Jan 17, 2012

kisah 15 jan...

12:13 AM
Assalamualaikum! :)

Petang 14januari, kami duk kat umah je x buat apa2 memandangkan keadaan aku yang tak mengizinkan kami ke mana2. apa kisahnya, biarlah aku cerita kemudian. Alkesahnye, masa makan malam tetiba dengar bunyi macam letupan. macam bunyi kat dapur kami, terus bergegas intai tong gas. nasib baik xde apa-apa. lepas tu intai bawah, umah kami di tingkat 14. mana lah tahu ada apa2 kan.

pastu hubby teringat yang kereta betul2 kat bwh tu. risau kalau2 ada benda jatuh tadi kena kereta, dan risau jugak kalau letupan tadi tu datang dari kereta hubby. belum sempat nasik dihabiskan, hubby turun bawah untuk tengok keadaan kereta. 

tunggu punya tunggu, xjugak naik2. tepon pon tidak. risau jugak dibuatnya. lalu aku call hubby. tak berangkat. 2x. pon tak dijawab.kepala mula la fikir yang bukan-bukan.kena culik la, kena ketuk la. macam2 lah terbayang. call lagi sekalik baru la dijawab. rupa2nya tayar kereta hubby yang pecah. beritahu hubby sambil menunggu mekanik datang, sambil2 tengok bola kat bawah katanya.

aku lega la sikit, nasib baik apa yang aku fikirkan tu x betul. xlama lepas tu baru la hubby balik. kami sambung balik makan nasik yang dah sejuk ditinggalkan tadi.lepas makan lepak lam bilik aku men internet. nak buat apa lagi, tv pon xde nak tengok hahahaha.

hubby ajak tidur awl.penat katanya. aku pon iyakan saje. tapi diam tak diam duk ngadap internet mana nak tertidurnya hahaha. tetiba hubby cakap nak makan roti pulak malam2 buta. aku tak perasan jam dah kol bape. alang2 hubby nak buat roti, aku suh habiskan terus. sebab jem chocolate pon dah nak abeskan. lalu hubby bangun la pergi dapur buat roti katakan.

lama pulak hubby ni buat roti. tetiba hubby masuk bilik nyanyi2 lagu birthday. bawak kek ngan lilin yang terpasang. masa ni aku terkejut sangat. dan terharu. dalam hati, bila masa pulak laki aku ni pergi beli kek kan. bila tiup terus tanya mana dapat kek. hahahaha

rupa2nya insiden tayar pecah hanyalah satu lakonan semata2. hubby bukan tunggu mekanik tapi pergi beli kek. aku yang naif ni memang percaya bulat2. kebetulan betul ngan bunyi letupan tu. pastu aku pulak tak tergerak hati nak terus terjah masa hubby balik. pandai pulak dia g sembunyikan kek lam peti ais.

selama 3tahun perkenalan kami, hubby tak pernah gagal buat seprais di hari lahir aku. ada sahaja rancagannnya yang mampu buat aku menangis terharu. aiseymannnnnnn, malu la aku nanges hahaha. to my beloved husband, thank you very much for the seprais!! sebab mmg dah set mind hujung minggu tak g mana2. maklumla x sehat kan. tak sangka lam kepala hubby ada agenda tersendiri . Terima kasih sebab selalu ada di sisi di saat2 gentging mcm ni. Thank You!!! sarangae~
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting