Kiamat makin menghampiri,
Kita masih di sini,
Bisa untuk berlari,
Tapi masih teguh kaku berdiri?
Tadi ternampak satu tweet yang diRT oleh seorang hamba Allah.
Dan aku rasa benda ni dah makin heboh diperkatakan.
Tegar sekali membanding bezakan Rasulullah s.a.w dengan seorang manusia biasa, malah diperlekehkan lagi.
Astaghfirullah, semoga si pelaku kembali berfikir dan merenung sejenak.
Galaunya hati seorang ibu, yang nyata jauh lagi perjalanan untuk mengejar syurga Allah....pada masa yang sama mahu membesarkan zuriat mengikut jalan yang benar....di dunia yang seakan sudah sampai masa hujung nya.
Bilamana di usia yang begitu muda, sudah berani mendedahkan kepada umum betapa bangganya melakukan perkara begitu. Aku cium kau, kau cium aku, aku peluk kau, kau peluk aku.
AKU BUKAN MAKSUM.
Aku juga pernah berdosa.
Saban hari aku meminta agar ditutup aibku olehNya.
Tapi mereka tidak segan silu membuka pekung di dada.
Dunia semakin sesat.
Semoga aku tidak terjerat.