apa khabar iman pada hari ini?
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
same goes with me. walaupun mengucapkan selamat hari bapa secara terang-terangan kepada abah bukanlah satu kebiasaan kami satu family, tapi aku tetap mahu mengucapkan selamat hari bapa untuk abah..you are everything in my life. dulu aku pernah karang satu sajak sempena hari bapa.tapi entry di blog lama telah ku hapuskan.maka sudah tiada.. hmmm nk karang sajak tapi tidak ada idea pulak hehe
apa-apa pun, abah is always the best! dari aku kecil sampai lah sekarang. senyum abah tidak pernah lekang dari bibir. dari aku dilahirkan sampai sekarang, abah kerja membanting tulang tidak putus-putus. sehinggakan raut wajah abah sudah melangkaui umurnya sekarang. setiap hari abah akan mengendalikan jentera berat untuk memunggah kayu balak di hutan. aku tidak pernah malu dengan pekerjaan abah.kenapa? kerana bukan semua orang mampu mengendalikan jentera berat seperti itu. abah kamu mampu ke? =P
pakaian abah memang x sama dengan pakaian ayah kamu. setiap hari pakai kemeja & tie naik kereta besar pergi pejabat. abah pula pakai baju tak chantik sebab nak kendalikan jentera berat. abah tak masuk opis tapi masuk hutan. tiap-tiap hari abah kamu tidur dalam bilik ber`ekon` tapi abah saya tiap2 hari tidur dalam rumah panjang yang dinding lubang2 kat tempat kerja. di kelilingi hutan berteman nyamuk. sesekali abah ditemani gajah. Alhamdulillah umur abah masih panjang. walauapa pun keadaannya, saya tahu abah kerja dengan tujuan yang sama ayah kamu kerja.
setiap kali cuti umum, abah akan bawak kami melawat tempat kerja abah. aku suka! seronok. dapat lihat suasana abah kerja. kadang-kadang sedih. sebab susahnya abah kerja. sepatutnya abah dah nak berhenti, tapi pihak syarikat tidak izinkan.sebab abah orang lama dan berpengalaman. im proud of you abah! tak sabar-sabar mahu menghabiskan pelajaran then kerja untuk berbakti kepada abah and family.
abah bawak jentera ni time kerja. ganas woooo
sayang abah!
6 ♥:
menangis baca entry nih....abah yg tak tak pernah pamerkan kesedihan dan marah...abah ayah terhebat
tu la smalam time tulis pun menitik2 air mata..teringat kat abah..
masa call abah dga abah gelak2 tu rasa seronok sgt...
xsabar nk blk jumpe abah nih wpon lmbt agi
what a luvly daughter to write such an entry..huhu.. ^_^
hihi thnx fizan =)
terharu pulak ko ckp cmtu =P
this is good ahh~
bagik due ibu jari mengahle ke langit!
=)
arigatou incik neng
Post a Comment