Nov 23, 2012

Rindu yang menggunung

5:54 PM
4,5 hari kebelakangan ini rindu kat arwah abah begitu membuak2

haritu jumaat lepas dapat msg dari no abah. 

aku tersentak seketika. sebelum ni mana pernah dapat msg dr no abah. selalu call je lah kalau dari no abah. dulu abah mana tau nak msg2 ni. ni tentu adik2 kat umah msg guna no abah.

tersentak sebab abah dah tak ada. Luluhnya hati ketika itu Tuhan saja yang tahu . usaha sebaik mungkin kawal perasaan, supaya mata yang berkaca-kaca tu x pecah berderai. segan kalau orang kat ofis nampak. buat2 sibuk dengan kerja.

dan sejak itu tiap2 malam aku mimpi abah. macam2 mimpi. seronok bergelak ketawa macam biasa.

bila bangun ... xdapat nak gambarkan perasaan.

Ya Allah tenangkan hatiku ini. aku redha dengan ketentuanMu. 

Sesungguhnya Engkau tidak akan menguji hambaMu melainkan mereka mampu untuk menempuhinya.


 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting