Showing posts with label dapur ckynwan. Show all posts
Showing posts with label dapur ckynwan. Show all posts

Dec 11, 2010

mari makan nasi minyak.yeay!

5:15 PM 0 ♥
oh.harini rajin terlebih.sebab ada orang datang rumah.so aku rajin bebenor nak masak sedap. duk sorang2 msk sedap2 makan sorang xde feel la beb!maka terhasillah nasi minyak buatan sendiri yang nak taknak ikot resepi! hahaha. act dah lama nak makan nasik minyak. dari mgulepas lepas agi. tp xterbuat. so alang2 ada tetamu ni aku rajin la sket nak membuatnye. hehe practice nak jadik isteri mithali skali. hihi

mari menjamu mata anda~




semua ni buat sendiri ok.masak sorang2.cepat puji aku cantik! haha xde motif.
ok sape nak resepi angkat tangan!
sape nak makan nasik minyak angkat tangan!

p/s: dorang puji sedap. (o^_^o)...nak amek hati ke, betul2 sedap ke aku xkesah. yang penting aku puas hati! next week makan nasik beriyani jom!

Dec 4, 2010

buat mee sizzling sendiri lah.

3:05 PM 0 ♥
satu hari aku jalan2 di mitsuwa.sekalik ternampak ni. murah! lalu aku beli.

sampai di rumah, aku buat resepi sendiri. jadik macam ni.


sedap sehingga menjilat sudu-garfu sendiri. lain kali mesti cuba lagi ni.

sambal belacan tak guna belacan?mace mano tu

10:36 AM 0 ♥
semalam aku kemaruk gila nak makan sambal belacan. dulusuka sangat buat sambal belacan. makan ngan ulam. kalau kat sini aku selalu makan ngan kobis takpun daun salad. memang terbaik lah! so after balik dari lab aku singgah mitsuwa. carik la barang nak buat sambal belacan.

cili aritu dah beli katbaticrom. so aku beli tomato, jus lemon ngan udang kering ajelah. nape udang kering? sebab baru teringat yang kat umah, belacan dah xde. dah lama habis. pastu aku guna la logik akal sikit. belacan diperbuat daripada udang kan? aku xtau la bahan2 tambahan yang lain. yang penting ada udang.

sebab tu aku beli udang kering! hehehe . at least ada la sikit rasa belacan tu. so cmne nak buat sambal belacan ni?

resepi sambal belacan dari dapur ckynwan
bahan-bahan :
  • udang kering (belacan)
  • tomato
  • juslemon(cuka)
  • bawangbesar
  • cili 
  • gula
  • garam

cara-cara:
  • masukkan tomatoyangdihiriskedalam blender.
  • potong cili.(selalu orang guna cili besar banyak pastu tambah cili padi sikit nak kasik pedas dan merah.)
  • kemudian masukkan dalam blender jugak.haha.
  • bakar bawang besar.
  • pastu masukkan semua bahan2 lain dan blend lah ikut kehancuran takat mana yang korang nak.
  • siap!

sambal belacan(udangkering) tak berapa menggiurkan sebab aku gna cili kaler hijau 4bijik je
tomato lak yang muda. so xmerahsangat lah

pastu makan dengan ayam goreng. tambah sikit sup sayur. makan pulak dengan nasi beras thai. dah lamaaaaaaaaaaaaa gila aku tak beli beras thai ni. sejak2 duk sorang ni aku dah biasakan diri ngan beras jepun. so tadi memang menambah2 la nasiknya. ada pulang sambal udang kering kan? meleleh balik air liur aku nih! haha


Nov 19, 2010

resepi pertama cubaan aku masih berjaya!

9:55 PM 0 ♥
seperti biasa, resepi pelik2 memang aku suka buat. lantak lah perut aku yang nak makan kan. sedap menjilat jari pun aku sorang je yangrasa hehehe. sebelum ni pernah upload gambar ayam tu tapi nampak macam ayam berempah biasa je kot. maka aku upload lagi sekali lah. pedulik lah, ayam aku kan haha

ayam goreng SUPER rempah


kenapa super rempah? jom tengok resepi ayam goreng SUPER rempah

bahan-bahan :
  1. beberapa ketul ayam
  2. rempah tandoori
  3. tepung kentucky
  4. telur
  5. sos tiram
  6. sos tomato
  7. air
  8. butter


cara-cara :
  1. gaulkan ayam dengan rempah tandoori. campurkan dengan sedikit susu.
  2. perap kan ayam. lagi lama lagi bagus untuk rempah meresap ke dalam ayam
  3. gaulkan dalam telur
  4. golekkan dalam tepung kentucky
  5. goreng dalam minyak panas


sos :
  1. panaskan kuali dan cairkan butter
  2. masukkan sos tiram, sos tomato dan air
  3. tunggu sehingga pekat
  4. curahkan atas ayam


siap untuk dimakan. sedap nyum3 



idea tercetusnya resepi:
sebelum tidur haritu aku rendam siap2 ayam ngan rempah tandoori.esoknya nak grill. lepas tu keesokan harinya teringin nak makan ayam goreng tepung lak. nak golek2 lam telur tapi xkan nk letak lam minyak terus kan? menyesal dah perap siap2. tapi, last2 aku golek lagi sekali dalam tepung kentucky yang dah berempah tu. maka jadiklah ayam super rempah!

nak cuba taknak cuba ikot suka hangpa lah!

simple dan sedap!

5:19 PM 0 ♥
lunch + dinner aku harini. takde mood nak masak. gara-gara papa PMS. orang pms sket2 die pms banyak2 lak. biasalah penghujung hari macam ni, ada dua kemungkinan sahaja. berakhir dengan baik mahupun sebaliknya. dan agak malang bagi aku, berakhirnya minggu ini dengan kurang baik dan tidak menyenangkan hati jantung aku.

ok, tak mahu cakap pasal hal tu. nak cter pasal makanan. sebab aku dah buntu nak makan apa. petang tadi singgah pasar beli ikan. 300yen 10ekor. satu hari makan 2ekor. 5 hari pun boleh tahan! tapi kalau ikan memang aku tak jamin. sebab aku suka ikan. lagi-lagi ikan goreng!

hari ni aku  masak ikan goreng + sayur air. aku tak tahu bahasa formal nya macam mana, tapi bahasa rumah aku adalah sayur air, sebabnya ada sayur  ngan air je. haha

sayur air

ikan merah goreng

sedap menjilat jari
makan taknak berhenti
bukan tak mahu kongsi
tapi sudah tak ada isi

p/s : esok ikan goreng lagi. nyum3

Nov 14, 2010

sekali-sekala macam budak-budak

7:31 PM 0 ♥
suhu semakin menyejuk(?), autumn bukan lagi in my heart kerna sonata musim salju pasti menjengahkan diri. dan kekangan masa semakin mencemburui masa lapang aku. akan mula sibuk, fyp yang semakin menyesakkan jiwa. dan meletakkan aku dalam kondisi yang kurang memberangsangkan!tiada lagi masa untuk bangun awal pagi dan menyediakan sarapan tengahari. ceh. pandai bukan aku mencipta alasan. dingin pagi cukup untuk aku berfikir banyak kali untuk bergerak dari katil. sejokkkkkkkkkkkkkkkkk! 

tapi perlu jugak. sebab nak sediakan bentou(=bekal) pergi lab. tak perlu aku menyesakkan otak untuk memilih makanan di cafe, walaupun pilihan makanan yang boleh dimakan tidaklah banyak mana.

maka aku perlu sediakan bentou sendiri. eh aku tahu masak tau! hehehe 

comel tak?
bekas bentou kanak-kanak yang comel gile kan! walaupun aku bukanlah begitu teruja sangat dengan pooh si perut buncit! haaa jangan nak samakan aku dengan pooh! baru je beli 2 hari lepas, di apita. harga 500yen. sila jangan convert sebab nanti nampak aku macam kaya gila beli bekas makanan RM19. eh ke murah bagi kamu? maaflah, aku kedekut dan miskin. eceh.

ni kali ke berapa ntah aku bazirkan duit beli bekas bentou. dulu beli yang biasa2 dekat kedai 100yenshop. tapi haritu aku aku bawak nasik ngan lauk sampai tumpah2 kuahnya! oh tension aje. cmne la berat aku nak naik kalau asik tension aje kan? ya, satu kerisauan yang aku pernah utarakan dulu. dah lupa? 

uwah bertingkat2!

tingkat pertama tempat letak chopstik!
walaupun aku maybe takkan guna sangat chopstik tu hehe

lapisan kedua : tempat letak nasi
lapisan ketiga : tempat letak lauk
haaaaa, senang la pasni aku nak bawak lauk ada kuah pon. xde dah tumpah2. bag bentou pon dah beli kat 100yenshop! hahah semangat tak semangatnye aku ni nak bawak bentou. tinggal nak rajinkan diri bangun masak je. kalau tak sia-sia la beli bekas! hahaha

ok, gambar makanan pencuci mata untuk kali ni! esok aku kongsi resepi okeh. serius sedap! tak tipu! hahaha


p/s : sebenarnye aku jeles kat labmate aku yanghari2 bawak bentou dalam bekas! mak dia masakkan T_T

Nov 7, 2010

salmon cheesy fry

10:58 AM 0 ♥
harini nak letak resepi lak untuk menu meletup aku! haha dah lupa yang mana satu?



ada yang cakap macam kuih lapis lah. macam ayam. sebenarnya tu adalah salmon ye kawan-kawan. jom terjah resepi di bawah

bahan-bahan :
  1. ikan salmon
  2. cheese
  3. telur
  4. tepung kentucky
  5. sos tiram
  6. sos tomato
  7. mentega
  8. air
  9. brokoli (tambahan)

cara-cara membuatnya:
  1. lenyek ikan sampai sedikit nipis dan lebar
  2. kemudian letakkan cheese di tengah2
  3. balut cheese ngan ikan
  4. kemudian celup dalam telur
  5. kemudian ratakan dengan tepung kentucky. bukan tepung kentucky pon boleh aje
  6. goreng ngan minyak
  7. hiris dan hiaskan di dalam pinggan


sos : 
  1. panaskan mentega dalam kuali
  2. kemudian masukkan sostiram, sos tomato dan air
  3. kepekatan tu ikut masing2 nye selera lah
  4. (tambahan,tak buat pon xpe)kemudian masukkan brokoli
  5. tunggu smpai masak.
  6. kemudian letakkan di dalam bekas yang diisi ikan tadi
  7. sedia untuk di makan.


selamat mencuba!


Nov 6, 2010

aku WAJIBKAN ke atas kamu untuk mencuba!

1:33 PM 0 ♥
gambar pengenalan dulu aci tak?

terliur tak?

ni adalah menu dinner aku malam tadi (5 november). sumpah aku tak sangka ia sangat sedap! bukan nak puji masakan sendiri tapi tu lah, memang sedap weyhhhhhhh

slurpppppppppppppppp~
sedap hingga perut membuncet! memang aku sengaja letak gambar kasik close up sket2. kalau tak terliur aku tak tahu lah. lain kali aku mesti cuba lagi! 

close up ke berapa dah ni weyhhhhh
ni adalah menu pertama yang aku cuba dan menu yang pertama kali aku makan in my life. jakun tak jakun lantak hangpa lah nk cakap apa pun. aku x heran. yang penting puas hati!

takkan taknak cuba lagi kot?
aku letak gambar masakan sama yang aku snap dari macam2 angle dan focus tempat lain-lain. motif? nak bagitahu yang menu ni sedap! sunggah lah tak tipu. aku nak la jugak bagi korang rasa tapi xleyh dowh. tak sampai bape lame pon dah licin. memang menjilat jari la kata aku!

p/s : siapa nak resepi boleh angkat tangan ketuk2 keyboard komen kat bawah. esok aku kongsi resepi. sebab sekarang xleyh nk menulis banyak2 terbayang kesedapan dan kelazatan. esok aku tulis dengan penuh jiwa raga! ha ha ha ha

p/p/s : buat cik hafis yang tanya aku ni laki ka pompuan ka, kongsi blog ka...rasa-rasa dah boleh agak belum?



p/p/p/s : entah2 cik hafis tulis benda sama je kat shoutbox org lain hahaha.malu aku weyh


Oct 13, 2010

dari dapur ckynwan

12:19 AM 0 ♥
beberapa jam yang lepas aku baru sahaja selesai menjamah makan malamku. ye, pukul 11 malam waktu tempatan jepun! erm pukul 10 waktu malaysia. baru nak dinner? mana x buncet? ayoyo. malam2 baru nk menelan nasik.

nak buat cmno, satu hari aku menyental periuk belanga gara-gara jamuan raya. gaya macam buat open house, mengalahkan masak rendang satu kawah! hahahaha

ok2. ni menu aku tadi. simple tapi sedap! dan masin T_T

Oct 9, 2010

dapurku masih berasap~

7:38 PM 0 ♥
oh oh oh. lamanya la xde entri dari dapur ckynwan kan. kan2. dulu semangat la letak entri menu2 time bulan puasa . semangat nak masak memang membuak2 lah, tapi makin lama makin tak semangat nak letak menu2 kat sini. ye2 je angan2 nak letak 30 menu di bulan puasa ha ha ha ha

okay, hari ni nak semangat balik lah. sebagai permulaan selepas raya ni. menu hari ini ialah lala goreng halia. resepi aku campak2 je la kan haha. aku yang nak makan. bukan VIP mane pon kekeke

Aug 5, 2010

sayur kobis masak lemak + ikan goreng = menjilat jari

10:17 PM 2 ♥



ok. lauk harini adalah kobis masak lemak dan ikan goreng. nyum2. sedap sehingga menjilat jari!

resepi untuk sayur masak lemak

bahan-bahan
bawang besar
2 ulas bawang putih
kobis
brokoli
ikan aji 
santan
gula
garam
ajinomoto

cara-cara
rebus ikan aji dan kemudian blend @ tumbuk
hiris bawang besar dan bawang putih
masukkan santan, ikan rebus, dan juga bawang ke dalam periuk
perlu kacausupaya santan tidak berketul
kemudian masukkan sayuran
tunggusehingga mendidih
perlahankan api
apabila sudah masak, tutup api



 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting