Mar 17, 2013

Cakap tak serupa bikin?

10:11 AM
reactions 
Assalamualaikum! 

Hari itu, terdengar satu perkongsian ilmu..kat radio ape ntah. Oleh HM TUAH. 

Dari Abu Zaid, Usamah bin Zaid bin Haritsah ra., Rasulullah bersabda, 
“Pada hari Kiamat, ada seorang laki-laki didatangkan lalu dilemparkan ke dalam neraka. Ususnya keluar. Ia berputar-putar seperti keledai yang berputar mengelilingi penggilingan.” 
 Penduduk neraka mengerumuninya dan bertanya, 
“Hai Fulan, bukankah kamu yang menyuruh mengerjakan kebaikan dan melarang kemunkaran?” 
Dia menjawab, 
“Ya. Dulu, aku menyuruh mengerjakan kebaikan, tetapi aku tidak melakukan kebaikan itu. Aku juga melarang adanya kemunkaran, tapi aku sendiri melakukan kemunkaran itu.” 
(Riwayat Bukhari & Muslim). 

 Bila sekali imbas dengar, semua mesti macam tertumpu kepada para ustaz, ustazah, ulamak je kan . 

tapi sebenarnye ianya adalah secara menyeluruh. 

Sesiapa pun yang kerjanya, ataupun dia menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada keburukan, tidak terhad kepada perkara yang islamik semata-mata maka mereka juga tergolong dalam golongan yang akan dihisab di neraka seperti yang dinyatakan di atas. 

 Bagi contoh mudah. Pemimpin duk pungpang2 kat tv cakap pasal rasuah contohnya, tapi kalau dia sendiri mengamalkan rasuah pun dah kira termasuk 

Doktor yang hari2 menasihatkan pesakit pasal pemakanan ke, pasal kesihatan ke tapi last2 dia sendiri tak amalkan…pun termasuk jugak. 

Malah orang biasa2 yang xde spesifik kerja dalam bidang penasihat ni pun termasuk jugak kalau tak amalkan apa yang disampaikan. 

 Tetiba buat diri ini termenung sendiri. 

 Suatu ketika dulu, masa Zaman jadik naqibah, zaman2 sekolah suka sangat berkongsi ilmu bila lepas solat asar berjemaah. 

Teringat bila ketika diri ini ditanyakan bermacam2 soalan, nasihat diberikan berdasarkan ilmu yang sedia ada. Semestinya la akan beri jawapan yang terbaik, yang disarankan dalam Islam tentang suatu perkara. 

Tetapi bila difikirkan balik, adakah semua yang keluar dari mulut tu diamalkan 100%? 

 Tersentak seketika.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting