May 10, 2012

How I Spent my weekend #2

6:13 AM
Assalamualaikum!

Dah lama x menjengah sini. ahakz~

Minggu lepas Jepun cuti panjang, sempena golden week. so aku menumpang sekaki hahaha. maka diputuskan untuk balik kampung. dah lama x balik. alang-alang dah cuti empat hari kannnnnn.

malam balik kampung tu aku drive tau. dari shah alam sampai lah ke kampung halaman suami. 4jam lebih kot ek. gerak kol 1140 malam, lepas lepaking ngan fukuians... sampai umah kol 4 pagi cmtu. memang xde orang sangat atas jalan. sedar tak sedar sampai 160 aku tekan minyak tu hahahaha

lepas tu satu hari tidur sepuas2nya kat umah mertua.. ish very bad menantu!! T_T

Petang tu balik kampung halaman pulak. sangat excited bila nampak ini! trade mark negeri kottttt


sempat bedal keropok lekor losong yang dah lama x makan. fresh! baru lepas rebus terus hangkat bungkus masuk plastik, balik goreng..yummmyyyy

pagi sabtu aku n suami pergi pasar sabtu naik motor. masa ni rasa akulah isteri paling bahagia di dunia! sebab pergi pasar naik motor ngan hubby hak2.

borong barang2. sebab ada agenda baikkkkkkk punya!

 sangat2 gembira balik kampung this time sebab dapat mandi sungai!!!!!!!! dah lama okeyh tak mandi sungai yang airnya jernih, segar, bersih dan terpelihara itu!

penuh jugak la kat belakang kete y dah sedia kecik cenonet ni
 taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ni jaraknye xsampai pon 5 min naik kereta dr umah aku.
dulu xde pon papan2 tanda bagai nih. skang dah makin maju
nak masuk pon kena bayar rm2 tau! haha

tempat parking pon dah cantik bertar bagai
orang2 y takut kete kototr xyah risau dah, jalan cantik sumer sampai le ke pinggir sungai tu

air pun jernih kalau bukan hari hujan mencurah2. boleh nampak kalau ikan lalu lalang
so, bermulalah aktiviti hehehe. sementara para lelaki gagah perkasa sibuk hidupkan api, aku basuh2 ayam untuk dibakar. adik aku rajeng nak membantu

basuh2 ayam

dgn adik bongsu!

suami pon nak beraksi! basuh jaring tempat nak bakar ayam lerrr. mana ntah dibedal nye haha

main aktiviti weehoooooo
nampak x pelampung kat belakang tu?haaaa ada orang sewakan pelampung. sejam singgit je. tapi sbb aku org kampung bayar singgit pastu guna sampai puas hahahahapelampung utk kegunaan suami kekekeke

 


tukang bakar ayam kekekeke



tu boleh dikatakan aktiviti wajib kalau balik kampung. kalau x pergi bakar2 ayam kat tempat ni, cukuplah sekadar pergi mandi sungai belakang umah mak ngah ke, umah makcik ke, hujung kampung ke. sumer xsmpai pon 5 minit.memang dekat ngan sungai..dan Alhamdulillah masih lagi terpelihara dan terjaga kebersihan dan keindahannya

sedih tengok ni bila dah nak berangkat balik.
lain kali, boleh buat aktiviti lagi. saper2 yang agak2 nak mai bercuti ke tempat ni roger2 la aku ahahaha. boleh tunjuk jalan. xsusah mane pong :P

abes sudah cuti empat hari di terengganu! on the way balik aritu... kat gambang, ada kemalangan yang sangat teruk. kereta terbabas langgar divider sampai ke seberang jalan lagi satu. xtau la bape kereta yang terlibat. macam ada kematian. suami cakap ada orang berlumuran darah lam kereta yang remuk, tak bagi aku intai. 

ni je yang mampu snap. suami lambat bertindak.
dan macam biasa la, jalan sebelah kami ni xde pape pon, selamat je nak lalu tapi sebab rakyat malaysia ni prihatin sangat, sumer pakat berhenti tepi jalan. ada yang siap bawak kuar video camera lagi. tapi kami teruskan perjalanan, jauh lagi nak tempuh ni.

Alhamdulillah, Allah selamatkan perjalanan kami. tiada kemalangan jiwa dilaporkan hehe. sampai umah dah malam..terus tumbang! 

tak sabar nak tunggu next holiday, boleh pergi ramai2 satu family!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting