Sep 18, 2010

tragedi 15 september

10:44 AM
reactions 
raya belum abes lagi tapi dah siap ada tragedi. haa jangan salah paham bukan tragedi putus tangan kena mercun atau patah kaki kena langgar atau apa-apa yang seangkatan dengannya. ceritanya begini, 15 september aku bertolak dari terengganu naik bas di Setiu pukul 8 pagi. sepanjang beberapa tahun aku berulang-alik dari sekolah ke rumah since 2003, ni merupakan kali pertama naik bas 2 tingkat. teruja! hahaha sampai di stesen bas putra pukul lebih kurang 6 petang . tapi terpaksa naik komuter ke stesen batu tiga.Alhamdulillah, dekat stesen putra tu aku sempat la membolos atas bantuan makcik yang baik hati copkan tempat duduk untuk aku. walaupun penat aku tinjau2 ladies coach tapi tak jumpa. teringin gak nak naik. eh, apa yang tragedi sangat? haaaaaa, lepas ni la tragedi nya.

Di setiap stesen seterusnya, memang tak putus-putus la orang menyerbu masuk. aku duk kat gerabak last. xde pulak orang keluar. asik masuk je. Sampai la di satu stesen. Kalau tak salah dan mengikut kekuatan daya ingatan aku ni, tragedi tu berlaku kat stesen KL SENTRAL. 

Bila tren berhenti je kat sini, orang berpusu-pusu masuk. aku boleh tengok la dari luar tingkap tu memang penuh sangat. tak ada tanda-tanda orang akan stop masuk walaupun kat dalam gerabak dah penuh gila. sesak. nasib baik la aku sempat duduk masa mula-mula masuk. Tiba-tiba....

"woi, kalau dah tak boleh masuk tu jangan la masuk!"

lantang sekali suara. perempuan. masa tu jugak dengar suara budak menangis. aku terkejut gila masa tu. ya la, macam rusa masuk kampung. last naik komuter pun tahun lepas. tapi orang tak berhenti. terus-terusan dari luar menerjah masuk ke perut komuter. yang kat dalam ni dah tak tahu macam mana keadaannya. muka berkerut-kerut, ada yang tahan sakit dirempuh.

"Dah tak muat tak payan la masuk! Ingat ni tin sardin ke!!!"

lagi sekali suara lantang. oooohhhhh maaaaiiii gooddddd. tu je yang terkeluar dari mulut aku. seram sejuk weyhhhhh! 

Dan komuter meluncur perlahan menuju kestesen seterusnya. Sampai di stesen batu tiga, makcik tadi jugak yang tolong aku angkat bag aku. kalau tak, memang tak boleh keluar. fuuhh! lepas jugak.

mungkin ini adalah perkara biasa bagi mereka yang dah biasa menggunakan komuter. tapi bagi aku ini pengalaman baru. erm, memang selalu macam ni ke weh?

3 ♥:

Cheq Tun on September 18, 2010 at 5:18 PM said...

normal la tu.. tersepit, menyepit, mencopek smua ada. Meraba, teraba lg parah.. kat jepun sopan santun ye dlm tren?

cKyN WaN on September 18, 2010 at 5:22 PM said...

kat jepun?

teringin nak buat satu entri pasal hal dalam tren di jepun ni. wait and see

fizan on September 18, 2010 at 5:53 PM said...

hmm...bg aku yg mmg da slalu naik komuter,hmm..ye..mmg normal kot mcm tu...haha..tp da lme2 mcm da bese,n kalo bleh elakkan la naik time peak hours...or a better solution,naik la ladies coach..btw,ladies coach kt tgh2 la ckyn...ko naik yg ujung mmg xde la..huhu

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting