Showing posts with label winter in japan. Show all posts
Showing posts with label winter in japan. Show all posts

Dec 31, 2010

salji akhir tahun

♥ 2:00 PM 0 ♥
sedar atau tak, cepat atau lambat, harini merupakan hari terkahir bagi tahun 2010. macam tak percaya. tapi itulah hakikatnya. walaupun kehidupan kat sini macam xde la rasa sangat sebab sem masih belum berakhir. sekarang ngah cuti musim sejuk. dari 23hb haritu sampai la 5hb jan. dan kelas akan bersambung seperti biasa lepas ni sampai la awal bulan 2.final exam start akhir bulan 1 lagi la bagi pelajar tahun akhir. cuti pun macam tak cuti sebab makin busy ngan fyp. fyp presentation on 8/9 feb. graduation day will be on  23rd march. doakan agar aku dapat pulang dengan bergaya!

oh. berbalik kepada tajuk. sama seperti tahun lepas, hari terakhir tahun 2009 pun salji turun dengan lebat kalau tak silap aku. 1 january 2010 pun salji turun dengan lebat. sama macam sekarang. salji ngah turun dengan agak lebat.  penutup tahun yang menarik kan?

salji yang terkumpul di tepi tingkap umah

pemandangan luar rumah
umah aku di tingkat 3

salji ngah turun
esok dah masuk tahun baru. azam 2010 yang buatmasa 1 january dulu dah tertunai ke? aku no hal sebab aku x buat apa-apa azam pon =P hahaha aci x? xcaya, pergila selongkar balik entri hari pertama 2010 {post}. 

azam tahun 2011?kita tengok cmne mood aku esok nk  buat azam baru ke x haha.

ー真実はいつも一つであるー

Dec 25, 2010

salji yang turun bagaikan air mata dari hati..cehhhhhhhh!!

♥ 2:33 PM 0 ♥
huhu. last entry was on 18th.genap seminggu aku xtulis blog. seminggu. SEMINGGU! seminggu aku xde mood, xde masa langsung nak fikir pasal blog ni. memang terabai. walaupun dalam kepala tu ada la jugak duk fikir2 pasal status nuffnang kena tarik balik kang naya je kalau x aktif. pernah kena sekali. semua duit BE jadik half.sedih wooo. 

yes, disamping aku merapik meraban kat sini, macam tulis diari, untuk orang jauh2 yang rindu aku nak tahu perkembangan aku kat bumi jepun ni..blog juga dah jadik sumber kewangan aku.cewahhh. org duk nampak aku dah macam gile blog. update hari2 sebelum ni. duk pelik2 je kan. bia la dah tu hobi aku. sama la jugak macam kamu2 duk main game kan. so xyah la pelik2 kalau selalu nampak aku update blog. kau pun main game selalu kan. so xde ape y pelik pon haha at leastaku update blog dpt duit kekeke.

ok. seminggu ni aku sibuk betul ngan fyp. aku kena siapkan programming. masa dah suntuk benor ni. so start dr skang pon mmg kena present hari2 la. my final presentation will be on 8/9th Feb. sebulan lebih je lagi. graduation day pulak on 23rd March. so saat2 genting camni terpaksa la aku abaikan blog jap. xsempat lah nak  buat sesi luahan perasaan ke apa. haha fyp lagi penting. kang kalau terkandas kat sini lagi setahun sape nak ooiiiii.

seminggu ni banyak sangat benda nak cerita2, nak kongsi2. oh sekarang dah masuk winter holiday. start 23rd ~5th jan. dan sekarang yuki(salji) ngah turun dengan lebatnyaaaa!sejuk.super duper sejuk. budak2 ni dah start g main snowboard dah. tapi aku xleyh la ikot. banyak keje.

k lah. tangan beku nak menaip.

Dec 17, 2010

putih itu suci

♥ 6:28 AM 0 ♥
salji dah start turun. suhu makin menyejuk. kalau sejuk2 ni paling tak tahan sakit hujung jari. memang tak tahan lah. kalau tak pakai glove, masuk tangan lam poket. kalau duk bia je kat lua memang boleh sampai menangis.teringat awal2 persediaan before datang jepun dulu, sensei cte la sket2 cmne keadaan bila sejuk.

"nanti bila dah winter, sejuk sangat. tangan pun sakit. terutama sekali bahagian kuku. nanti sejuk. kuku kering, merekah sampai kuar darah"

time tu semua dah buat muka dahi berkerut2. pompuan lagi la.siap ngan sound effect agi.gerun punya pasal. tapi last2 sensei gelak je sebab tak tahan tengok muka kami yang comel lagi innocent ni. rupanya part berdarah2 tu tipu aje. jahat tau sensei ni.

tapi part sakit tu memang xleyh tahan la. bila sejuk, bahagian yang wajib lah tutup bungkus2 ialah kaki, tangan dan leher serta telinga. tapi sebab aku dah pakai tudung so telinga tu xrasa sangat la. tangan and kaki kena panas je selalu.sebab kalau dua2 ni rasa sejuk.satu badan pon menyejuk! hahaha 

ok2. berbalik kepada asal. bila dah masuk musim sejuk ni. perkara pertama yang aku buat selepas bangun tidur ialah bukak tingkap. ngantuk macam mana,  mesti pergi bukak tingkap dulu. sebab nak tengok kat luar salji ngan turun ke x. pastu nak tengok salji dah menimbun ke x. hehehe best woooo. lagi2 kalau salji tengah lebat. aku duk tingkat 3. boleh la tengok atap2 rumah orang. kekeke xde la terlindung sangat.



ni gambar tahun lepas tapinye hehe


kilang ape ntah tung tang pagi2 kat tepi umah.
urusaiiiii
sian kereta ni kekeke
sejokkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!

Dec 15, 2010

akhirnya...jalan diputihi(?) salji

♥ 10:25 PM 0 ♥

ada ke perkataan diputihi? haha lantak lah. kalau tengok ramalan cuaca pun ada dah dinyatakan. turun hujan yang campur2 ngan salji. petang tadi  masa solat maghrib kat tangga, nampak dari luar tingkap hujan salji ni turun. tapi xde la nampak salji ketul2 yang besar tu. kecik2 je ais tu tapi agak lebat la jugak.

labmate gua
bila dah nak balik tu, kuar je kat tepi jalan tengok dah putih2. mula la kuar segala sifat jakun hahaha. seronokkkkkkkk sangat. lagi2 kalau jalan yang orang belum pijak. putih je kan atas jalan. bila jalan nampak tapak kasut.


apa lagi yang ditunggu? ambik gambar la yang pastinya kan haha. walaupun camera xberapa nak canggih kat henset ni, dapat la jugak snap 2,3 keping. tapi kalau ikut ramalan cuaca ni, hari jumaat ni baru betul2 salji.esok pun hujan campur salji lagi. dengar citer, bala tentera pun dah bersiap-sedia nak g main snowboard 23hb ni. oh buat aku bertambah2 lah teruja. harini nak main bentuk apa ye? kekeke

dan akhir kata, dariku untukmu yang jauh nun di sana. tak dapat nak buat snowman sama-sama dah kali ni.sobs~
ok, terlebih jiwang sket haha

p/s : lupa padam tadi after tulis kat bangku.mintak2 mlm ni turun dgn lebat so that terhapus tulisan tu pagi esok. maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu nanti!

Dec 11, 2010

org putih topi merah makin banyak..i likee!!!!

♥ 10:19 PM 0 ♥

harus sediakan mental dah fizikal. o yeahhhh~

ok.xtau nape excited terlebih salji nak turun.padahal aku ni mana la tahan sangat sejuknya. menggigil2 je. excited nak main salji ni!excited! masa mula-mula datang dulu lagi la jakun, tgk salji turun kan. dulu dalam kepala duk terbayang, salji ni lembut cam kapas. turun berketul2 macam kapas. tapi dah datang sini baru lah tahu hakikat sebenarnye. kalau time lebat tu, memang la nampak turun macam kapas. tapi still ia adalah ketulas ais. sejokkkkkk. jatuh atas baju basah lah jadiknya.

tapi best kalau ada salji yang banyak2 atas tanah, boleh men guling2. jatuh gedebuk pon xpo. sebab x sakit. hehehe jom tengok salji pertama aku di jepun.








tapi ni bukan kat fukui la. masa ni otw nak g main snowboard kat washigatake, gifu ken. berhenti jap tengah jalan sebab nak bagi org jakun tgk salji. hehehehe winter kali ni nak kumpul gambar salji banyak2 lah.nanti nak tunjuk kat anak cucu cicit.eh? (o^_^o)


Dec 10, 2010

eh org putih bertopi merah dah nak muncul!!!

♥ 7:35 PM 0 ♥


hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahaha!
ok.dah abes gelak.

sekarang super sejokkkkkkkkkkkkkkk! haritu act dah turun hujan ais. bukan salji lagi tapi cukup la nak memutihkan jalan kejap. tapiiiiiiiiiiiiiii, aku bangun lambat. perasan status junior kat facebook duk cakap putih2 tapi "one hour ago". can u imagine that??? ish jeles tol. ye, ye aku dah3 tahun duk sini. tapi still x sabar2 nak tunggu salji turun hahahaha

and tengok lah gambar kat atas tu! dah ada gambar orang putih kat website cuaca yahoo japan ni. suke.suke.suke. tiket snowboard dah beli. untuk yang terakhir, nak meluncur salji! hehehe nak buat orang salji banyak2 lagi n besar2 macam tahun lepas.





oh tak sabar! winter holiday  : 23 december~ 3january, yeay!

oh kesian kat adik saya yang xkesampaian nak tengok salji. 

eh, kenapa banyak sangat oh ni. haha

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting