Jan 31, 2011

salji turun xhenti2. Allah turunkan makhluk Nya untuk sama2 berdoa mungkin?

♥ 10:46 AM 0 ♥
since last few days, salji turun x henti2 kat sini. yup, skang dah masuk musim sejuk. sejuk yang xmenahan. kalau xbukak heater memang kejap je boleh tahan menaip. kang membeku tangan takleh nk gerak.serius xtipu.
180210_501120859830_854564830_5832852_64435_n
179053_501120204830_854564830_5832839_6810187_n 
167186_501120944830_854564830_5832854_8028201_n
macam malaysia jugak, hujan turun xhenti2 kan kat sana? kat sini sebab musim sejuk, titisan air tu jadik salji lah. turun ke bumi. jalan2 dah memutih. salji dah menggunung. and harini kelas semua cancel sebab yuki lebat sangat. kete takleh nak gerak kot. nak merungut memang tak  boleh sebab tu semua dari Allah. makhluk ciptaan Dia. semua yang terjadi adalah aturan dariNya. so daripada duk merungut2 baik kita fikir positif.
sekarang ni rasanya semua orang tahu pasal keadaan di Mesir yang teruk. mula2 aku memang tak tahu menahu. duk sini bukan bukak berita tv pon. tak baca paper pon

bila tengok dan baca berita2 pasal huru-hara ni di facebook rakan2 yang belajar di Mesir, memang menakutkan. dengarnya boleh tengok rusuhan di luar rumah je. dengar bunyi tembakan macam tu je. Ya Allah aku xpernah alami dan lalui ketakutan yang macam tu. banduan semua terlepas dari penjara. rompakan berleluasa. banduan bebas merata2.

 Ya Allah beratnye dugaanmu buat mereka. bank tutup. makanan di rumah dah hampir habis. macam mana nak survive? nak keluar rumah pun takut. depan pintu letak sofa,almari sebab takut orang pecah masuk. cuaknye kalau aku jadik mereka. hanya mampu berdoa je dari jauh.

kita kat tempat masing2 yang baru turun salji macam ni, hujan lebat sikit xhenti2 pun dah merungut sebab xleyh nak gerak g mana2. leceh la, tu la ni la, cuba bayangkan mereka kat sana yang xleyh nak keluar rumah sebab keadaan yang macam tu. so mari kita fikir positif. mungkin Allah turunkan titisan salji dan hujan sebagai makhlukNya untuk sama-sama berdoa kesejahteraan dan keselamatan mereka di sana. semoga semua selamat. semoga kawan2 aku kat sana selamat.

p/s: kalau tgk website ramalan cuaca ni salji akan trn sampai esok je. hopefully betul. sejuks.

Jan 28, 2011

semoga segalanya dipermudahkan olehNya.

♥ 2:03 PM 0 ♥
just a simple n quick update.

susunan untuk final presentation dah kuar. aku adalah orang terakhir di hari terakhir. sesi pukul 5:25-6:25 pada 9hb 2. siapa nak datang mai memeriahkan majlis tapi jangan hentam. kalau aku buat onar buat2 xkenal sudah ahaha.

ok ni jadual dan tarikh penting.

8febb  : final exam
9feb   : final exam + fyp presentation
10feb : final exam
18hb : hantar thesis
18feb-5mac : kemas umah,packing barang, hantar barang
6mac : kuar rumah, menumpang kasih kat rumah kouhai
23mac : graduation day
26mac : flight to malaysia


Ya Allah permudahkan lah segala urusanku.

Jan 25, 2011

ada orang terasa nampaknya.....

♥ 12:58 PM 0 ♥
seperti yang aku cakap dalam entri sebelum ni, aku agak sibuk sekarang. tapi mungkin ada jugak segelintir orang yang pelik bin ajaib sebab busy2 pon sempat jugak kan nak tulis blog. yes, memang aku amek dan curi kesempatan ruang dan waktu yang ada untuk bagitahu, untuk tulis perkembangan aku kat sini dekat blog aku ni. kenapa? penting sangat ke nak bagitahu semua orang apa kau buat dekat blog? 
penting bagi aku tapi aku bukan tulis nak bagi semua orang baca, ku tulis sebab ada orang yang rapat dengan aku akan baca. aku tulis untuk dorang baca. macam family aku, kawan aku. tapi kalau semua orang nak baca pun aku xkesah. xnak baca lagi la aku xkesah kan.

keadaan aku sekarang ni memang agak susah untuk aku sentiasa contact semua orang, maksud aku yang jauh2. samada family atau kawan kat malaysia mahupun kawan kat nihon ni.sekarang saat genting sket. aku sekarang guna 3 komputer nak buat simulation. satu laptop buruk dah nazak nak buat slide untuk final presentation. lagi 2minggu aku nak present, result nak kena dapatkan as soon as possible. tdo pon xtenang. makan je kenyang.

saikin datang lab pon kadang2 ingat kadang lupa je nak bukak ym, nak bukak twitter. kena pulak ngan komputer lembab sebab ngah buat simulation, memang xdapat bukak. dalam kepala otak aku sekarang ni fikir pasal fyp je. xsempat dah nak pk pasal hal lain. 

so kalau ada sesiapa yang terasa kat luar sana cakap aku ni sombong la, xnak contact la, nak lupakan member ke apa..aku mintak maaf2 sangat2. cuma aku harap semua orang memahami situasi aku sekarang. sikittttttt je lagi. insyaAllah pertengahan bulan 2 everything akan setel. blog semua orang pon aku dah xterjah. tgk la traffik aku xsampai 10 kot sehari skang. BE aku semua dah hilang. tapi aku dah xdaya nak pk semua tu. yang aku pk aku nak balik malaysia. so pahamilah daku ye semua org. i lap u all lah. muah2

Jan 24, 2011

pura-pura ke singapura demi misi rahsia..

♥ 1:24 AM 0 ♥

uwaaahhh lamanya aku xbergelumang ngan blog, facebook twitter dan segala macam yang seangkatan dengannya. semuanya bermula gara-gara misi rahsia ke singapura. kalau ade lah yang perasan aku duk merapek meraban sebelum ni ada orang tu terpaksa pergi singapura untuk outstation. sedih x sedih jugak lah. pastu macam bijak2 je timing outstation tu dari 13 smpai 16 hb. dah la 15hb tu birthday aku. maunye tak sedih?

a week before tu, kami bertungkus lumus siapkan misi rahsia masing2. kena hantar sebelum dia gerak ke spore on 13th jan. nasib2 je lah sampai awal. so boleh bukak 1st sampul on 12th which is our 1st anniversary gitu. (o^_^o). pastu esoknya dia kena gerak g epot. katanya sejam dah boleh smpai spore. aku duk pesan berbakul2 suh contact kalau dah smpai. tapi sedih dan pilunya bila dah lewat malam baru msg ckp dah smpai.kesian je kan penat keje. chat x smpai 5 min dah kena sign out sebab kena bayar katanya. so sbg seorang awek comel yang memahami, aku pun ok je la kan.

malam 13hb aku bukak 2nd sampul sorang2 sebab dia x online. sedih gak la. naseb bek hadiah comel2 gitu. buat aku terharu. sampai nak termenitik air mata. hadiah 1st n 2nd lebih kurang sama so aku dah mula berangan apa hadiah dalam sampul ke3. kena bukak 5minit sebelum besday.bukak2 xde hadiah. ade kad je. sedikit sedih di situ. tapi sebab aku lampi, memang xmampu nak pk ape2 la kan.

kemudian pada hari lahirku, aku menetap di rumah sahaja lah. sebab ada orang pesan jangan g mana2. tup2 dapat panggilan tp xkua nombor. bila cakap2 dengar suara dia. terus tanya cmne keje. tapi dia pulak terus terjah tanya aku keluar ke, xde kat rumah ke, then terus letak phone. aik? kenapakah? kemudian aku tetiba pk benda yang macam mustahil je  berlaku. terus lari2 g bukak pintu. nampak kotak besarrrrrrrrrrrrrrrr depan pintu. bukak lagi pintu luas2 nampak bag. ada nama yang aku kenal. bayangkan la macam mana perasaan aku time tu.

tunggu2 punya tunggu x muncul2. aku turun bawah. kemudian muncul sesusuk tubuh yang aku kenal sangat dari simpang kat rumah aku. orang yang tipu aku cakap pergi singapura tapi tetiba ada di depan rumah aku sebab nak selesaikan misi rahsia sempena sambutan hari lahir aku. suwit kan? hihi i like!

sebab tu la aku  busy sket. cabut dr lab pun awal sepanjang minggu ni sebab hari2 nak g jalan2. pastu weekend g sesatkan diri di lautan manusia kat tokyo. ni pun baru je sampai rumah malam tadi, penat tak hilang lagi. nanti next time i story lagi ye ehehe.

p/s : lenkali kalau cakap nk g outstation taknak caya aci x? =P

p/p/s :haaaaa sape2 yang belum wish lagi besday aku sila wish sekarang! aku terima je kekeke

Jan 13, 2011

30++ days left…n im free!!!

♥ 12:13 PM 0 ♥

ye.ye,ye.sejuta kali dah aku ulang2 cakap benda yang sama dan aku akan cakap benda yang sama jugak sampailah benda ni berakhir. lagi sebulan lebih @ kurang sehari dua, aku akan 

bebas.bebas.BEBAS.BEBAS.BEBAS!!!!!!!

 

haha puas hati aku. so sekarang ni mata akan berpinau dengan nombor2 yang agak banyak, erm  nombor 1 dan 0 je pun tapi dengan jumlah yang agak banyak. sampai ke tahap 2000x2000. tapi aku belum lagi tiba di situ. baru je 4x4. haha

esok aku ade presentation. latihan untuk final presentation yang entah kali keberapa. kalau taknak kena marah, memang kena all out lah harini. paham2 je lah sensei aku punya angin ribut tu x boleh dibendung. kang sesuka hati dia je nak marah. kalau belakang2 dia puji belum tentu time present esok dia  buatbenda sama. alih2 kuar jugak perkataan “atama warui” tak ke naya? so sebelum dia kuarkan kata2 azimat tu, mari siapkan bekalan. perisai kapal bagai. haruslah lengkap.

lepas habis presentation pada 8/9 feb, kena siapkan thesis. dalam masa seminggu gitu lah masa yang diberikan.dan juga kena siapkan jadual JABEE. setiap hari pergi lab apa kau buat.total kena lebih 420jam. pastu masa kau “lepak2” ngan sensei pon kena l ebih 110jam. so mari kita berusaha!

kemudian kena uruskan pasal barang2 yang nak bawak balik malaysia pulak. macam nak ambil perkhidmatan yang door to door tu lah. 2mx2mx2m kena bayar 6man gurai. ok la kot. pastu 23mac graduation day. tunggu junior sampai untuk bagi barang2 rumah yang mana boleh bagi, then 26mac insyaAllah aku akan pastikan diri aku berada dalam pesawat MAS menuju ke tanah air tercinta!

doakan aku ye kamu2!

p/s : awak yang nak ke singapura today, jaga diri hiasi peribadi.jangan flirt2, jangan nakal2. arasso?

Jan 12, 2011

gelap sekejap duniaku

♥ 10:15 PM 0 ♥

semalam aku nanges agak lama. gara-gara si dia yang x cukup tidur. haishhh. boleh x benda serius2 tu dia layan secara main2. aku kat sini dah macam apa je. nanges tersedu-sedan, macam budak kecik dah. jantung pun dah macam nak meletup je. sabar aje lah. ok, let me ask you guys something :

“bila seorang lelaki tetiba cakap nak mula care, amek perhatian pasal ego dan pride yang mungkin selama ni diketepikan, apakah maksudnya itu?”

kerana benda ni lah, semalam aku tak senang duduk. takut sangat pisang berbuah dua kali.sebab some of the problems bermula exactly macam ni. bila soal ego dan pride diungkit. masa ni aku blur, terkejut sebab teringat balik cerita lama. nak argue pon dah xde daya dan tenaga. cuak.

tapi nasib baik semuanya salah paham je, aigoo. nappun saram! dan aku dah warning dia awal2

“walau apa pun yang terjadi, jangan lepaskan aku. walaupun aku sendiri yang mintak dilepaskan kelak, jangan sesekali benarkan ia berlaku.”

sebab apa? korang pepandai sendiri lah pk, perempuan ni suka sangat babitkan emosi. kejap2 nak putus. haha so budak2. but now, saya dah matang. kekeke

DSC_0119hold me till the end…arasso?

sarangae~

happy anniversary sayang(o^_^o)

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting