May 26, 2010

duhai hati

10:53 PM 0 ♥
duhai hati
kenapa kamu sejak akhir-akhir ini menjadi terlalu rapuh?
kurang `makanan` barangkali....

duhai empunyai hati
sudahkah bersihkan hati dengan membaca al-quran?
baca lah alquran, nescaya hati dan jiwamu akan tenang.

entah kenapa, sejak akhir-akhir ini hati aku kerap kali tersentuh.
tak, bukan disebabkan mereka-mereka yang melampaui batas...tapi hati aku yang terlalu rapuh.
diriku 2 3 hari kebelakangan ini bukanlah diriku yang dahulu.luaran memang betul tapi dalaman?
jika dulu kamu2 cakap benda yang biasa bagiku, buat2 lawak, aku boleh bergelak ketawa sama-sama tanpa rasa kurang senang tapi sekarang berbeza.
kamu-kamu buat perkara yang sama macam dulu tapi hati aku sekarang cepat terasa. rasa menyampah, geram, tidak suka cuma tidak dizahirkan.astaghfirullah~
jauhkan aku dari rasa begitu.jauhkan lah diriku dari hasutan syaitan.

mungkin Tuhan mahu mengujiku dengan sifat sabar. kerana aku memohon dikurniakan kesabaran yang tinggi.

oh hati, kenapa perlu begini. sangat tidak best ok?
adakah kerana aku sudah jauh dari-Nya?
Ya Rahman penjaga hati, janganlah Engkau bolak-balikkan hati kami.

May 25, 2010

kesabaran~

12:22 AM 0 ♥
" please give some respect, people!!"


Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar.


tetiba teringat seorang senior dan seorang kawan aku di sekolah menengah suatu ketika dulu.kedua mereka merupakan orang yang aku akan ingat sampai bila-bila kerana sifat sabar yang dimiliki. sepanjang mengenali mereka, tidak pernah kulihat mereka meninggikan sura.cakap pun lemah lembut sopan santun.jauh sekali untuk gelak ketawa berdekah-dekah sambil tepuk lantai macam aku.Astaghfirullah~


semoga aku diberi peluang dan kekuatan untuk menjadi seperti mereka.


sifat mahmudah by hijjaz

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata


"patient is not the ability to wait, but the ability to keep a good attitude while waiting" 

May 23, 2010

ikhlas VS riak

11:05 PM 0 ♥
"berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
-surat at-taubah : 41-

"sesungguhnya orang munafik itu hendak menipu Allah, tetapi Allah lah yang menipu mereka.Apabila mereka berdiri untuk solat mereka melakukan dengan malas. Mereka bermaksudnya di gadapan manusia.dan mereka tidak mengingat Allah kecuali sedikit sekali "
-surah An-nisa : 42-

May 22, 2010

apabila saya stress@tensen@tertekan

12:09 PM 2 ♥
1. cepat terasa dengan keadaan sekeliling (joke@kata2)
2. tidak mahu bercerita
3. suka menyepahkan barang2 dalam rumah
4. mula berfikir untuk mengubah suai susun atur barang dalam rumah.
5. bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu dan akan berakhir dengan kemarahan orang lain


jarang sekali untuk terus pergi ambil wudhu dan kemudia solat 2 rakaat untuk bercerita dang mengadu kepada Yang Maha Agung; Pencipta.
jarang sekali untuk ambil wudhu dan baca alquran sedangkan hati boleh menjadi tenang setenang-tenang nya.
padahal Allah dah terang2 berfirman di dalam Al-quran. seperti surah ar-ra`du ayat 28. yang bermaksud.

"orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah.ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"

jadi apa tunggu lagi rakan-rakan! anda mampu mengubahnya.kita mampu mengubahnya. insyaAllah, dengan izin-Nya.

dalam dilema(@_@)

12:22 AM 4 ♥
alahai pening kepala memikirkan satu hal ni.
apa lagi yang paling hot sekarang melainkan cari tiket balik kampung untuk beraya?
dahulu sudah beritahu keluarga awal-awal kemungkinan tidak dapat beraya sama-sama tahun ini.
maklum la tahun akhir agak sibuk.
dapat cuti dua minggu sahaja dan harga tiket 50000yen ++.
manakala harga untuk sebulan lebih mencecah 80000yen.++
agak tidak berbaloi bukan balik 2minggu dengan harga sebegitu?
pada mulanya aku tidak mahu pulang, memikirkan tahun terakhir beraya di sini, insyaAllah.
tetapi rata-rata warga fukui akan pulang ke kampung untuk beraya.
jadi pemberat mula bergerak ke arah ingin pulang sahaja.
sangat sadis untuk menyambut hari raya seorang diri di perantaun. isk3...


jadi, ingin mintak pendapat rakan-rakan.
patut balik atau tidak.
dan lagi satu!
jika ada rakan2 yang tidak pulang berhari raya aku sanggup pergi ke tempat mereka jika kos tidak melebihi harga tiket kapal terbang! *konon2 la kan hehe
hahaha aci x?

May 20, 2010

daily life start @ 1030 dan kenkyu start @ 1330..erk?

6:16 PM 0 ♥
ok2. sejak akhir-akhir ni begitu malas nak update blog kesayangan ni.tadi semasa dalam perjalanan datang ke lab@研究室, baru aku perasan yang setiap hari aku akan mulakan hari baru pada jam 1030 pagi. isnin-jumaat.kanarazu (wajib..erk?)kol 1030 pagi mata terbuntang luas. tidak kira malamnya aku melelapkan mata pada jam 9 malam mahupun 4 pagi. oh sebelum itu, wajib terjaga pada antara pukul 530~630am. so, which one is my biologycal alarm?

oleh kerana aku masih tidak mempunyai pointer yang mencukup untuk grad, maka aku terpaksa merajinkan diri mengambil beberapa subjek. walaupun pada mulanya menggatalkan diri untuk mendaftar beberapa subjek yang tidak mempunyai kepentingan, fitrah kejadian diriku yang sangat lemah untuk bangun pagi, maka aku mengambil keputusan untuk drop. Dengan ini, jadual harian ku semuanya bermula dari pukul 1030 pagi.

secara amnya, aku akan ke kelas pagi kemudian baru pulang ke rumah untuk mengisi perut yang terobek usus-ususnya sebelum aku akan kembali ke kampus untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar tahun 4 di lab aku yang dikenali sebagai 計測制御研究室@Instrumentation & Control Engineering Laboratory Group @ makmal kejuruteraan instrumentasi dan kawalan <-- cik google y cakap hehe

oleh kerana aku terpaksa menghadirkan diri ke kelas pada waktu pagi selama 3 hari seminggu, aku membuat kesimpulan sendiri untuk hadir ke lab selepas waktu makan tengah hari iaitu 130. dan akan pulang ke rumah mengikut keadaan. adakalanya aku pulang seawal yang mungkin. jam menunjukkan angka 5 pasti aku sudah lesap. tetapi kebelakangan ini, kekangan kerja yang bertimbun memaksa aku mengikat diri di kerusi sehingga kadang kala nya menjangkau pukul 230 pagi. oh itu semalam kerana aku terpaksa menyiapkan repot untuk di hantar pada hari jumaat ini. alhamdulillah sudah selesai.

dan aku bersyukur kerana sehingga hari ini walaupun aku hanya menunjukkan diri selepas waktu tengah hari, penyarah ku tidak pernah menyuarakan ketidak puasan hati nya. asalkan kerja yang diberikan selesai dalam masa yang ditetapkan.

mungkin mereka yang mengetahui cerita aku ini membatalkan hasrat untuk memilih lab ini di tahun akhir nanti. haha ada aku kesah?

jiwa rock kapak beb~

10:27 AM 8 ♥
tengok la masyarakat sekarang (aku la tu) punya bahasa. cantik betul kan. haha. ok kidding~
kalau orang tanya aku lagu jenis yang macam mana aku suka dengar memang aku tak tahu nak jawab. balada? ok tu je aku tahu. yang mana lagi kategori yang dipertandingkan dalam mana-mana anugerah whutsoeva tu memang aku x tahu!loser~ 

tapi satu je yang aku boleh beritahu iaitu aku sangat suka dengar lagu rock kapak. seriously! maybe sebab pengaruh daripada abang aku masa aku kecik. kalau kamu semua kecik2 dah dengar lagu linkin park, backstreet boys,westlife (tu je aku tau) ke apa lagi nama band mat saleh yang glamour tika dahulu sampai english kamu power, aku pula dengar lagu rock kapak. jangan tanya aku nama kumpulan @ penyanyi@ tajuk lagu sebab aku x hafal haha. aku hanya tahu bila sesuatu lagu dimainkan dan jerit " oh lagu ni, aku tahu" tapi still tidak mampu nyanyi sampai habis. ok aku sangat lemah nk ingat lirik lagu.T_T

dari kecik dah biasa dengan abang aku yang suka beli @ pinjam kaset kemudian aku lah yang kena tekan butang "play" dan "stop" semasa abang aku salin lagu2 rock kapak dalam buku log tebal. bila abang aku pergi asrama terlupa bawak buku, maka aku la yang ke hulu ke hilir bawa buku pergi sekolah rendah nyanyi2 dalam kelas. oh sangat kelakar!

tetiba teringat senior2 aku yang gila rock kapak. asal tumpang kereta diorang je nak pergi mana mesti ada lagu rock kapak. nak pulak mereka yang satu kepala. maka menyanyilah kami menggegarkan dunia.natsukashi~

dan aku seperti biasa perlu ada lirik untuk menyanyi ahaha.

oh.nasib baik si dia juga suka lagu rock kapak macam aku. nanti naik mini comel nyanyi lagu rock kapak sama-sama eh. comel tak kami? hahaha (o^_^o)

May 12, 2010

kek pisang

11:35 PM 0 ♥
yeay! kek pisang sudah siap
dan sedap dimakan begitu sahaja
1st time ni buat kek pisang.
alhamdulillah berasap jugak oven kt umah ni hihihi

mahu cuba resepi lain lak
yosh! mari kita berasapkan renji ini hehe

tapi atas die terlebih keras pulak.isi die lembut la jugak hehe
lama sgt kot masak.


May 10, 2010

biar pecah di perut jangan pecah di facebook

12:16 PM
ok. itu peribahasa yang aku cipta sendiri. tapi jangan diikut.
 

May 7, 2010

banyak cerita 3

9:49 PM 0 ♥
ada aku kisah?
ada aku heran?
like i care~



Adakah anda bersetuju jika aku mengatakan segelintir daripada manusia-manusia yang mengeluarkan kata-kata seperti di atas atau yang seangkatan dengannya adalah mereka yang sebenarnya kisah dengan apa yang kononnya mereka tidak kisah?
Agak pening dan pelik tapi tidak mustahil ianya betul. op op op, jangan gentar dahulu. Aku hanya mengatakan segelintir. Jika kamu memang rasa tidak kisah ketika mengeluarkan kata-kata seperti itu maka tidak mengapa. Usah gentar. Aku cuma menyuarakan pendapat aku sahaja. Kerana aku pun kadang-kadang berkelakuan begitu.ahakz~

banyak cerita 2

9:42 PM 1 ♥
" berat mata memandang berat lagi bahu memikul"


hari ini mahu tukar jadi ; berat mata memandang tidak semestinya berat bahu yang memikul .

Bagi aku, apa sekalipun perkara di dunia ini bergantung kepada sejauh mana mata yang memandang dan sejauh mana bahu yang memikul. Kerana ada sesetengah perkara yang terasa begitu berat bagi mereka yang memandang tapi siapa tahu terasa begitu ringan di bahu yang memikul. Tidak mustahil bukan. depends on how you see it. <betul ke english aku? hihi

sebagai contoh.
Semalam dan hari ini aku pulang dari 研究室@lab agak lambat dari biasa iaitu melebihi jam 6 petang. bagi sesetengah pihak perkara ini mungkin kelihatan seperti aku sangat sibuk. kerja di lab sangat memenatkan. Jka di awal semester sudah begini, akhir semester nanti bagaimana?

Tapi berbeza pulak pandangannya bagi bahu yang memikul iaitu aku. Hari ini aku seronok berada di lab ; menyiapkan 課題 @ soalan berkaitan programming yang aku mula pelajari sedikit demi sedikit. Menyiapkan soalan sehingga tidak menyedari hari sudah beransur malam. Aku sedikit pun tidak kisah akan hal ini. Jika aku pulang terlebih awal pun, tidak ada apa-apa yang aku boleh lakukan melainkan duduk di hadapan komputer menunggu mata mengantuk kemudian tidur.

Apa yang aku ingin kongsi kan di sini ialah, sesuatu perkara bergantung kepada bagaimana sesorang itu melihatnya. if you always think positive, u will always get it positive. erk betul ke? hehe itu bergantung kepada kamu lah. dan aku tidak memaksa kamu untuk mengikut sahaja apa yang aku perkatakan di sini. kalau kamu rasa berat maka berat lah ia dan sebaliknya.

mungkin juga boleh ditukar kepada ; ringan mata memandang tapi berat bahu yang memikul. haaaa apa pendapat anda?

banyak cerita 1

9:23 PM
assalamualaikum semua!
selamat sejahtera~
annyonggggggggggg~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


actually ada banyak cerita yang mahu dikongsi bersama pembaca-pembaca di luar sana. tidak kira lah seorang atau dua orang atau mungkin lebih?

first of all, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas rezeki melimpah ruah yang tidak di sangka-sangka. Datang bergolek-golek. Bagi mereka yang masih samar-samar, di sini aku ingin bercerita perihal cuti minggu emasku atau lebih masyhur dengan panggilan golden week.
 Di sebabkan negara jepun mempunyai cuti 5 hari secara berturutan; sabtu + ahad + 憲法記念日(constitution day) on 3rd may + みどりの日(green day) on 4th may + 子供の日(children`s day , 5th may).

Pada cuti ini aku telah ke Tokyo menyertai career fair. Interview kerja sana sini di samping dapat berjumpa dengan rakan2 yang setelah sekian lama tidak bersua. Alhamdulillah, pada hari tersebut juga aku telah mendapat berita bahawa telah diterima untuk bekerja di Kobe Precision Technology di Pulau Pinang. Syukur yang tidak terhingga. Memamg tidak dinafikan, ada segelintir yang tidak percaya di saat mendapat berita ini. Aku tidak menyalahkan mereka, kerana aku sendiri pun masih buntu di saat mendapat panggilan telefon dari kakitangan syarikat tersebut. Bahkan ketika diminta menandatangi Letter of appointment tersebut aku masih mengajukan soalan " ermmm apa maksudnya ni?". Terpaksa si pakcik tadi mengulangi balik. "kamu dah diterima kerja di sini la cik adik oiiiii " ok, bahagian tulisan kecil ditokok tambah.

Memang! pada mulanya aku sendiri beranggapan syarikat ini ala kadar sahaja kerana menerima orang seperti aku. Betapa kurangnya keyakinan dalam diri. Tapi aku agak panas apabila ada yang mengutarakan kata-kata seperti " interviewer lelaki? patut la kau diterima","oh kerja kat penang ke?kat sana mmg senang je nak dapat kerja" hey!! sekurang-kurangnya aku sudah diterima kerja.Sememangnya luaran aku nampak seperti clumsy /kalut/ tidak terurus, tapi kamu pernah ke duduk satu kerusi tatkala aku ditemuramah? sekalut2 aku pun, senervous tahap alam aku ni pun ada juga manusia berkerjaya yang ingin ambil aku bekerja. Sekurang-kurangnya mereka dapat melihat kelebihan aku yang aku sendiri pun tidak tahu. 

at least, aku berbangga membuatkan abah aku rasa bangga dengan aku.

fuhhh~akhirnya dapat jugak aku luahkan apa yang terbuku di hati.

Sekian, Terima Kasih.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting