Nov 15, 2010

movie ombak rindu????? omg~

6:17 PM
siapa kaki novel macam aku mesti teruja.
siapa minat baca ombak rindu macam aku mesti teruja
siapa pernah baca dan ingat nama izzah dan hariz macam aku mesti teruja

gambar amek dari sini

sebab sekarang nak difilemkan. watak hariz dibawa oleh aaron aziz my fav actor so far. mila pulak lisa surihani! ye aku tau kamu-kamu suka lisa surihani. so walaupun kamu tak pernah baca ombak rindu ni , mesti tengok filem ni. sebab lisa surihani lah! ye mari tengok beramai2.

dan watak izzah ni mesti maya karin. sebab bertudung kan lam poster ni

gambar amek dari blog alya

somehow macam takleh nk imagine watak izzah ni ngan maya karin. sebab izzah ni kalau tak silap aku dalam novel tu muda lagi. maya karin ni macam dah tua la pulak! eh ke salah? haha jahatnye aku. xpe2, kita tengok nanti cmne movie tu.

ni sedikit sinopsis cerita ombak rindu dari pakcik wiki.

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
 p/s : uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. nak tengok jugak! plis lah best mcm lam novel. 
p/p/s : dijangka akan menemui anda awal 2011
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting