Aug 26, 2012

Dugaan Maha Kuasa...

9:55 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum...

Sejak2 balik sini, hati memang x tenang. tiap2 waktu dan ketika teringat kat abah di hospital.

Pernah suatu malam mimpi abah dah xde. Tuhan saja yang tahu pilunya hati ini. 

hari-hari call cakap ngan abah, perkembangan sentiasa berubah.

kejap ok, kejap demam, kejap lelah balik. koyak rabak hati, duk jauh macam ni tersekat macam xboleh nak buat apa. hanya doa yang mampu aku hulur dari jauh.

semalam dapat tahu, abah lelah balik. langsung xboleh tidur sebab susah nak bernafas. terpaksa pakai alat bantuan pernafasan. demam dah 2,3 hari baru harini ok balik.

kata doctor, kena jangkitan kuman. tukar ubat, dah semakin baik Alhamdulillah....

tapi kaki kebas masih macam tu je. nadi kat kaki sangat lemah lagi. xtahu sampai bila abah akan stay kat hospital. 

Ya Allah, sembuhkanlah penyakit abahku. tabahkanlah hati kami dalam menempuhi dugaanMu. Kau permudahkanlah segala urusan kami.

Aug 23, 2012

Allah sebaik-baik perancang~

8:36 PM
reactions 
1 ♥
Assalamualaikum ~

Sebelum terlambat, Selamat Hari Raya!!!! hehehehe. mintak ampun salah dan silap..

Harini dah masuk 6 Syawal. alkesahnye aku dah pun berada nun jauh dari kampung halaman , kembali bertugas. dah 2 hari bekerjaaaaa..

bukan ini yang aku pinta. T_T

Sungguh, kita merancang Allah yang menentukan.

Sebelum balik beraya, memang dah rasa sangat rapi lah perancangan. Di hujung minggu terakhir, beli baju raya itu ini, beli macam2 barang keperluan nak buat kuih raya sendiri konon2... siap dah susun jadual raya pertama kedua sampai lah abes cuti nak beraya ke mana. Dari Terengganu, kelantan dan kedah semua dah masuk dalam jadual..

tapi aturan Allah tiada siapa yang tahu.

hari Isnin, 13 August bersamaan , sedang aku bertungkus lumus buat kerja kat ofis dapat call dari mak kat kampung cakap abah kat hospital berdekatan dengan rumah, sesak nafas.    mak suruh call p.ngah. masa ni memang mata dah berair. sebak x terkata. buat kerja tangan terketar2.

call no semua orang 2,3 x tak terangkat. lagi la sebak. selang bape minit call kampung tanya keadaan abah cmne. sehingga lah diberitahu abah dipindahkan ke hospital lain. contact adik, kakak semua. terus amek keputusan balik kampung on the spot. aku mintak kebenaran ngan supervisor pon air mata dah berair, tinggal nak menitik je.

petang isnin gerak dari rumah.. kejap2 call kakak, kejap2 call sana sini. memang menangis je. sebab abah x pernah sakit2 sampai masuk hospital macam ni.

amek kakak sulung kat klang, balik kampung sampai hospital pukul 11 malam. tak boleh nak masuk pun sebab bukan waktu melawat. pergi jumpa ma ngan adik je yang ngah tunggu. abah ditempatkan di CCU. esoknye pergi hospital waktu melawat. kena gilir2 masuk 2 orang je setiap kali. saat tengok abah terlantar kat katil, dengan wayar berselirat kat tangan, tiub lagi kat hidung mulut, dengan bantuan pernafasan lagi, memang terus sebak menangis. tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata. pilu rasa hati ini. air mata menitis tak henti2.

begitulah seterusnya hari demi hari, seminggu abah ditempatkan di CCU. ulang-alik dari rumah ke hospital. ma n adik gilir2  kat hospital. 

Saat dengar azan kat kampung, sebak je sebab selalu abah yang azankan.

Alhamdulillah, sekarang abah makin pulih. 18august abah dipindahkan ke wad pemulihan jantung. jantung abah makin stabil tapi skang komplikasi kat kaki belum pulih. dah seminggu lebih kaki abah kebas. x hilang2.

tahun ni giliran beraya rumah mertua. walaupun raya sakan sampai demam jadiknya, tapi hati dan perasaan nun jauh di hospital teringat kat abah. rasa raya lain macam sangat. pertama kali raya jauh dari family, dengan keadaan abah macam ni pulak.

21 august kami gerak balik sini sebab dah lama sangat cuti. risau jugak kalau2 bos mengamuk kan haha. tapi berat hati nak tinggalkan abah. walaupun aku x banyak membantu, sekadar melawat di hospital, xpernah tunggu kat hospital, tapi sebak , susah hati nak tinggal jauh2 dalam keadaan macam ni.

Ya Allah, sembuhkanlah penyakit abah. Tabahkanlah hati kami menumpuh dugaanMu ini.



Aug 3, 2012

Kerana mati itu pasti.

5:01 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum.

Salam ramadhan. Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. :)

Alhamdulillah diberi kesempatan lagi untuk menempuhi ramadhan penuh barakah ini. sebab apa?

sebab kedatangan ramadhan ini kadang-kala menjadi pencetus kepada diri sendiri untuk banyakkan berfikir, banyakkan beramal. kalau selain ramadhan tu macam susah sangat kan nak jadik macam ni. *sigh*

kat ofis, aku suka dengar lagu sambil buat kerja. of cos la my favourite rock kapak. tapi kadang2 dengar jugak nasyid, alquran.zikir.

tapi berlainan di bulan ramadhan, secara automatik datang kesedaran dengan sendiri. bila nak dengar lagu2 lain je mesti terdetik lam hati " daripada aku dengar lagu2 yang entah apa2 tu baiklah aku dengar alquran ke, zikir ke, lagu nasyid ke yang lebih membawa aku dekat dengan Allah."

so harini aku dengar nasyid lah kebanyankannya.
dan jugak surah2 yang pernah dihafal masa sekolah tapi dah lupa T_T. so dengar balik nak bagi refresh.
kadang2 bila dengar nasyid tu aku x tumpu sangat pada lirik bila ngah fokus kerja. tapi time kerja santai2 tu boleh la dengar betul2. sampai lah di satu lagu ni. tetiba hati macam tersentak. jadi sayu je. sebab lirik sangat merobek jantung segala. meremang bulu roma.

pastu terus cari lirik, then dengar betul2 berulang2. terus buat aku jadi sebak. tarik nafas, hembus nafas berulang kali untuk mengawal keadaan. kang tetiba termenangis kat ofis, naya je haha.

so guys, apakata cuba dengar lagu ni betul2. memang mengingatkan kita kepada kematian. kerana mati itu pasti. p search kat youtube kejap, pastu dengar okayyyyyy!

Menanti di Barzakh- Far East

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Selesai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Di muka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting