Apr 25, 2011

letih kaki la weyhhhh!

4:18 PM
reactions 
0 ♥
assalamualaikum semua! ada rindu aku x? xrindu sudah! aku pon xrindu korang hak2.

ok ini quick update je. gatal2 tangan dah nak menekan2 keyboard ni haaaa. so far aku sehat walafiat. segala isi badan dah hilang 2kg. xtau mana pergi. toilet kot haha. pastu  sekarang ni hari2 blaja kereta. tapi yang agak susahnya, belajar kat tempat lain tapi test nanti kat tempat lain. litar y nak test tu baru pergi 3x. cmno nak ingat ni? haiya. xto lah. aku berdoa segalanya dipermudahkan. amin

dengar ceritanya barang kontena dah smpai kat pelabuhan. sekarng ni just tunggu masa untuk barang tu dihantar ke rumah akak aku je. then boleh la aku p amek pastu cabut g penang. Ya Allah permudahkan lah segalanya. dengan rumah yang entah ke mana ni. kesian kat bakal housemate aku tuh terkial2 mencari rumah. aku jauh ni xmampu nk tolong. nanti aku belanja kamu2 ye hehehe

pastu ngah nak cari homestay nih. yela, satu rombongan ni nak ke penang. kena la cari tempat tinggal utk family. pening2.

ape lagi nk update? tu je lah. oh ye, aritu g interview kat perodua. cmne org y xkenal kereta nak keje kat company buat kereta? hahaha. mmg xde harapan lah/.time interview pon emosi terlebih smpai nak menitik air mata. cmno tu? hak2

ok tu je. nanti update later k?

Apr 11, 2011

berjimba2 dalam air banjir! yeay!

1:25 PM
reactions 
0 ♥
assalamualaikum :)

lamanya aku tak berjimba2 di sini. berjimba? haaa tu ade kotoba(word) baru orang ajar aku. salah ke betul guna tu blakang cte hak2. janji aku nk pakai gak.

ok nak dijadikan cte, smalam sepatutnya aku sambung lagi blaja kete. aku bangun pagi2 tu hujan masih lagi xberhenti. lebat kemain. pastu sampai la kol 11 tu baru stop. mula2 ingatkan hujan cm bese je la kan. tup2 dengar mcm bunyi something jalan dalam air. xke pelik. mana datangnya. bila aku toleh kut tingkap tu tengok kerbau pakcik aku dah melilau2 kat padang belakang umah. sebab air dah penuh. haha kesian kerbau tu.

terkejut la jugak kan. tetiba je air dah naik. bulan 4 kot. pastu xsmpai stengah jam air pelan2 dah mula naik sampai ke kws depan umah aku. masa ni aku dah ready2 nak gerak g blaja kete ni. air makin naik. aku tanya2 la abah, cmne ni kalau pergi belajar ni lepas ke x.

abah aku ckp cmni

"kalau nak pergi, boleh. pergi la. balik nanti abah xtau kalau kena berenang"

hahahaha ade ke ckp cmtu. xkn la aku nak redah jugak kan. mmg la aku suke berenang. dah lama x main banjir ni hak2. so aku pon xpegi la. kejap je dah tenggelam satu tangga umah. pastu kena la urus ape y patut kan. bwk naik motor kat jalan. abah n mak lak punggah2 brg kt bwh rumah. kang xpsl2 hanyut.

so gitulah cte nye smalam. naseb baik air tu duk takat tu je smpai ke malam. xnaik x turun bak kata abah. dan pagi tadi aku bangun air dah xde. tapi masih risau pasal jalan kat kampung sbelah. sebab slalunya kalau banijr mmg air penuh jalan. mak ckp dah boleh lalu walaupun ada lagi air atas jalan.

hujan turun xhenti2.
ni la jalan y aku lalu tadi. seb bek xtenggelam ekzos motor haha
p/s: oh kerbau pakcik aku sempat diselamatkan. cuma jadik mangsa litah je la kejap. hehe

Apr 5, 2011

saya makin cun! <-- lempang sket boleh?

3:38 PM
reactions 
0 ♥
arini pun masih lagi belajar kereta. pusing2 sket je untuk bina keyakinan, hilangkan stress haha. dah boleh relax2 sket pegang stereng tu. kalo x , mcm xnk lepas nk bwk blk rumah je gayanya.

dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn! harini dah x mati kat traffic light! tapi ada la sket batuk2 kecil dari kereta. haha. fuhhh! esok katanya nak ajar naik bukit. mati la i. n mati la kereta itu trauma lagi haha

ok dah abes update psl kereta. update psl diri snirik lak berat badan menten. makin cun. tetap berseri! hahaha. macam mintak pelempang free je kan. berat badan samaada menaik atau menten. kalo turun xtau lah. bayangkan la, dah bape hari berturut2 ni makan nasik lemak je as bfast! huihhh. lemak tu bukannye nk sket2. banyak lak. ngan minyak nye. bukan sambal  bilis. tapi bilis masak minyak. adeh. abes tu, xkn xphm2 lagi kenapa jerawat naik mencanak2? eh ada ek mencanak? sukati aku je main bedal sesedap oren hak2

kat rumah aku y berkuasa pegang remote kalo abah n ma xde. channel ape lagi kalo bukan axn. csi, house. ulang pon ulang lah janji aku puas hati hak2. tapi skali skale layan jugak la join ma n adik aku tgk cte kejora dan bintang. haiihhh xpaham jugak ni. cte indonesia tetap di hati mereka. typical mak2 kat malaysia? hehe

ok next? xde dah. nak letak gambo masa dorg sambut aku ramai2 kt airport aritu tapi xleyh nk donlod lak gambar dr facebook. next time la.

oooh yaaa, sy jugak membusykan diri dengan sedikit persiapan di StepbyStep. nak tahu apakah itu silalah terjah ok?

dah, nak balik pulak. petang2 ni gaya macam nak hujan mati la i bwk motor je ni. merempit sat.
chow cincau!

Apr 4, 2011

trauma traffic light. sighhh

3:29 PM
reactions 
0 ♥
Okay. after rehat sekejap kat rumah ni n now i'm back on track. Alhamdulillah berjaya renew lesen L y buat tahun 2009. tinggal bape bulan je lagi nak cukup 2 tahun. so skang start belajar kereta balik. hoiiihhhhhhh lenguh kaki satu malam tekan2 minyak. eh tekan xlenguh. nk jaga tu lenguh. adeh cmno ni. 

semalam belajar sejam.mati enjin kat traffic light. adoiiii. trauma la cmni. pastu arini blaja jalan jauh sket. byk2 berhenti kat simpang sumer, xnk lak die mati. tapi bila betul2 nak sampai kat ofis tu, kat trafic light smalam, lagi skalik dia mati. cmno tu? aku ke kereta y trauma ni? haha

ngan tukang ajarnye yang potpet mulut xberhenti. sesuai la ngan aku ni kan. sama naik la jadiknye. wakakaka. tapi ok la kot sebab abah ckp smalam nanti test ngan jpj pon dorg banyak ckp gak so as a renshu, aku terima ngan hati terbuka. walaupun mula2 tu rasa xleyh nk fokus. tapi Alhamdulillah arini dah boleh sandar sket hak2

gila kelakar mcm ni. aiseyyyy.  esok ade lagi. wish me luck. jgn bagi mati kat traffic light. kalau mati gak, kompem kereta y trauma! hahahaha sebab smalam dia kena hon ngan kete belakang. =P

Apr 2, 2011

rindu angin sejuk jepun lah puloks

1:39 PM
reactions 
0 ♥
Alhamdulillah, aku skang ni dah pun selamat sampai ke rumah terchenta. cewah. walaupun banyak betul cabaran sebelum smpai ke malaysia. start dr kol 4 gerak dari fukui. amek tiket y xde seat tetap. ramai puloks org nk jalan2 kul 4 pagi tu haha. dah la ngade2 pakai kasut tumit tgi 10 inci. haha *gilo apo 10 inci. 

pastu beli tiket lak yang norikae kat kyoto. 1st time kot kat situ. sblom ni norikae kat osaka. gila kau! kat kyoto punya la jauh nak kena jalan pergi ke platform y nk ke epot. bayangkan la aku pakai kasut 10 inci, tarik bag gedabak. pakai baju kurung okeh. jalan kena sopan. kalau tak terguling2 aku kat situ. sape nak angkat? haha

dah la mula2 tersalah pergi platform. tgk2 bukan. tanya2 org kat situ die pon xtau. seb baik aku ternampak signboard tu kan. pastu jalan2 lenggang kangkung. hey pakai heels kot mana boleh lari  nanti jatuh gedebuk! haha ngade sgt kan.

ok dah smpai epot nk g amek bag y post. mula2 tersalah pegi y hujung dekat ngan kauter nk check in tapi rupanya bag aku ade kat sebalah hujung lagi satu. mak aih sengsara betol! jalan lagi terkedek2 g hujung sana. macam nak pitam tapi sebab pakai baju kurung kena menten ayu! haha. padahal dalam hati dah menyesal gila. tapi demi family terchinta maka aku tabahkan hati.

pastu dah jumpa ngan dorg y balik sama. pergi check in, seb baik lepas bag aku 25kg haha. maka bermulalah perjalanan untuk berjumpa family terchenta. pejam celik lam flight, awat lama bebenor nak smpai. excited kan! haha. ok dah abes. pasni sambung ok hihi

p/s ; 10 inci hanya gurauan. ade ke kasut 10 inci? xterjangka dek akal la
p/s ; tajuk xkena ngan isi lah. tapi malaysia panas..ok la tu kan haha
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting