Feb 23, 2013

Bila B.Jepun dicampur dengan BM

11:20 PM 0 ♥
Assalamualaikum!

Memang xleyh nak tahan2 lagi dah, kena jugak cerita kat sini. haha

Selalunya kita dengar, guna , bercakap menggunakan bahasa melayu yang dicampur dengan English . dah jadi biasa sangat kan bahasa rojak ni .

Pernah dengar x keadaannya bila bahasa jepun dicampur2 dengan bahasa melayu ? bukan campur2 macam biasa tapi luar biasa sangat sampai gelak nak pecah perut terus rasa nak terberanak, adeh.

A dan B tengah berbicara pasal barang yang xjadi dibeli di tesco petang tadi.. mari kita ikuti perbualan mereka .

A : Mana kita nak beli ni ? 
B : Kat Jusco la
A : Aru kana ( = ada ke ek ) kat jusco
B : Aru ah ...eh?
A :    kemudian gelak guling

Aru = Ada 

Selalu mana ada orang campur2 rojak sampai cmtu skalik. sebab "ah" tu mcm bukan bahasa melayu pun kan , just bhs pasar kita je tapi bila combine smpai mcm tu skalik buat aku gelak guling2.

comel kan si B. sebab selalu sangat tersasul mcm tu. hahahahaha

ok2, aku tau mungkin ramai x rasa kelakar tapi bia la aku nk gelak guling2 jugak.

Feb 19, 2013

when will you be mine?

8:49 PM 0 ♥
Angan-angan xmau tinggi lagi ke? haha

Tapi tengok aje lah y mampu..

banyak lagi yang perlu didahulukan..

x gitew Baby D?


jangan tanya kenapa saya nak yang ni
*sigh*

Day 22 : Post something that you dream about

Feb 17, 2013

beringat sebelum kena

1:08 AM 0 ♥
Assalamualaikum.

dulu bila naik kereta xpernah nak perasan sangat perangai2 manusia yang kurang berhemah di jalan raya.

tapi sejak dah pandai drive sendiri ni, walaupun xjadik driver sekadar jadi co-pilot aku makin alert dan perasan lah macam2 kerenah manusia di jalan raya.

xperlu aku nak hurai satu2 sebab semua orang pun macam dah terkena kat diri sendiri, terkena dengan perangai manusia yang ego, xreti bahasa, buat jalan macam diri sendiri yang punya daaaaaaaaaaaaan macam2 lagi lah. 

kalau nanti xmelibatkan nyawa orang lain xpe la jugak, kalau melibatkan orang lain tu yang buat kita hangin satu badan, ye dak?

meh nak cter satu insiden yang berlaku betul2 depan mata sampai jantung berdegup kencang, seperti genderang mau perang~EH?

alkesahnya kami on the way ke bangi, melalui lebuhraya SKVE. time ni x banyak sangat pun kereta atas jalan, sebab semua orang ngah bercuti raya cina lagi. kami gerak dari ofis lepas balik kerja.

time ni pun kami bersantai2 aje lah, encik suami pun bawak dgn kelajuan 80-100km/h cmtu la. sebab mmg aku xbenarkan lebih 100. nanti jantung aku cepat aje mengepam darah.so encik suami stay je 80.

kami kat lorong tengah. tetiba kat lorong kanan , kami dipotong oleh kereta myvi yang macam dikejar oleh kereta Viva. time ni encik suami cakap yang kereta Viva ni laju lain macam aje. aku xtau la sesi kejar mengejar ke apa sebab nampak sangat kereta Viva tu gopoh semacam nak potong myvi tu. 

pastu sebab macam xlepas nak potong, dia masuk lane tengah which is depan kami lah yang beza jarak dalam 2-3 kereta macam tu tapi xde kereta la antara kami. kat lane tengah ni pun ada sebuah kereta yang sama laju ngan myvi kat bhg kanan so Viva ni xlepas nak potong, dia nak masuk balik macam tu je kat lane belah kanan. 

bayangkanlah dengan kelajuan yang aku pun xtau berapa, kereta Viva dah goyang2 sebab nak tukar lane tiba2 pastu memang dah goyang kiri kanan, hilang kawalan,pusing langgar divider tengah, kereta berpusing2 terbalik kat tengah2 jalan raya, lalu depan kereta kami, lalu di tengah2 antara 3 buah motor di lane kiri, pecah cermin kanan bhg pemandu, terseret ke divider kiri tepi jalan dan terbalik lagi sekali. nampak pemandu cepat2 keluar dari cermin driver y dah pecah, kereta dah terbaring atas jalan.

within a few seconds! right in front of us!

aku dengan jantung berdegup2 kencang tu, paksa encik suami berhenti, pergi tolong. ada kereta lain berhenti jugak depan kami tepi jalan, kuar kereta sambil call polis/ambulans aku xtau lah. motor yang sipi2 nak kena langgar tadi pun berhenti tengok mangsa kemalangan yang xmembabitkan orang lain. encik suami cakap pemandu kereta sorang2 je, xde bawak penumpang ke apa. cedera di tangan sikit, ada la darah2.

lepas terbalikkan kereta ramai2, semua orang blah biar pemandu tunggu sorang2. encik suami cakap semua orang pun macam bengang sebab tau dia bawak laju macam orang gila, nasib baik xmembabitkan orang lain. kira dia sorang2 je la yang terbabit.

lepas tu mmg mata aku xlepas dari meter kereta encik suami. jangan mimpi la nak lepas 80. cuak tau x! bukan setakat aku, baby D dalam kandungan pun boleh cuak tau~

so kawan2 yang memandu di jalan raya, silalah berhemah. ni salah satu contoh aja yang menyebabkan kemalangan. banyak lagi kerenah manusia yang macam2, yang boleh menbahayakan nyawa orang lain.

Feb 3, 2013

bila orang malas nak buat post baru

1:19 PM 0 ♥
Assalamualaikum.

hari demi hari
dah bosan nak jenguk blog snirik
semangat nak menaip dah x berkobar2 seperti suatu ketika dulu

tapi...
tetap dirasakan suatu kemestian nak update
bukan sebab takut hilang follower
bukan sebab takut orang dah jemu buka celoteh ckynwan

tapi...
sebab dirasakan untuk kepuasan diri sendiri
itu yang lebih utama


jadi?
apa isu untuk harini ?

nothing......

bye2!
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting