Jan 29, 2012

YES BOSS!!

12:32 AM
reactions 
0 ♥
fuhhhhh abes jugak aku baca novel baru beli ni hahaha. konon2 nak buat peneman bila suami g keje nanti, tp belum pape dah abes.ingat nak baca pelan2 je, tp mana boleh tahan beb hahaha

oh lupa, novel tu tajuknya sama macam tajuk post aku tu. karya areila sahimi.best! aku suka sebab lenggok bahasa tu simple, tak la berjela2 atau terlalu romantik ayat berbunga2. naik meremang bulu roma kalo jiwang2 sangat kan hehehe. bahasa mudah, skrip macam kita cakap hari2 ni je. sempoi beb wa cakap lu. bahasa apa pulak aku ni hahaha

cter ringkas berkisarkan seorang setiausaha yang kena uruskan semua pasal bos. hari2 duk "yes, boss" aje. aku bayangkan watak aryana ni mcm sgt comel dan innocent aje. mula la terbayang sape y sesuai kalo wt drama. memang tak lain xbukan sharifah amani lah.sebab sgt comel.boleh bayang dah mcm watak lam cte ape ntah aku dah lupa. tp watak hero xleyh nak fikir sape. bos yang gatal ngan pompuan, ayat2 manis2 tapi xla gatal ngan sumer pompuan. baik je kalo org baik ngan dia. i mean xde la miang keladi tu.seorang yang agak garang, tapi lam garang2 tu ada sifat manja dan comel. sape y layak?? aaron aziz mcm tak jeeee hahaha

ok, alkesahnye. dah satu hari suntuk duk baca novel ni. suami ajak g tgk bola pon aku bantai bwk novel kan. ms on the way balik umah, aku nak tnye something kat hubby. nak tahu apa y kua?

"bos, bila nk belikan mama ******* baru?"

memang kena bantai gelak la. xpasal2 suami jadik bos hahaha. bos pon bos lah hihihi

Jan 28, 2012

ego seorang perempuan

2:58 AM
reactions 
0 ♥
kata orang ego lelaki tinggi melangit....
susah dilentur, pantang dipijak....

tapi...
cmne pulak jadiknya kalau ego perempuan yang mungkin x seberapa...
tapi xmahu mengalah dengan ego seorang lelaki...
apa kesudahannya?

atau perempuan itu sebenarnya lelaki?
atau berjiwa lelaki?
atau bermasalah dengan lelaki?

hahahahahahahahahahahahahahahaha

Jan 17, 2012

kisah 15 jan...

12:13 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum! :)

Petang 14januari, kami duk kat umah je x buat apa2 memandangkan keadaan aku yang tak mengizinkan kami ke mana2. apa kisahnya, biarlah aku cerita kemudian. Alkesahnye, masa makan malam tetiba dengar bunyi macam letupan. macam bunyi kat dapur kami, terus bergegas intai tong gas. nasib baik xde apa-apa. lepas tu intai bawah, umah kami di tingkat 14. mana lah tahu ada apa2 kan.

pastu hubby teringat yang kereta betul2 kat bwh tu. risau kalau2 ada benda jatuh tadi kena kereta, dan risau jugak kalau letupan tadi tu datang dari kereta hubby. belum sempat nasik dihabiskan, hubby turun bawah untuk tengok keadaan kereta. 

tunggu punya tunggu, xjugak naik2. tepon pon tidak. risau jugak dibuatnya. lalu aku call hubby. tak berangkat. 2x. pon tak dijawab.kepala mula la fikir yang bukan-bukan.kena culik la, kena ketuk la. macam2 lah terbayang. call lagi sekalik baru la dijawab. rupa2nya tayar kereta hubby yang pecah. beritahu hubby sambil menunggu mekanik datang, sambil2 tengok bola kat bawah katanya.

aku lega la sikit, nasib baik apa yang aku fikirkan tu x betul. xlama lepas tu baru la hubby balik. kami sambung balik makan nasik yang dah sejuk ditinggalkan tadi.lepas makan lepak lam bilik aku men internet. nak buat apa lagi, tv pon xde nak tengok hahahaha.

hubby ajak tidur awl.penat katanya. aku pon iyakan saje. tapi diam tak diam duk ngadap internet mana nak tertidurnya hahaha. tetiba hubby cakap nak makan roti pulak malam2 buta. aku tak perasan jam dah kol bape. alang2 hubby nak buat roti, aku suh habiskan terus. sebab jem chocolate pon dah nak abeskan. lalu hubby bangun la pergi dapur buat roti katakan.

lama pulak hubby ni buat roti. tetiba hubby masuk bilik nyanyi2 lagu birthday. bawak kek ngan lilin yang terpasang. masa ni aku terkejut sangat. dan terharu. dalam hati, bila masa pulak laki aku ni pergi beli kek kan. bila tiup terus tanya mana dapat kek. hahahaha

rupa2nya insiden tayar pecah hanyalah satu lakonan semata2. hubby bukan tunggu mekanik tapi pergi beli kek. aku yang naif ni memang percaya bulat2. kebetulan betul ngan bunyi letupan tu. pastu aku pulak tak tergerak hati nak terus terjah masa hubby balik. pandai pulak dia g sembunyikan kek lam peti ais.

selama 3tahun perkenalan kami, hubby tak pernah gagal buat seprais di hari lahir aku. ada sahaja rancagannnya yang mampu buat aku menangis terharu. aiseymannnnnnn, malu la aku nanges hahaha. to my beloved husband, thank you very much for the seprais!! sebab mmg dah set mind hujung minggu tak g mana2. maklumla x sehat kan. tak sangka lam kepala hubby ada agenda tersendiri . Terima kasih sebab selalu ada di sisi di saat2 gentging mcm ni. Thank You!!! sarangae~

Jan 9, 2012

TER...kurang ajar..ke?

11:23 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualikum..hehehe

amboih tajuk xleyh nak pelik lagi ke? hahahahah. sebenarnye mcm ni, nak cakap terkurang ajar, tapi fikir balik kurang ajar ke x ? hahaha apa2 je lah kan. meh nak habaq cte sbenar y berlaku...

hari ahad merupakan hari kurang baik sikit bagi kami. bermula dengan peristiwa kat simpang tiga, ktorg org 1st sampai kat simpang, duk la kat tengah2 sebab xde pembahagi jalan xtau y mana paling kiri paling kanan kan. nak membelok ke kanan bererti kena melepasi jalan dulu la kan. kiranya jalan kt bhg ktorg ni menghala ke kiri. nak ke kanan. so paham kan situasinya? tapi nasib x menyebelahi sebab banyak sangat kereta lalu lalang di kedua2 belah jalan. tunggu punya tunggu sekali datang dua buah kereta di sebelah kiri dan kanan kereta hubby. betul2 kat sebelah tepi sampai menghalang lah pandangan hubby nak tengok kereta dari kedua2 arah. tak tahu apa motif dorang, bukannya boleh jalan dulu pun kalau kereta banyak melintas. memang aku panas hati betul ingat lagi no plate. M** 6**4. xleyh direct sgt hahaha. aku siap nk amek gambar lagi letak kan skali sabar2...sabarkan hati

pastu sampai kat mana aku tak tahu lan nama jalannya. kelihatan 3 buah kereta. duk sibuk nyalakan lampu hazard. berkelip2. konvoi ke ape. ok la, lantak dorang la kan nak pakai hazard. sebab kecemasan ke apa xtau. tapi kalau sebab mereka satu kumpulan mcm pelik je kan. tak kesah lah. ketiga2 kereta duk di lane sebelah kanan kami. apabila tetiba kereta paling depan membelok ke kiri nak masuk simpang dan kereta belakang terus follow dari belakang tanpa tengok kami ada di sebelah kiri. memang nyaris2 la nak gesek kan. hubby cuma mampu marah2 lam kereta tapi sebab aku ni yang hilang sabar terus tekan hon snirik hahahaha. pastu prasan la semua lam kete depan tu terus pandang belakang. kebetulan, aku memang ngah bukak tingkap seluasnya terdengar mereka cakap sesuatu yang agak kurang menyenangkan. lantas aku paling kat arah dorang, tanpa pandang muka...laluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..


aku xtau la apa perasaan drg time tu. sebab aku marah sangat hahaahhahahaha. pastu mula la risau takut dorg amek plate number kete, cam kete, jumpa kat mane2 kena serang ke kannn. kalo jadik pape mmg aku syak dorg la haahhahaha xpasal2. dah lama skit br rasa menyesal dan risau hahahaha. tapi tu la, xkesah lah ko nak pasang hazard beramai2 ke, mungkin ko mmg ngah emergency, lampu signal ko rosak tapi sekurang2 nya tengok la ada kete ke tak kat sebelah bila nak memotong. kang xpasal2 je kemalangan ke ape sape gak y susah?hadeiiiiiiii.....dah la di siang hari cerah cuaca best. xde hujan ke apa. haiya....

Jan 6, 2012

kejutan 2012...

11:05 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

sedar2 tak sedar dah masuk 2012 dah!!!!!!!!! hmmmm banyak betul kontroversi, baru je masuk 6 hari di tahun baru ni. macam2 lah sampai dah xlarat nak dengar, nak amek pusing...cukup wat hal diri sendiri je. tapi nak jugak amek pusing kan hahahahahaha. gossip sana sini adeh.

aku dah x ingat urutan macam mana tapi gempar gak la seantero malaysia yang dipenuhi rakyat yang suka sangat amek pusing tentang segala2nya kannnnnn.

isu ustaz azhar idrus. tetiba je timbul cakap pasal ustaz ni. tak paham betol.

pastu timbul pulak pasal isu amalina? entah aku lupa nama penuh. ni pun satu hal jugak, memang kecoh abes la satu malaysia.. 

haaaa ape lagi gossip y aku ketinggalan? hahahaha. eh kaki gossip pulak kan. ntah, mcm2 la cter gempak, yang best n xbest. aku pun ada gak. lantak lah malas nk amek pusing sebab cte aku lagi besttttttt. aku kini bukan lagi keseorangan insyaAllah. Selamat datang zuriatku :) haaaaaa lagi gempak gak cte aku. drpd korang duk fikir psl benda ntah apa2 tu, apakata p beli baju baby kt anak aku sepasang dua kekekeke :p

mata ne, adios
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting