Jan 20, 2013

terlepas cakap #2

♥ 6:59 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

mari kita berkongsi cerita~sambungan dari kisah terlepas cakap #1

situasi 1 :sedang berborak2 psl diri sendiri sehinggalah ditanyakan soalan berikut

A : bila masuk keje kt ofis ni?
B : bulan lepas , tahun 2
A : ye bang? *mintak diulangi jawapan tadi
C : salah la!
B : eh bukan. tahun lepas, bulan 2

situasi 2 : si B bukak cermin kereta utk amek parking ticket. kemudian...

B : tolong tutupkan syiling. *sebab dia nak pusing stereng utk membelok
A : hah? cermin la . haha
B : eh. salah! tutup cermin! hahaha

ada lagi satu, tapi lupa..memang mengimbau kembali kenangan tersalah sebut mustika dan mastika. nanti aku cerita hehe.

teringat dan teringin

♥ 1:03 AM 0 ♥
Assalamualaikum!

sumber : blog ajakbicara


Aku ni sangat suka kalau dpt tgk ikan. sape y kenal aku, terutamanya org2 tertentu kt nihon dulu tau la kot mcm mana sukanya aku ngan ikan dan air ni. maklumla membesar dlm sungai hak2.

lagi2 kalo pg akuaria ke. tgk ikan2 dlm akuarium, sgt teruja. mcm xleyh nk berhenti tgk. seronok dan boleh terleka kalo tgk ikan, lagi2 kalo ikan y cantik2 comel kan.

mungkin ak mewarisi sedikit sbyk hobi dr arwah abah. abah mmg suka la ikan2 ni. kt umah siap ada akuarium lagi. da bermcm2 ikan da pernah hidup dlm akuarium kt umah tu. dpt ikan sungai kalau masih hidup sihat mesti abah letak lam akuarium.

kalau dah minat apa pun boleh kan.

malam tadi mimpi arwah abah. ngah bersiap sedia segala kelengkapan nak menyambut cucu. xtau lah mcm mana boleh mimpi mcm tu. kiranya aku nak bersalin kat umah la. bersalin sendiri. seram pulak bila pk2 blk. walaupun secara logiknya, kalau arwah abah masih hidup haruslah dikejarkan aku ke hospital kalau nak bersalin kan. xdenye nak suh bersalin sendiri kat umah hehe

tadi masa jalan2 shopping, lalu kat kedai tgh2 ruang jalan tu, jual akuarium y kecik comel. jual ikan bagai. cantikkkkkkkkkkkk. mmg berkenan. sebenarnya dah lama tringin tapi duk fikir2, hmm xpe lah, lain kali lah. dah byk sgt lain kali tu.setiap kali lalu kat tpt jual akuarium ni mesti nak berhenti tgk ikan2 tu. xberhenti pon mesti pandang lama lah.

bila tgk tu teringat pulak kat arwah abah.

esok nak beli kana~

Jan 12, 2013

meroyan

♥ 10:38 PM 0 ♥
Assalamualaikum.

haih lama sudah tidak buat post baru. mood nak blogging dah kelaut. mungkin sejak akhir2 ini fikiran aku banyak tertumpu pada kerja dan anak dalam kandungan, cewah konon2. padahal memang skang otak mcm x aktif sangat. langsung xmo nak fikir pasal ape2. kosong je mcm xde ape pong. haihhh

so serba sedikit tentang diri ini sekarang ini.

diri sendiri?

Alhamdulillah, sekarang sudah berbadan 2. minggu ke 25 kini. baby pompuan ke lelaki xtau lagi. tgu dah masuk 7 bulan nak try g scan tgk gender. harapan? keinginan? entah. xde spesifik nak laki ke pompuan. yela, anak pertama kan. syukur dapat zuriat di saat ada insan yang mungkin lama dah tunggu zuriat kan. so, aku lebih dari bersyukur bila dapat pregnant lagi setelah gugur dulu. 

family?
sekarang baru sebulan++ duk umah baru, lepas setahun di rumah lama. Alhamdulillah sekali lagi berkesempatan keluar dari kejiranan sebegitu. di rumah baru skang ni so far ok, xde apa2 yang rasa xpuas hati ke apa, cukup ok dan selesa sesuai dengan kehidupan kami mungkin. ak xde la nak demand2 mcm2 kan. kami pun tengah pelan2 mengayuh sampan , xnak bagi tenggelam.

kerja?

Alhamdulillah, masih bertahan di tempat kerja sekarang. in sha Allah bulan depan masuk setahun. macam x percaya je. rasa macam sekejap pulak kerja kat sini. so far so good. xde la rs stress ke apa. boleh lagi nak menelan dan menerima keadaan sekeliling. walaupun mungkin ada yang xkena di sana sini, mungkin bagi sesetengah org xbest , ala biasa la tempat kerja, kalau milik bapak ko baru la best kan haha. so xde apa y luar biasa, hanya biasa2 saja yang mana aku masih boleh kerja macam biasa kekeke.

masa depan?
xtau nak cter apa psl masa depan haha. aku hanya manusia biasa xde la ada perancangan besar gabak pon kan. kalo ada pon xkn aku nak bukak cter kat sini kan. hak2

cuma sejak dua menjak ni asyik fikir pasal diri sendiri la, untuk ke arah lebih baik. dulu rs mcm dah lalu zaman jahiliah. zaman x fikir pape pon. xdela nk kata skang ni ni dah jadik baik gila ke apa. cuma rs mcm ntah lah, dah byk sgt bermain2 ngan hal dunia. mungkin sbb dah kahwen, so xde dah benda2 nk fikir sgt mcm zaman alam remaja kan. maybe la sbb tu kana. ape2 pon, semoga aku diberi kekuatan utk menjadi lebih baik, untuk keluar dari kegelapan. Amin.

ok lah,bosan dah tulis panjang2. nanti nak tgu next entri maunya lepas anak kua kot hak2. 

Assalamualaikum!

Dec 29, 2012

yeay sudah sampai!

♥ 9:24 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

yeay , yeay, dan yeay lagi!

akhirnya! barang yang ditunggu sudah pun tiba harini walaupun agak lambat.

kalau minggu lepas janji nak hantar sebelum pukul 12, dapat pukul 3 pun aku malas nak cakap ape2 janji barang dapat sudeh.

minggu ni sudah dapat peti ais idaman dan juga mesin basuh idaman. selepas setahun berumahtangga. haa percaya tak? kuikuikui

tinggal lagi nak penuhkan rumah dengan barang2 lain pulak. banyak nih.

Alhamdulillah di atas rezeki. biarlah lambat pun nak penuhkan rumah, janji bukan hutang keliling pinggang, bukan menyusahkan orang, semua hasil titik peluh sendiri, tentunya rezeki dari Allah.

xsabar tunggu gaji next month pulakkkkkkk. tapi bulan 1 belum masuk lagikkkkk. T_T

Dec 22, 2012

Lemahnye iman.

♥ 11:00 PM 0 ♥
 Kadang2 di tempat A, begitu rajin solat. 
Kalau boleh memang di awal waktu. 
Bila terleka dan hampir habis waktu bergegas ke surau, dengan penuh rasa bersalah dan berdosa.


 Tapi bila di tempat B, perasaan ingin solat menjadi alar kadar. 
Lambat pun xpe, kadang2 ada je suara yang berbisik „ xpayah la solat“. 
Tika ini memang kena berusaha untuk lawan. 
Bangun utk solat. 

 *sigh* Erm...aku xde nak perli siapa2 pun, kalau ada yang terasa, kita serupa.

marah sampai nak nanges!

♥ 5:55 PM 0 ♥
Hi!

harini dorang telah buat mood saya hilang begitu sahaja! semua plan dah kacau bilau.

Semalam pergi jusco kat sunway pyramid nak beli barang rumah. bila dah setel semua, bayar segala  dan promoter tu dengan konfidennya cakap nak hantar barang hari sabtu, iaitu hari ini lah.

tapi dia ada cakap satu barang kena check dulu ada stock ke x, kalau xde akan dihantar next saturday so dia akan call blk lah untuk confirmation.

di hari sabtu....

bangun awal pagi dari biasa. paksa hubby bangun awal sebab nak pergi management office untuk isi borang kebenaran orang luar nak masuk kws apartment. 

pukul 10 pagi call driver delivery service tu tanya pukul berapa nak hantar sebab dalam DO promoter x mention pukul berapa nak hantar. like i care lah kan kalau isi pun, kompem2 la xkan datang on time. kalau datang di hari yang dijanjikan tu pun dah cukup bagus.

mula2 driver tu cakap dah dtg smalam tp xde org kt umah. i was like " hello! i br order smalam, delivery today" . tersalah customer. then dia ckp nanti dia akn g amek brg kat sunway.

tunggu punya tunggu kol 12 i called again the driver. then dia cakap duk kat bukit jalil maybe around 3pm br boleh nk amek brg then hantar.

tunggu punya tunggu lagi smpai kol 330 pm, called again and the driver said he cannot deliver the goods today. tomorrow br okay. 

then i called department y berkenaan kat AEON, xde org angkat. call customer service, byk pulak cekadak nk kena isi bagai, then dorg ckp akn bg feedback in 24hours. kidding me? 24hours tu dah masuk hari esok la!

then call again department store. nasib baik ada org angkat. bila gtau psl brg x smpai , dia check2 ckp arini xde delivery for me. delivery next saturday. dah bengang2 tahap alam tu, i gtau everything.

smalam janji nk hantar arini. 
pastu i sendiri y call driver, driver pulak know nothing about the delivery.
not a single call from AEON to tell me about the changing of the delivery time.

then, org y angkat tepon tu pass kat promoter smalam. aku tnye la ape cter ni? janji nak hantar arini tp tunggu satu hari xde pun call dr AEON. call driver dorg pun xtau ape2. of cos la xtau ape2 sebab semua dah ditukar ke next saturday kan

promoter tu gtau yang tarikh ditukar sbb one of the good cannot be delivered today, so dorg change the date .

then why you didn't tel me 1st?

"sorry akak, sepatutnya saya call pagi tadi tapi lupa. baru nak call balik akak dah call"

SEPATUTNYA CALL PAGI TADI TAPI AKU DAH CALL DULU? AKU CALL PUKUL 4 LEBIH DAH KOT.

"kalau next sabtu xde delivery, i want to cancel everything"

"jangan la akak, confirm next saturday barang akak dihantar"

enough!

aku tau, x semua servis kat malaysia ni teruk, aku tau xsemua orang pernah alami macam ni tapi kenapa hal macam ni boleh berlaku. kenapa??? aku memang xpuas hati!

satu hari aku tunggu, sampai lunch pun tapau je sebab tgu nak beli barang dapur after dpt peti ais baru. and kol 4 petang br nk explain everything tu pun lepas aku call. satu hari duk umah je semata2 utk dpt tahu delivery dah ditunda tanpa sebarang pemberitahuan. ape ni????

stressnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting