Showing posts with label banjir. Show all posts
Showing posts with label banjir. Show all posts

Dec 9, 2011

kampungku banjirrrrr

9:30 PM 0 ♥
hai semua! assalamualaikummmm.

alkesahnye, pada hari isnin 22hb, hujan turun mencurah2 kat kampung. akak cakap sangat2 la lebat sehingga kan tak bagi ruang langsung lah, air terus naik hampir2 je mencecah lantai umah aku..erm i mean umah abah aku la kan, yang tinggi tu. 

di sebabkan aku dah start cuti maka hari sabtu tu aku balik kampung.xsedap hati pulak kalau x jenguk kampung alang2 dah balik terengganu. sebenarnya kenduri belah lelaki hari ahad. abah x bagi balik sebab takut aku xleyh nak pergi kenduri nanti. so aku pegi la hari sabtu tu.

abah cakap kat umah air makin surut. tapi jalan kat kampung sebelah masih lagi tenggelam. nak taknak terpaksa la naik sampan ke kereta bomba. abah cakap dorang seberang dengan kereta bomba yang memang ditugaskan kat situ. kalau tak mcm mane org kampung sebelah jalan nak carik makanan kannn.

encik suami excited naik bot nak seberang jalan y penuh air

engatkan boleh goyang2 kaki ke? skalik kena kayuh skalik daaaa haahaha

begitu cekal guna galah buluh hehehe
 kayuh punya kayuh sampai la kat seberang. dah call adik siap2 suh datang amek ngan motor. sampai je kt umah tgk ada lagi air. tapi tenggelam satu anak tangga je la. sempat makan nasik sekali kat umah. pastu sampai petang tu dah nak ujan balik, maka kami terpaksa beransur pulang ke umah mentua sebab takut xleyh nak lepas pulak kannnn. naya je majlis xde pengantin hahaha

masa nak menyeberangi jalan tu, agak lama jugak tunggu kot2 la ada orang nak datang belah sini kan. tunggu punya tunggu x datang2 jugak. aku ajak la suami seberang macam tu. dah excited dah nak main air kan hahaha. org kampung ctu cakap air paras pinggang je. alah, small matter la kan. walaupun suami berkeras taknak haha. encik suami x pandai berenang hehe
baru je jalan sampai air paras lutut, dari jauh nampak lori bomba datang. maka kami patah balik. naik kete bomba lah heheh

kereta bomba penyelamat

eh gambar sesat pulak. ni masa naik bot. time ni suami x berkayuh lagi

muka suami excited naik kete bomba haha

ni la gambar keadaan atas jalan kat kampung sebelah.
aku pon ni 1st time naik kete bomba tau sepanjang 24tahun hidup ni. kawasan ni memang tiap2 tahun akan banjir dan tenggelam jalan. tahun lepas adik aku jadik tukang kayuh bot abah ulang alik bawak orang seberang jalan tu, hehe. dapt la bape rat jugak.

haihhhh, teringat balik kenangan main air kecik2 dulu. setakat terjun dari tingkap umah dah perkara biasa. best woooooo!

Nov 4, 2010

sana sini banjir | terjun dari tingkap sudah perkara biasa

12:29 PM 0 ♥
*aku taip entry ni pada 3 november*

sana sini berita pasal banjir. mungkin paling teruk? sangat dahsyat. taufan di sana sini. tak terkecuali dengan cuaca di sini, hampir seminggu hujan mencurah-curah baru harini matahari tersenyum megah. bila musim hujan, musim tengkujuh macam ni aku risau dekat abah dan family di kampung. agak-agak macam mana lah agaknya ek banjir tahun ni?

kawasan rumah aku tu memang selalu banjir. tiap-tiap tahun pasti banjir. paling cetek tenggelam paras betis, paling dahsyat rumah hampir tenggelam. bila dengar berita banjir2 ni, agak2 kat rumah aku tu cmne ek?

petang tadi telefon rumah. Alhamdulillah banjir tak teruk. adik aku cakap tenggelam dua tangga. selepas satu hari, air dah surut. bahana banjir, adik aku yang bongsu yang sepatutnya exam hari tu, terpaksa dibatalkan sebab cikgu tak dapat datang sekolah. tapi aku tahu, kalau cikgu datang pun adik aku tetap tak pergi amek exam. sebab pukul 7 pagi dah main air banjir. haha budak2 seronok la main air.

bila banjir, jalan penghubung akan ditenggelami air.
ni kampung sebelah. bila time banjir memang jalan tenggelam smpai paras dada pun ada
adik bongsu aku. suke sgt main air
akhir tahun lepas. adik aku amek upah ulang alik kayuh bot abah angkut org sebab jalan tenggelam
dapat la jugak duit hehe
oh. rumah aku jenis rumah kayu yang bertiang. bukan rumah lantai yang atas tanah terus. abah aku parking kereta pun bawah rumah. jap2, rasa macam ada gambar rumah. selongkar jap.

ni je gambar y boleh bagi gambaran cmne tingginye rumah abah
gambar ni masa akak aku kawen, tahun 2007.


kalau banjir, setakat 2 tangga tenggelam tu kami macam pejam mata je haha. sebabnya dah biasa sangat paras air sampai masuk dalam rumah. dalam rumah pun dah  boleh cecah pinggang. slamber je kalau setakat nak terjun ikot tingkap. sebab memang kat luar tingkap tu air je lah.

[DSC02930.JPG]
air sampai paras tingkap sudah perkara biasa bagi kami

dulu pernah banjir time raya. after solat raya berenang2 pakai baju raya masuk lam rumah. haha nostalgia betul. dah berapa tahun jugak lah aku tak main air banjir ni. lama tak main pelampung kat belakang rumah. rindu lah pulak.


ni kat bahagian dapur lama. ni gambar bertahun2 dulu.
tgk adik aku tu kecik comey agi.
skang dah besar panjang dah

sampai atas jalan tu : semasa banjir
gambar diambil dari pandangan rumah aku

p/s : bila lagi nak berenang2 main air banjir ni!!!

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting