untuk ketenangan diri sendiri.

Pada jumaat lepas bersamaan 7 september 2012, jam 835am..setelah 26 hari di masukkan ke hospital...abah kesayangan telah kembali kerahmatullah di hospital sultanah nur zahirah, kuala terengganu...menyusul selepas 20 tahun arwah ma meninggal....

5 hari di CCU, 13 hari di wad pemulihan jantung dan 9 hari di ICU. sebab kematian : EXTENSIVE MI COMPLICATED WITH SEPSIS. siapa2 yang pakar dalam bidang kedoktoran ni lagi arif lah kan..

Mintak maaf banyak2 pada siapa2 yang xsempat nak bagitahu awal2...terima kasih kepada yang kirim sms..mintak maaf xsempat nak balas, lambat balas...

2,3 hari ni banyak sangat berita kematian.. datuk kawan meninggal, kawan yang keguguran, ahli keluarga yang meninggal....takziah diucapkan kepada keluarga yang berkenaan.sama-sama lah kita mendoakan untuk arwah. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. kita yang hidup selagi mampu banyakkan sedekah doa, ayat2 alquran untuk yang telah tiada.

Ya Allah, tabahkanlah hati kami sekeluarga. Tenangkanlah hati kami menempuh dugaan dan ujian dariMu ini. Tempatkanlah arwah di kalangan orang2 yang beriman.

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting