Sep 18, 2010

bahana belajar di jepun

♥ 3:15 PM 2 ♥
suatu hari, sedang aku masak-masak padahal goreng ikan je pun, datang la adik aku. suruh masakkan megi goreng. ceh megi je ke. so aku turunkan segala ilmu dalam bab masak-memasak ni. maka selesai lah satu menu megi goreng berkuah. aku taruk telur 2 bijik. maka aku panggil la adik aku syairazi n syafik tu untuk menjamu selera. bila syafik makan sesudu dua....


"sedapnye! kak nor masak macam ni ke kat jepun?"

aah. macam ni la kak masak. sedap kan? hahaha padahal aku ni dah gelak pecah perut tapi dalam hati. budak-budak kena layankan aje.

kemudian, satul agi insiden hari raya ke berapa ntah. aku buat air bandung. sila baca lagisekali. AIR BANDUNG. bukannya air teh jepun pun. sekali lagi...

"sedapnye! kat jepun kak nor buat air ni jugak ke?"

hahahahahaha aku gelak guling-guling. itu lah telatah syafik, adikku yang kini beradadi darjah satu. nampak macam cool tapi masih terserlah kebudak-budakan nya. tak cukup dengan peristiwa dia buat aku malu dengan diri sendiri haha nanti aku cerita lagi

tragedi 15 september

♥ 10:44 AM 3 ♥
raya belum abes lagi tapi dah siap ada tragedi. haa jangan salah paham bukan tragedi putus tangan kena mercun atau patah kaki kena langgar atau apa-apa yang seangkatan dengannya. ceritanya begini, 15 september aku bertolak dari terengganu naik bas di Setiu pukul 8 pagi. sepanjang beberapa tahun aku berulang-alik dari sekolah ke rumah since 2003, ni merupakan kali pertama naik bas 2 tingkat. teruja! hahaha sampai di stesen bas putra pukul lebih kurang 6 petang . tapi terpaksa naik komuter ke stesen batu tiga.Alhamdulillah, dekat stesen putra tu aku sempat la membolos atas bantuan makcik yang baik hati copkan tempat duduk untuk aku. walaupun penat aku tinjau2 ladies coach tapi tak jumpa. teringin gak nak naik. eh, apa yang tragedi sangat? haaaaaa, lepas ni la tragedi nya.

Di setiap stesen seterusnya, memang tak putus-putus la orang menyerbu masuk. aku duk kat gerabak last. xde pulak orang keluar. asik masuk je. Sampai la di satu stesen. Kalau tak salah dan mengikut kekuatan daya ingatan aku ni, tragedi tu berlaku kat stesen KL SENTRAL. 

Bila tren berhenti je kat sini, orang berpusu-pusu masuk. aku boleh tengok la dari luar tingkap tu memang penuh sangat. tak ada tanda-tanda orang akan stop masuk walaupun kat dalam gerabak dah penuh gila. sesak. nasib baik la aku sempat duduk masa mula-mula masuk. Tiba-tiba....

"woi, kalau dah tak boleh masuk tu jangan la masuk!"

lantang sekali suara. perempuan. masa tu jugak dengar suara budak menangis. aku terkejut gila masa tu. ya la, macam rusa masuk kampung. last naik komuter pun tahun lepas. tapi orang tak berhenti. terus-terusan dari luar menerjah masuk ke perut komuter. yang kat dalam ni dah tak tahu macam mana keadaannya. muka berkerut-kerut, ada yang tahan sakit dirempuh.

"Dah tak muat tak payan la masuk! Ingat ni tin sardin ke!!!"

lagi sekali suara lantang. oooohhhhh maaaaiiii gooddddd. tu je yang terkeluar dari mulut aku. seram sejuk weyhhhhh! 

Dan komuter meluncur perlahan menuju kestesen seterusnya. Sampai di stesen batu tiga, makcik tadi jugak yang tolong aku angkat bag aku. kalau tak, memang tak boleh keluar. fuuhh! lepas jugak.

mungkin ini adalah perkara biasa bagi mereka yang dah biasa menggunakan komuter. tapi bagi aku ini pengalaman baru. erm, memang selalu macam ni ke weh?

Sep 17, 2010

tadaima~

♥ 3:53 PM 3 ♥
Alhamdulillah aku selamat sampai ke destinasi. mana lagi kalau bukan bandar kentoku ni. Setelah berhempas pulas, terliuk lentok, tersengguk-sengguk selama :

  • 10jam di dalam bas dari terengganu ke kuala lumpur
  • 7jam di dalam kapal terbang dari kuala lumpur ke jepun
  • 3jam di dalam keretapi dari lapangan terbang ke fukui
  • 5 minit jalan kaki menuju ke urban ritz,kentoku

dan akhirnya aku tiba dirumah yang telah aku tinggalkan, dan sangat tak seronok sebab aku demam. demam mengejut mungkin. semalam di malaysia harini di jepun. 

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! sungguh tak suka.

Sep 14, 2010

lucky 30000

♥ 12:06 AM 0 ♥
nampak counter kat sebelah ni? yang warna merah ni la kak. haaa kalau hangpa datang jenguk2 tetibe nampak counter tertulis total = 30000, cepat2 p amek camera amek gamba, takpun print screen bak mai sini tunjuk kat aku ek. orang y komen 1st berserta bukti sahaja akan dikira pemenang. tak kesah la ramai orang nampak ke tak kan. kena ambil iktibar dari kisah lalu hehehe. sile letak komen di sini

hehehe

saje gedik2 nak tunggu pengunjung ke 30000. jauh lagi kot. tapi xpe, aku menunggu dengan sabar. 






blogger visitor

Sep 11, 2010

haiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~

♥ 4:58 PM 2 ♥
selamat hari raya!

Sep 10, 2010

are you my best friend?

♥ 3:28 PM 0 ♥
you might be best friend for one year

pretty good friends the next year

dont talk that often the next year

and dontwalk to talk at all the year after that.
So, i just wanted to say

even ifi never talk to you again in my life,

you are special to me and you have made a difference in my life


i look up to you, respect you and truly cherish you.


Send this to all your friends,

no matter how often you talk,

or how close you are,

and send it to the person who sent it to you.

Letold friends know you havent forgotten them,

and tell new friends you never will

Remember, everyone needs a friend,

someday you might feel like you have NO FRIENDS at all,

justremember this 

and take comfort in knowing

sombody outthre cares about you and always will

alolo comenynye~
rindu pulak zaman berforward2 msg zaman muda-muda remaja dulu. sekarang masih muda. erm maybekaum adam xbuatmacam ni kothehe. tapi sekarang dah  kurang dah email fwd2 y comel2 mcm ni kan? saje je menggamitkenangan silam.

TO ALL MY FRIENDS yang pernah menjejakkan kaki ke 
  1. skkg besut, setiu(1993-1996,1998-1999)
  2. sk kg buluh, setiu(1997)
  3. smka nurul ittifaq, besut(2000-2002)
  4. kisas, klang(2003-2004)
  5. aaj, um(2005-2006)
  6. fukui universiti, fukui(2007-present)
kita mungkin pernah duduk sebangku semeja, satu kelas satu dorm satu asrama, insyaAllah aku tak lupa pun korang. walaupun aku mungkin tak pernah pun nak sms berutus surat berkirim email tanya khabar, tapi aku stalk fb kamu, blog kamu . hahaha kantoi jadik stalker aku tahu kamu dah kahwin, dah ada anak, kamu dah jadik doktor, jadi cikgu, jadi lawyer. 

selamat menyambut hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin buat semua!!!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting