Dec 22, 2012

Ramai yang ambil mudah.

11:13 AM
 SYARAT SAH SOLAT.


  1. Suci dan bersih badannya dari hadas besar dan kecil – Ertinya seseorang itu telahpun berwuduk dan mandi hadas. Sabda Rasulullah s.a.w. "Allah tidak menerima solat seseorang dari kamu, apabila dia berhadas sehingga dia berwuduk" (H.R. Bukhari,Muslim). 
  2. Suci dan bersih pakaian serta tempat solat dari najis – Orang yang mendirikan solat wajib suci pakaian dan tempat solatnya dari najis, kecuali najis yang dimaafkan seperti darah yang sedikit, kotoran yang melekat pada kaki dan sebagainya. Dalam kaedah feqah disebutkan bahawa "kesukaran itu dapat menarik keringanan", oleh itu najis yang dimaafkan itu tidak membatalkan solat. 
  3. Menutup aurat – Adapun menutup aurat bagi wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki ialah diantara pusat hingga lutut. Batas ini paling penting dan wajib ditutup dalam solat. Firman Allah s.w.t. "Wahai manusia, pakailah perhiasan mu ketika hendak solat di masjid" (Al-A'raf:31). 
  4. Menghadap Kiblat – Ketika mendirikan solat, kita diwajibkan menghadap kiblat iaitu Kaabah berdasarkan firman Allah s.w.t. "Maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Kaabah)" (Al-Baqarah:144). 
  5. Yakin bahawa waktu solat telah masuk – Dengan yakin telah masuk waktu solat fardu yang hendak dilaksanakan. 
Aku terpanggil untuk menyentuh 2 perkara dari 5 perkara di atas.

1. Menghadap kiblat. Mungkin nampak macam senang dan kadang-kala orang ambil mudah perkara ini sebab kat Malaysia ni senang je nak jumpa masjid. Di shopping complex pun disediakan surau lengkap dengan arah kiblat. Di hotel2 pun sudah banyak yang diletakkan arah kiblat. Cuma kalau pergi tepi pantai tu kena usaha sendiri lah cari arah kiblat.

Teringat pula zaman belajar dulu kat Jepun, kompas kiblat mesti di bawa tiap kali keluar rumah. Sebab kat Jepun tidak ada tempat untuk solat. So setiap kali mahu solat, cari je tempat yang selamat dan sesuai untuk solat, cari arah kiblat dan solat.

Tapi perkara yang ingin kuceritakan ini bukan berlaku di Jepun tapi di Malaysia, sebuah negara Islam, yang terjadi ke atas diri aku sendiri suatu ketika dulu. Berada di tempat baru, lepas tanya seseorang di mana surau…aku pun menuju lah ke sana. Bila masuk, kelihatan 2,3 orang sedang solat. Lalu aku hampar sejadah mengikut arah kiblat yang mereka sedang guna. Sebab di surau tu xde arah kiblat. Puas aku cari di dinding, syiling mahupun tempat tersembunyi memang x jumpa. So follow jelah orang depan. Aku orang baru, dorang mungkin orang lama so dorang dah tahu lah arah kiblat tu.

 Seminggu kot keadaan berterusan seperti itu. Kemudian, berlaku lah kejadian yang agak mencurigakan. Buat aku tersentak juga la. Surau kecil, boleh muat dalam 7 orang sahaja dengan 3 saf. Aku masa tu di saf paling belakang. Bila selesai solat, ada la pulak orang lain yang tengah tunggu turn nak solat. Tiba-tiba aku tengok salah seorang daripada mereka hampar sejadah xsama dengan yang lain. Walaupun masa tu dah ada orang tengah solat. Usually, orang yang datang akan follow je lah kiblat orang yang tengah solat tapi berlainan dengan si A yang baru masuk ni.

So kat sini dah nampak lah perbezaan kiblat di situ. Beza xde la banyak macam sorang mengadap ke kiri sorang ke kanan. Semua sama Cuma sedikit senget. Kat sini agak sukar sebab arah kiblat x selari ngan dinding. Kalau selari senang la sikit kan. Tapi beza memang boleh nampak lah sangat ketara, contoh macam kiblat selari dinding tapi yang sorang lagi hampar sejadah senget sangat2 yang memang boleh nampak dengan mata kasar. Tapi keadaan aku sekarang dua2 kiblat senget tapi tahap kecondongan tak sama. Haa paham x? Hahaha aku pun dah pening. Aku berfikir “ mungkin akak ni dah lama solat kat sini so dia lagi ingat arah kiblat tu"

Tapi bila difikir2kan balik, selama ni dorang solat kat situ x terfikir ke nak letak satu tanda arah kiblat. Apa nasib orang baru macam aku ni? Kalau tetiba kau datang nak solat time tu xde orang and lantai kosong sejadah semua dah disimpan. Cmne nak tentukan arah kiblat?

 Lepas tu, aku beli kompas kiblat kat mydin. Murah je. Lepas tu test di beberapa tempat yang memang sahih arah kiblat seperti surau kat kws rumah, dll. So esoknya aku datang ofis, sebelum solat aku akan guna kompas tu la untuk tentukan arah kiblat. Baru rasa yakin sikit nak solat. Tapi lain pulak jadiknya, sebab walaupun dorang dah nampak aku solat bahagian paling depan, bersama dengan kompas di tepi, masih lagi nak ikut arah lama yang mereka rasa betul. Erk.

Lepas tu aku letak tanda arah kiblat ni. Aku yakin betul. Aku dah cuba yang termampu. So lepas tu br nampak semua orang follow arah kiblat tu. xde dah sorang senget sana, sorang senget ke sini.

2.   Menutup aurat. Uniform solat sudah menjadi trend di Malaysia, iaitu pakai telekung. Tak kiralah warna apa tapi ianya telekung. Tapi kebanyakan adalah warna putih. So untuk perempuan, bila nak solat senang je. Pakai je telekung. Lalu semua beranggapan sudah menutup aurat sebab dah tertutup litup.

Tapi ramai yang ambil mudah. Tak ramai yang perasan / buat2 x perasan bila mereka hanya pakai telekung, xsemestinya tutup aurat. Dari luar boleh nampak rambut panjang mana, kalau x pakai tudung di dalam telekung. Dari luar boleh nampak bayang2 peha/betis sehingga kaki kalau xpakai seluar / kain ketika solat. Yalah, seluar/kain kotor takut xsah solat tapi bila pakai kain telekung tanpa seluar, nampak pulak kaki. Aurat masih kelihatan.

Lagi2 kalau kain telekung jenis yang berkain licin, aku xtau apa nama jenis kain ini tapi bukan jenis cotton. Lagi senang nampak kalau xpakai tudung, xpakai seluar di dalam. Ramai bila beli telekung hanya tengok pada bunga2, sulaman di telekung nak nampak cantik. Tapi x ramai yang pilih kain tebal untuk tutup aurat bila solat. Sebab bila solat dia buka tudung untuk ganti dengan telekung.

Tak salah pun nak beli yang cantik, nipis tapi kena pastikan pakai anak tudung di dalam. Pakai kain yang cukup untuk tutup aurat. Cuba bayangkan kalau pakai bertutup litup macam tu, tapi jarang2. nampak rambut nampak betis segala keluar rumah jalan2. agak2 ada x orang akan cakap “ baik x payah tutup” sebab semua boleh kelihatan.

Teringat pulak kata2 seorang ustaz kat tv haritu.

Orang perempuan, kalau dirasakan wajib pakai telekung setiap kali nak solat sebab pakaian y dipakai x sesuai utk dibawa solat, maka cara pemakaian di luar solat belum cukup sempurna menutup aurat.
Tutup aurat bukan hanya ketika solat, bukan hanya ketika jumpa Allah ketika solat tapi juga di luar solat.
So kalau pemakaian kita hari2 tu masih xboleh digunakan bila nak solat, ada la yang x kena.
aurat ketika solat sama dengan aurat di luar solat. Menutup aurat tak sama dengan membungkus aurat/tutup alar kadar tapi orang masih boleh nampak aurat di dalam.


macam orang lelaki, bila nak solat, dorang bleh solat terus bila masuk surau sebab pakaian dorang xde masalah. pakai seluar and baju dah tutup aurat.

tapi orang perempuan mesti nak pakai telekung sebab masih ada di kalangan kita aurat di luar solat xditutup sempurna.

p/s : sekadar peringatan untuk diri snirik. kalau ada y terasa maksudnya kita serupa. bukan nak tunjuk alim tapi kadang-kadang boleh jadi peringatan kepada diri sendiri. semoga diri lebih kuat untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik , ke arah jalan yang diredhai Allah. Amin.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting