Showing posts with label kenangan ramadhan. Show all posts
Showing posts with label kenangan ramadhan. Show all posts

Aug 16, 2010

gastrik bukan alasan tinggal puasa

12:02 PM 2 ♥
nak tau cerita tak? pagi tadi aku sahur terlebih muatan lalu perut aku meragam. haiihhh. adat la orang ada gastrik ni tak boleh makan tak cukup dan tak boleh terlebih makan. betul ke? tapi aku selalu memang macam tu la. tak boleh makan lambat. kang menggelupur tak cukup tanah cari makanan. dah bape kali jugak la jadik macam ni kalau perangai malas nak masak aku ni mendayu2 datang. kalau terlebih makan pun tak  boleh jugak. nanti perut aku tak boleh nak hadam. maka berbau lah satu rumah ngan minyak panas haha

dulu aku adala jugak makan ubat gastrik. tapi lepas dah abes tak pernah nak pergi mintak baru ngan doktor. aku start disyaki ada gastrik ni masa kat aaj, um. masa ni ngah buat persediaan nak pergi jepun. tahun ke2 aku kat sana gastrik menyerang. sebab aku tak jaga makan. konon2 nak diet tapi lupa perut aku ni ada black hole. memang perit gak la time tu. sakit perut sampai kau tak boleh nak makan. bila kau makan je muntah. eyp2, aku bukan spesis aneroxia ok walaupun badan aku sekeping, berat aku sekilo. ehem!

bila doktor dah pesan kena makan setiap 4jam tu memang heaven lah aku ambil peluang. takut sangat nak skip my meals. doktor pesan tak boleh makan pedas. nasib baik family aku tak makan sangat pedas2 ni

haaa mula la tu nak serkap jarang. walaupun gastrik ni penyakit popular yang orang jadikan alasan untuk tak puasa, aku tak pernah ok tinggalkan puasa sebab gastrik. sebab tu aku kena sahur. menu sahur pulak macam orang makan tengahari. wajib makan nasi ada lauk. jarang la sahur minum air ngan roti je. kalau malas tu memang kena tahan la perut meragam sebelum berbuka. tapi alhamdulillah setakat ni belum pernah buat hal time puasa.

so, korang macam mana? 

Aug 11, 2010

liat bangun sahur

9:34 AM 2 ♥
hai hai bai bai.
eh jangan bai bai dulu.
meh baca dulu sampai abes kekeke

biasa la, kalau dah masuk bulan puasa ni, sah-sah la cter bulan puasa nak kena keluar kan. ko pergi lah BW kat mana-mana kompem la ada cerita pasal bulan puasa ni. tadi baru je aku baca pasal bulan puasa nampak hantu. logik x? haaa tau takut. 

okeh. kalau sebut bab sahur ni, yang terus zaaap datang kat dalam kepala aku ni mestilah keriuhan kat umah . aku ade seorang adik lelaki. dia punya liat nak bangun Ya Rabbi memang menguji kesabaran. siapa nak tahu kesabaran diri tu nipis ke tebal, kena g test kejut adik aku bangun sahur.

aku ade 5 adik. so paling sikit mak aku kena kejut 6 orang la termasuk aku. ish3 kantoi tak bangun masak . tapi kerja mak aku senang je. tak payah kejutkan semua orang. cukup dia kejutkan adik aku yang super liat tu untuk kami yang lain bangun. mana taknya, gegaran maha hebat dah goyang2kan rumah penangan suara mak aku. tapi siapa kata senang? sebab bila kami2 yang lain ni dah ready nak suap nasik ke dalam mulut  belum tentu adik aku yang liat tuh bangun. sampai kami putus harap. bior je la dia nak tidur sangat. pastu bangun pagi esok bising2 kenapa tak kejut sahur. rasa nak hiris2 je telinga tu kan. kalau buat jahat sikit jirus air atas muka. aku? memang tak layan lah. tak sanggup nak kejut. haha

haaaa, cakap orang. korang bangun sahur tak malam tadi?
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting