Showing posts with label kehidupan di jepun. Show all posts
Showing posts with label kehidupan di jepun. Show all posts

Mar 22, 2011

macam mana nak cantik berseri niiii :(

11:13 PM 0 ♥
lagi dua minit nak masuk 23rd march, tarikh yang aku tunggu2. 4tahun aku tunggu. tarikh keramat. tarikh bersejarah. kalau sebelum2 ni duk pergi tengok orang lain je pada tarikh ni, tapi akhirnya dengan izin Allah, dengan rahmat Allah aku dapat menghadirkan diri pada majlis esok hari sebagai orang yang diraikan, bukan meraikan. :) 

esok merupakan my graduation day. 

tapi kenapa boleh ada depan laptop lagi niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii???? padahal semalam tdo 3jam je sebab sibuk bergosip. maka malam ni sangat2 la penat x terkira. sebabnya after 3hours tdo yang xtahu lena ke x, bangun pagi2 kol 8 nak pergi setelkan pasal visa kat imigresen. then pukul 10 pagi gerak pergi skijam , nak teman family kawan2 aku ni nak main salji katanya hehe. then pukul 430 mcm tu gerak pergi taikukan lak. main badminton. uwah bersenam bukan main lagi kan. lepas tu singgah pasaraya youth jap then balik rumah.

after mandi2, solat, makan dinner simple tapi sedap , tunggu makanan hadam kejap then pukul 10 malam dah merangkak masuk lam selimut. masa ni mata memang xmampu nak bukak dah. kejap je letak kepala atas bantal terus terlelap kot. x sempat nak fikir untuk mimpi indah2.

then tetiba terjaga sebab dengar lagu "today was a fairytale". its from my handphone yang jauh di hujung penjuru sebab tgh charge. bangun la balik. after siap cakap, dah bagi apa yang my fren mintak then guling2 balik lam selimut. 

guling punya guling mata ni xnak lelap. segar bugar ok. grrrrrrrrrrrrr tensen. pusing kiri dah, kanan dah, terlentang dah semua dah try, selubung satu badan pun dah. then tetiba keitai (handphone) menyala2 tanda ada call nak masuk. ada lagi?? another fren called me sebab nak tanya pasal esok jugak. pastu bila letak phone tengok jam dah pukul 11 lebih. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. nak nanges.

pusing lagi kiri kanan. last2 bangun. pergi check pintu, masuk toilet, bukak laptop n now im here. blogging!

esok kalau mata aku lebam memang nak kena la 2orang mamat yang call aku tadiiiiiiiiiiiiiiii! dush!

Mar 6, 2011

kerana nila setitik, x semua susu rosak kottt

6:42 PM 0 ♥
harini dah selesai lagi satu tugasan. iaitu pemeriksaan rumah dr pihak elpis. temujanji pukul 240. kol 2 aku gerak dari rumah. lam 15 min kot sampai umah nampak kereta biru elpis. dupdapdupdap berdebar2 lah jugak. 

aku parking beskal kat tepi then masuk lam umah di tingkat tiga. kemas2 apa  yang patut dan bawak kuar semua barang apa yang patut. kemudian dengar bunyi derapan kaki menaiki tangga. huwarghhh cuak x hengat la weyh. nebes ma. lam hati duk fikir bape la depa nak ketuk2 aku ni kan.

pastu die masuk2 bukak kasut tengok2 sekeliling then terus ke ruang tamu dan terus ke ruang hujung. lepas die tutup tingkap dan kunci terus bincang ngan aku. terang pasal deposit, pastu kena tolak duit cleaning 2man tambah kunci hilang kena 3zen. so ada lagi balance 1man gurai la. pakcik tu sangat baik. satou san namanya. x macam org y dtg check umah lama ktorg. masam mencuka. y ni penuh dengan senyuman. cewah. i like! xde la nk neves terlebih kan. sket2 je neves nye ehehehe

then aku cakap la kat die nak awal2 sebab dah nak balik malaysia ni. malas nak susahkan orang lain di kemudian hari maka dia dengan baik hatinya akan mempercepatkan segala urusan. 

so aku balik la rumah. dalam hati masih lagi risau sebab takut die baik depan2 je kan. belakang kang abes die charge sumer2. tapi sebaliknya berlaku. tepat pukul 5:55 petang  tadi die call balik cakap nak datang pulangkan duit. Alhamdulillah. segalanya berakhir. Thank You Allah. :)

ni rumah y disnap sket2 after bersih2. tadi xsempat dah nak snap2 haha. so this is my house. *gambar pintu je banyak haha

ni dapur

toilet dan bilik mandi

ruang tamu. tu pintu oshire. tempat doremon tdo 

ni bilik tidur


oh lupa nak update. dah balas email KPTec dan memberitahu bahawa aku terima kerja kat Penang. sebagai permulaan aku terima je dulu. balik kang nk try nasib gak kat mana2 area selangor kan and kalau ade rezeki kat sana aku xkn pergi Penang lah. 

ijou :)

Mar 3, 2011

busy ngalahkan menteri ni oiii!

11:09 AM 0 ♥
lamanya x merapek meraban kat sini. sangat2 lah busy dan pening nak setelkan semua benda. seminggu ni duk setelkan pasal rumah je. Alhamdulillah dengan pertolongan dari kouhai2 kesayangan dan member2, sedikit sebanyak dah setel. eh macam skema lak ayat ni kan haha. 

sekarang ni rumah dah bersih. barang2 pon dah g buang yang mana taknak. hadoiiii, nak buang barang pon kena bayar tau kat sini.semalam buang peti ais ngan tv gedabak ngan brg2 lain  abes lah jugak 10000yen  = RM 390. oiii 400 hinggit nak buang barang. bukan nak beli. haiihhh sabor ajelah kan.

lam umah skang ni tinggal mesin basuh ngan almari ngan dapo jelah. xsempat nak hangkut sebab kete pon xcukup. dorang nak pakai g antar brg2 kat port. pastu g hantar rak tv kat kedai recycle ingatkan dapat la jugak sesen dua kan. ni 600yen je? perghhhhhh murahnye kau beli! ceit!

apa lagi nk cte ni? lepas ni nak uruskan pasal AP lak. pastu nak g lab lah jugak kemas apa yg patut. byk lagi khazanah tertinggal. pastu lupa lak kekka ada lam pasokon y dah bungkus masuk lam kotak. dah la nk kena bagi kat sensei. adoi lah. nak kena jikkou lagi skalik kana. haihhh.

souvenir tak beli lagi. ada duit lebih saya beli lah hak2. lagi apa ek yang berlaku 1,2minggu ni. tu je lah dulu. kang ade mood ade masa sy update lagi okeh. oh ya, skang ni duk merempat kat umah junior la sampai la balik msia. maksudnye lagi 23 hr. 2mgu jugak tuh.sowi lah ye kouhai tachi,menyusahkan pulak . menyemak je kat umah korang haha. nak bagi kasih sayang terakhir ni hak2

Feb 18, 2011

mari buat gegaran sejagat!!!!!!!!!!!!

1:34 PM 0 ♥
hello semuaaaaaaaaaaaaaaaaaa! perghhhhhh dah lama nya aku x membingitkan keadaan kat blog aku nih. act hari2 aku bukak je blog ni cuma tu lah,  bukak cmtu je. xde mood weyh.

dalam kepala ni banyak sgt benda nk cerita. sebulan dua ni banyak sangat cerita2 yang aku nak kongsi, start from my besday sampailah ke saat aku submit my thesis. yes! yesterday. i submitted my thesis. dah siap cop sensei.

and tinggal lagi result exam. and if everything ok, semuanya akan setel! dah boleh balik rumah packing  barang masuk lam kotak.sental2 rumah dan aku nak naik flight balik msia.

i will make sure, petang 26 mac aku dah ada kat tanah malaysia. i will! no matter what. so wait for me my dear beloved family. we will meet soon!

okay, saikin satu benda yang duk asik terperangkap je lam kepala otak nih is pasal kerja. fyi, i already got an offer from this kaisya in penang. dulu masa zaman2 muda remaja xreti nak fikir pasal masa depan memang xpk banyak n i just accept it. dah sign bagai. n now when i think about it, rasa macam taknak pergi penang pulak. u know why, aku dah selalu sangat jauh ngan family. 

ermm.. memang la rasa nak cari keje kat selangor n my family kat terengganu act tapi compare to penang, i prefer selangor sebab my sister, brother, sedara mara , sepupu sepapat ramai lagi kat selangor n i have nobody in penang! hehe

since sekolah menengah aku jarang sangat balik rumah. until now. dah bape tahun dah. and rasa macam dah tiba masa nye aku nak eratkan hubungan kekeluargaan ni. cewah.

lagipun, balik msia nanti dengar2 cte ade job fair kat midvalley.15-17 april. so why not aku cuba nasib kan. rezeki di mana2 kan. hehehe

Feb 11, 2011

bila hati tak senang….

11:57 AM 0 ♥

secara kasarnya, semua telah setel. tinggal nak hantar thesis 18hb ni. semalam dah tengok thesis senior, and rasa macam ok la. xde la susah bebenor. insyaAllah boleh siapkan cepat2.

tapi sekarang lam kepala ni masih berlegar2 satu benda. risau sangat. perasaan tu sama macam masa akhir2 sem third year dulu. sebab aku lepas naik 4th year pun giri2 gak. dulu time2 macam ni sibuk nak hantar repot. pastu pergi gakuseika tanye result. pastu g jumpa sensei tanye result. memang ke hulu ke hilir. xde mood nak buat apa, nak fikir pasal lain memang jauh sekali.

and now the same thing. risau fikir pasal subjek. pasal presentation insyaAllah xkan ade masalah. tan i tak cukup lagi nak sotsugyou. nak tahu result cepat2. sepatutnya sekarang dah boleh start fikir pasal nak kemas2 rumah, fikir pasal baju nak grad nanti. tapi kalau dalam hati ni susah sangat, macam mana nak fikir benda lain kan.

Ya Allah, permudahkan segalanya. tenangkan hati ku ini.

sekarang dalam kepala fikir nak balik je. belajar kat oversea memang la seronok. boleh jalan2 tengok negara orang. tapi sampai satu tahap tu, memang genkai lah. rasa nak cepat2 blah dari sini. dah taknak dah mengadap orang2 mata sepet nih. nak balik duk dekat2 ngan family lak di negara tercinta. nak balik!

p/s: im so sorry to pemenang lucky number my GA. hadiah dah ada ni ha kat tepi cuma masa x mengizinkan betul nak menapak ke post ofis. insyaAllah isnin depan pergi pos sebab memang kena pergi pos ofis. gomenne~

Feb 10, 2011

its obaaaaaaaaa~

1:01 PM 0 ♥

baru je selesai amek last paper tadi. gila. memang gila. 80 markah untuk soklan penerangan sajo. hadoiiii memangterus bungkus la jawabnye. and now aku berharap kat 電気回路 je lah. harap2 aderezeki. kalau tak mimpi la nak balik umah weyh. Ya Allah permudahkanlah segalanya. amin

oh. lupa nak cakap. semalam aku dah pun selesai final presentation. Alhamdulillah. berakhir dengan selamat insyaAllah. walaupun xdapat jawab 2 soklan tapi sensei sendiri mengakui soklan dia susah, so aku xperlu nak pergi setsumei dah pastu. dan yang paling bangga sekalik sebab dapat jawab soklan sensei legend. walaupun aku taram je haha.

mula2 nak present tu memang aku cuak. tangan memang sejuk beku. 2jam before aku duk mundar mandir je lam kenkyu(lab) tapi sempat men twitter sebab nak hilangkan gemuruh nye pasal. haha

DSC00071

DSC00164 DSC00160

DSC00165

pastu bila dah ready, sejam sebelum my sesi dah gerak pergi hall. tangan sejuk xyah cakap la. n bila sampai my turn, hilang sket demi sket segala gemuruh. thanx kawan2 yang mendoakan aku.

dan sekarang masa untuk siapkan thesis untuk dihantar sebelum 18hb. sket je lagi nih.cayok2

Feb 8, 2011

entri sejuk beku

3:12 AM 0 ♥

harini 8feb 2011

harini ada exam. 2ketul. jam 1445 sampai 1800

sekian.

Feb 7, 2011

nebes weyh!

12:24 AM 0 ♥

dah masuk hari isnin. selasa exam.FINAL EXAM. rabu FINAL PRESENTATION. tahap cuak dah mula menderu2. otak berserabut dah ni. risau macam2. YA ALLAH permudahkan  la urusanku di sini. serius risau sampai rasa nak menangis. aku nak balik malaysia cepat2. i hate being here lama2. dah penat. plis la semua berjalan lancar. setiap kali fikir macam2 kemungkinan, hati  ni dupdapdupdap je x henti2.nasib bek xhenti2. kalu berhenti terus?

i just have to do my best this week.  n everything will be over!hopefully,

mintak2 la pisang xberbuah dua kali. n i will do everything utk sotsugyou /grad. kalau terpaksa melutut merayu meraung depan sensei sekalipun, i will. omg. scarry nyeeeee

saikin otak dah x bape betul. fikiran melayang2 je time buat keje. mcm mana boleh naik tangga sampai ke rooftop masa nak g lab kat tingkat 3, macam mana boleh nak masukkan ikan lam mesin basuh after ulang-alik basuh baju. semua dah x teratur. i cannot focus at all.

semua org plis doakan aku kat sini. Ya Allah, berikan aku ketenangan.

Feb 3, 2011

resah gelisah, tunjukkan aku jalan, berikan aku ketenangan

1:12 PM 0 ♥
aku skang kat lab. ngah tunggu sensei datang untuk check 予稿(yokou) atau dalam bahasa melayunye ape ek? summary? eh tu english. lantaklah. cepatlah sensei dtg check sebab sy nak print cepat2 125 lai ni. kemudian boleh la sy focus kt study lak.

dugaan jugak lah sebab aku ade final exam 3 hari. 8,9,10 feb. dan aku kena present on 9hb. kiranya aku akan exam kejap 8hb tu, pastu 9hb ptg aku exam lagi dan ptg2 dah nk mlm lak aku nye turn presentation dan 10hb pagi esoknya aku exam balik. agak kelam kelibut di situ.

skang ni aku mcm resah sket. hati tak tenang. fikiran bercelaru. bila duk sibuk2 nak study lam kepala melayang2 fikir pasal final presentation, yokou dan seangkatan berkaitan kenkyu ni. bila duk ngadap hal presentation bla,bla,bla...kepala lak bercelaru pasal subjek. aku hilang tumpuan. 

Ya Allah, redakan lah kegelisahan di hatiku ni. T_T

untuk balik dengan bergaya, aku perlu lepas sekurang2nya 2 subjek, dan jugak lulus cemerlang presentation ni. selalunya hal2 kenkyu ni xrisau sgt kot cuma subjek la.3subjek repeat paper.kalau lepas 2 pon ok, dah cukup syarat insyaAllah. kalau x alamatnye aku meraung la lagi 1tahun kat sini. mintak dijauhkan lah. huuuuuuu.

Jan 28, 2011

semoga segalanya dipermudahkan olehNya.

2:03 PM 0 ♥
just a simple n quick update.

susunan untuk final presentation dah kuar. aku adalah orang terakhir di hari terakhir. sesi pukul 5:25-6:25 pada 9hb 2. siapa nak datang mai memeriahkan majlis tapi jangan hentam. kalau aku buat onar buat2 xkenal sudah ahaha.

ok ni jadual dan tarikh penting.

8febb  : final exam
9feb   : final exam + fyp presentation
10feb : final exam
18hb : hantar thesis
18feb-5mac : kemas umah,packing barang, hantar barang
6mac : kuar rumah, menumpang kasih kat rumah kouhai
23mac : graduation day
26mac : flight to malaysia


Ya Allah permudahkan lah segala urusanku.

Jan 13, 2011

30++ days left…n im free!!!

12:13 PM 0 ♥

ye.ye,ye.sejuta kali dah aku ulang2 cakap benda yang sama dan aku akan cakap benda yang sama jugak sampailah benda ni berakhir. lagi sebulan lebih @ kurang sehari dua, aku akan 

bebas.bebas.BEBAS.BEBAS.BEBAS!!!!!!!

 

haha puas hati aku. so sekarang ni mata akan berpinau dengan nombor2 yang agak banyak, erm  nombor 1 dan 0 je pun tapi dengan jumlah yang agak banyak. sampai ke tahap 2000x2000. tapi aku belum lagi tiba di situ. baru je 4x4. haha

esok aku ade presentation. latihan untuk final presentation yang entah kali keberapa. kalau taknak kena marah, memang kena all out lah harini. paham2 je lah sensei aku punya angin ribut tu x boleh dibendung. kang sesuka hati dia je nak marah. kalau belakang2 dia puji belum tentu time present esok dia  buatbenda sama. alih2 kuar jugak perkataan “atama warui” tak ke naya? so sebelum dia kuarkan kata2 azimat tu, mari siapkan bekalan. perisai kapal bagai. haruslah lengkap.

lepas habis presentation pada 8/9 feb, kena siapkan thesis. dalam masa seminggu gitu lah masa yang diberikan.dan juga kena siapkan jadual JABEE. setiap hari pergi lab apa kau buat.total kena lebih 420jam. pastu masa kau “lepak2” ngan sensei pon kena l ebih 110jam. so mari kita berusaha!

kemudian kena uruskan pasal barang2 yang nak bawak balik malaysia pulak. macam nak ambil perkhidmatan yang door to door tu lah. 2mx2mx2m kena bayar 6man gurai. ok la kot. pastu 23mac graduation day. tunggu junior sampai untuk bagi barang2 rumah yang mana boleh bagi, then 26mac insyaAllah aku akan pastikan diri aku berada dalam pesawat MAS menuju ke tanah air tercinta!

doakan aku ye kamu2!

p/s : awak yang nak ke singapura today, jaga diri hiasi peribadi.jangan flirt2, jangan nakal2. arasso?

Jan 4, 2011

wishlist 2011?i dun have any. kecuali......

7:53 PM 0 ♥
 all i want is to graduate on time, which means on 23rd march 2011.
i just want to go home,badly.
 i dun want to be here anymore.


ganbare! ato sukoshi

nih gambar yang aku dapat 4tahun lepas dari sensei nihongo(guru bahasa jepun) sebelum aku datang jepun. gambar sawah padi yang memutih diliputi salji tebal.di belakang gambar ada aku tulis tarikh 3 januari 2007. cukup2 je 4tahun kan. siapa2 yang satu kelas ngan aku masa ni mesti ingat kan. simpan lagi tak weyh sumer org? setiap kali aku down, and kalau ternampak gambar ni mesti aku teringat balik detik2 dulu. aku dulu lembab sket belajar bahasa ni. duk pun kelas last. giri2 je nak lepas datang jepun ni.so bila tengok gambar ni time2 ngah down ni, sedikit sebanyak mengembalikan semangat aku. 

ye, sikit je lagi. gambaru shika nai!

卒業できるように、頑張ろう!
みんな待っているから~

A Picture of the last time you were happy.

5:30 PM 0 ♥

gambar ni bertarikh 24 dec 2010. tapi bukan la bermakna selepas takrik tu aku tak happy. cuma ni lah gambar terakhir lam camera aku ni. lepas2 tu aku x p mane2 n x amek gamba2 pon. so amek y ni je lah.

gambar ni diambil masa aku p sekolah rendah kat jepun ni. jumpa ngan  budak2 sekolah y kiut miut comel lotey. perkenalkan malaysia kat dorang. tolong dorang practise nak speaking 2, 3 ayat. then balik. 

seronok sangat layan dorang ni. jumpa pulak ngan budak kecik yang comey taknak berenggang ngan aku. kejap2 nak peluk lah. pastu tangan aku sejuk2 ni aku pergi amek haba kat pipi dorang yang panas. haha pastu cakap tangan sejuk ni kokoro attakai. ke terbalik ntah. tangan sejuk ke tangan panas aku xingat. pastu mak dia gelak2 je hehe

main game macam-macam ngan dorang ni. budak kecik kan, excited je sokmo2. dan yang paling seronok ialah, bila dah abes tu pengetua sekolah bagi sorang 5000yen = RM 186. cakap sepatah dua, borak2 gelak2 tak sampai 2 jam dapat seratus lebih. sapa tak seronok kan hehe

day 20 : a picture of the  last time you were happy

ni pulak gambar2 dorang y comey2








Dec 25, 2010

salji yang turun bagaikan air mata dari hati..cehhhhhhhh!!

2:33 PM 0 ♥
huhu. last entry was on 18th.genap seminggu aku xtulis blog. seminggu. SEMINGGU! seminggu aku xde mood, xde masa langsung nak fikir pasal blog ni. memang terabai. walaupun dalam kepala tu ada la jugak duk fikir2 pasal status nuffnang kena tarik balik kang naya je kalau x aktif. pernah kena sekali. semua duit BE jadik half.sedih wooo. 

yes, disamping aku merapik meraban kat sini, macam tulis diari, untuk orang jauh2 yang rindu aku nak tahu perkembangan aku kat bumi jepun ni..blog juga dah jadik sumber kewangan aku.cewahhh. org duk nampak aku dah macam gile blog. update hari2 sebelum ni. duk pelik2 je kan. bia la dah tu hobi aku. sama la jugak macam kamu2 duk main game kan. so xyah la pelik2 kalau selalu nampak aku update blog. kau pun main game selalu kan. so xde ape y pelik pon haha at leastaku update blog dpt duit kekeke.

ok. seminggu ni aku sibuk betul ngan fyp. aku kena siapkan programming. masa dah suntuk benor ni. so start dr skang pon mmg kena present hari2 la. my final presentation will be on 8/9th Feb. sebulan lebih je lagi. graduation day pulak on 23rd March. so saat2 genting camni terpaksa la aku abaikan blog jap. xsempat lah nak  buat sesi luahan perasaan ke apa. haha fyp lagi penting. kang kalau terkandas kat sini lagi setahun sape nak ooiiiii.

seminggu ni banyak sangat benda nak cerita2, nak kongsi2. oh sekarang dah masuk winter holiday. start 23rd ~5th jan. dan sekarang yuki(salji) ngah turun dengan lebatnyaaaa!sejuk.super duper sejuk. budak2 ni dah start g main snowboard dah. tapi aku xleyh la ikot. banyak keje.

k lah. tangan beku nak menaip.

Dec 18, 2010

Say NO to holiday & snowboard.NO NO NO! T_T

4:45 PM 0 ♥
its saturday everybody.SATURDAY. you know what it means when we write it in CAPITAL LETTER? dun know? like i care. yeah, its saturday yet im here in my lab.LAB.again in capital letter. but no surprise when i see my labmate here,even its saturday. 

ok.failed!

nanka kimochi tsutaenai(?) kalo aku gedik gelenya nak tulis in english. sorry for my bad english. ok diulangi.hari ni hari SABTU. kenapa aku tulis lam huruf besar2 gedabak tu .sebab biasanya kalau hari sabtu aku nonbiri(bermalasan) je kat umah.guling2 lam futon sambil layan conan kun. comel pon comel.conan kun la, aku comel sket2 je haha

eh tak jawab lagi persoalan.aku bukan saje2 nak rajin datang lab hujung minggu ni. tapi TERPAKSA. sebabnya programming aku baru je nak masuk separuh, tapi kalau ikut jadual sepatutnya dah siap kot. dan betapa malangnya nasib aku sebab programming ni kena siap hari rabu ni.which is 4hari lagi! dan another berita yang amat gembira ialah nak kena hapyou(present) kat sensei hari jumaat. hapyou tu maksudnye sotsuron hapyou. presentation for my fyp. tapi tidak termasuk result la sebab simulation tak jalan lagi.

oh.oh another GOOD news! hari selasa pulak pagi2 lagi kena pergi sekolah rendah sebab nak kenalkan negara malaysia ni kat budak2 sekolah yang berminat sangat nak tahu pasal negara lain. sila berterima kasih lah kepada labmate saya yang gedik2 pergi hantar nama kan. pagi2 buta nak kena bangun oihhhh.pukul 8 kotttttt.sejok2 ni?

so, now do you get it why im here eventhough it`s SATURDAY?

p/s : nampak gaya xleyh la follow dorang y nk men snowboard on 23rd. my presentation will be on the next day.gilo apo?
p/p/s : habes 15minutes sbb nk tulis blog HAHAHA

-back to my fyp-

Dec 15, 2010

akhirnya...jalan diputihi(?) salji

10:25 PM 0 ♥

ada ke perkataan diputihi? haha lantak lah. kalau tengok ramalan cuaca pun ada dah dinyatakan. turun hujan yang campur2 ngan salji. petang tadi  masa solat maghrib kat tangga, nampak dari luar tingkap hujan salji ni turun. tapi xde la nampak salji ketul2 yang besar tu. kecik2 je ais tu tapi agak lebat la jugak.

labmate gua
bila dah nak balik tu, kuar je kat tepi jalan tengok dah putih2. mula la kuar segala sifat jakun hahaha. seronokkkkkkkk sangat. lagi2 kalau jalan yang orang belum pijak. putih je kan atas jalan. bila jalan nampak tapak kasut.


apa lagi yang ditunggu? ambik gambar la yang pastinya kan haha. walaupun camera xberapa nak canggih kat henset ni, dapat la jugak snap 2,3 keping. tapi kalau ikut ramalan cuaca ni, hari jumaat ni baru betul2 salji.esok pun hujan campur salji lagi. dengar citer, bala tentera pun dah bersiap-sedia nak g main snowboard 23hb ni. oh buat aku bertambah2 lah teruja. harini nak main bentuk apa ye? kekeke

dan akhir kata, dariku untukmu yang jauh nun di sana. tak dapat nak buat snowman sama-sama dah kali ni.sobs~
ok, terlebih jiwang sket haha

p/s : lupa padam tadi after tulis kat bangku.mintak2 mlm ni turun dgn lebat so that terhapus tulisan tu pagi esok. maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu nanti!

Dec 14, 2010

kenangan 2010 di jepun [part 3]

5:59 PM 0 ♥
(JAN & FEB)  part 1
(MARCH & APRIL ) part 2

sambungan mengimbau kenangan 2010 (MAY & JUN)

MAY :
bila masuk je bulan 5, jepun memang terkenal dengan cuti golden week. sebab 5 hari berturut2 cuti. selalu time ni lah pergi jalan2. tapi lain pulak ngan pelajar tahun 4. setiap tahun, cuti golden week ni akan diadakan job fair bertempat di tokyo. banyak la syarikat2 dari malaysia datang tokyo sertai jobfair ni. masa ni la dimanfaatkan sepenuhnya untuk ambil peluang yang ada. interview la.dan Alhamdulillah, aku dapat tawaran kerja pada hari yang sama jugak. gembira tak terkata. boleh rujuk {post}. 

oh tak sangka, time ni aku dah belajar buat kek pisang yang pertama! hahaha excited! ya la, aku mana la minat2 nak baking bagai ni kekeke

dan bila dah masuk sem baru as a 4th year student, lain sket la rutin harian.sebab kena pergi lab kan. memula macam seronok, tapi lama2 tension pon ado haha tapi tension2 pon sempat jugak g jalan2 wanda land & undou kouen. main2 go kart tuh.sah2 la aku jadik penumpang aje. xberani laaaaaaa

JUN
dah jadik aktiviti wajib bagi pelajar fukui kat sini. kenduri kesyukuran dianjurkan oleh pelajar yang dapat naik tahun 4. yang tukang masak nya budak tahun 4, yang lain2 tukang makan aje kekeke.. apa lagi ek aku buat time2 mcm ni. mari selongkar post2 lama lah. tak banyak la pulak aktiviti buat bulan 6 nih. 

oh ade2, hokuriku taikai bertempat di fukui. hokuriku taikai ni sebenarnya acara tahunan yang mengumpulkan pelajar2 malaysia di bahagian hokuriku jepun. main apa tu toksah tanye la sebab kompem2 la main bola! haha pompuan xde game sebab xde tempat nak men badminton. menerima tetamu jemputan dari nagoya yang kepingin sangat nak makan di rasa sayang. restoren org msia ok.super sedaaaaaaaaaaaaaaap!

bila baca balik entry father`s day, macam nak menangis pon ado.sobs~


Dec 11, 2010

org putih topi merah makin banyak..i likee!!!!

10:19 PM 0 ♥

harus sediakan mental dah fizikal. o yeahhhh~

ok.xtau nape excited terlebih salji nak turun.padahal aku ni mana la tahan sangat sejuknya. menggigil2 je. excited nak main salji ni!excited! masa mula-mula datang dulu lagi la jakun, tgk salji turun kan. dulu dalam kepala duk terbayang, salji ni lembut cam kapas. turun berketul2 macam kapas. tapi dah datang sini baru lah tahu hakikat sebenarnye. kalau time lebat tu, memang la nampak turun macam kapas. tapi still ia adalah ketulas ais. sejokkkkkk. jatuh atas baju basah lah jadiknya.

tapi best kalau ada salji yang banyak2 atas tanah, boleh men guling2. jatuh gedebuk pon xpo. sebab x sakit. hehehe jom tengok salji pertama aku di jepun.








tapi ni bukan kat fukui la. masa ni otw nak g main snowboard kat washigatake, gifu ken. berhenti jap tengah jalan sebab nak bagi org jakun tgk salji. hehehehe winter kali ni nak kumpul gambar salji banyak2 lah.nanti nak tunjuk kat anak cucu cicit.eh? (o^_^o)


kenangan 2010 di jepun [part 2]

7:05 PM 0 ♥
entri lepas aku mengimbau masa bulan january and february. so harini nak jenguk balik lah apa aku buat lepas tu.

MAC:
time ni ngah bercuti. spring holiday. 2bulan lah.start february smpai march. april dah masuk new sem. so sebagai pelajar tahun tiga, aku memang busy lah. kena hantar report before spring holiday berakhir. orang pergi merayau2 merata, tapi aku terpaksa ikat diri kat rumah je. saat dapat tahu satu subjek wajib lulus fail,menangis tersedu2 depan sensei. tapi sebab kesilapan sensei. bukan aku. alhamdulillah last2 dibetulkan {post 1,post 2} .dan segala penat lelah aku p dating ngan sensei hari2 terbalas bila report berjaya diambil dengan jayanya. walaupun mungkin sebab belas ehsan dari sensei tu je{post}. ok, bulan 3 ni adalah graduation day senior ku, dan juga dia. dan majlis graduation day kat sini xsama macam malaysia nun.kat sini sempoi aja lah. terjah di post ini. kemudian kami adakan majlis perpisahan lah untuk senior2 yang nak balik msia dah ni. sobs~sedih

APRIL
sebelum sekolah (kenapa panggil sekolah? tgk sini) start, aku p jalan-jalan lah. mana taknye, sebelum tu kan duk berkurung siapkan report je walaupun hari cuti. maka kami jalan2 tengok bunga{post}. time ni sakura dah startmenampakkan diri. maka semua warga jepun akan sibuk berhanami. makan2 di bawah pokok sakura sambil melihatbunga.i buat kek coklat you! haha

dan awal tahun ni, start pemilihan lab research. kelam kabut gitu. dah start nak kenal lah ngan lab sendiri. kadang2 kalau dah tension2 p lari makan eskem haagen daz sket2 =P . kat sini ada hari yang best, 5hb, 15hb, 25hb setiap bulan ada special harga sket. 650yen(?) 5 sudu.banyak kau! xlarat nak makan.

pastu time ni dah gelabah2 nak g shukatsu/job fair di tokyo. gelabah tak hengat la kan. haha kelakar pon ado.nak kena siapkan resume, gelabah carik gambar passport. sudahnye aku snap snirik je lam bilik kekeke. daaaaaaaaaaaaaaan sempat jugak pergi tengok kebun tulip yang amat besar di toyama! sebab tahun depan dah tak sempat. kalau grad, bulan 4 insyaAllah dah berada di malaysia. nasib bek sempat g tgk tulip y lawa2! i like~

lepas ni sambung lak mengimbau kenangan 2010 bagi bulan may and jun! stay tuned~

Dec 9, 2010

kenangan 2010 di jepun [part 1]

10:58 PM 0 ♥
sekarang dah masuk bulan terakhir bagi tahun 2010. dah sampai ke penghujung. cmne ngan azam baru yang dibuat masa awal tahun dulu? semua tercapai ke? semua terlaksana ke? hehehe tapi aku kat sini xrasa sangat la dah nk smpai ke penghujung tu. sebabnye kat sini, segala2 bermula bulan 4. spring holiday start bulan 2 smpai 3. bulan 4 baru start sem baru

apa la yang aku dah buat sepanjang tahun ni ya. mari kita imbau kembali start dari bulan 1. hehe. kalau ikut calendar uni aku ni, 23dec - 3 jan tuh adalah waktu winter holiday. so sakan la bercuti di awal tahun haha

JANUARY
 hari pertama di tahun 2010, salji turun. cmne la ek tahun ni?agak2 turun tak ?2 january kami pergi jalan2 di nagashima spaland. pastu nabana no sato. ape tu? jenguk sini. cantik sangat! memukau lah. serius tak tipu. dan awal tahun ni jugak yang memberikan seribu satu kenangan. time ni aku berpeluang untuk lihat satu demi satu struktur salji. yang macam bunga2 tu. time tu rasa sangat kagum dengan ciptaan Tuhan. bila lagi kan berpeluang tengok benda macam tu. sebab bukan senang2 nak tengok. selalu salji turun seketul2 besar. tapi time tu, turun satu2 bentuknya, bersaiz 2-3mm je.berpeluang tengok sebab g men snowboard kat skijam.

and ada peristiwa paling penting. sebab ada orang mintak nak jadikan aku as one of tulang rusuknya.(o^_^o)

FEBRUARY
oh.oh.oh. time ni sibuk betul with exam and reports. time ni adalah masa-masa yang sangat lah cuak. dah xmo nak gi jalan mana2 dah. sebab harus setelkan repot yang menggunung. kalau kantoi satu pun, xleyh nak naik ke tahun 4 lah. and nak hantar report ni bukan la senang. kadang2 dah pergi jumpa banyak kali pon kena reject. mmg letih. dan boleh down gila2. tapi Alhamdulillah.semua berjaya jugak aku tempuhi.

cukuplah dulu. nanti sambung lagi. hehe 

kamu pula bagaimana?
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting