Dec 31, 2010

What inspires me all these days

♥ 9:59 PM 0 ♥
dalam menempuh hari-hari mendatang, paling tidak pun mesti ada something yang kita jadikan sandaran ataupun penguat semangat untuk terus maju ke depan. so sebagai menyahut day 17 happiness challenge  : what inspires me, maka harini nak  bercerita lah serba sedikit apa yang jadi pendorong dan perangsang serta pemberi semangat untuk aku terus berjuang sehingga ke akhirnya. ceh, ayat tetap takmahu kalah.

aku ada 2 akak dan sorang abang. masa aku kecik2 dulu, aku suka tengok akak-akak n abang aku pergi sekolah asrama. bila ikut abah aku nak hantar dorang, aku rasa best sangat pastu mula la berangan nak duk asrama jugak. kecik2 kau dah berangan nak duk asrama. dan akak sulung aku merupakan salah satu sumber isnpirasi aku. akak aku berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. sebelum tu masuk uitm arau, perlis kalau tak silap aku.  so bila akak sulung aku masuk U, aku memang lah teruja. rasa best.kagum. nak jugak jadik macam akak aku. nak jugak masuk U. orang kampung, kalau masuk U dah hebat kot masa tu kan.

kami ni orang kampung. kalau masuk simpang nak ke kampung aku memang dah xde jalan tembus. jauh pergi sket  lagi terus jumpa jalan mati. kat hujung kampung tu boleh jumpa kawasan air terjun yang udara bersih, fresh air jernih lagi boleh nampak ikan berenang-renang. nak cakap nya kampung aku nih belum diteroka sepenuh lagi la time tu. eh panjang pulak mukaddimah. masa aku bersekolah menengah kat besut, ada la segelintir kawan2 aku yang maybe la nak gurau2 je, duk ejek2 pasal kampung aku ni. ye la, mereka2 semua dari kecik lagi dah ngadap komputer. dah kenal internet. aku sumpah la xtahu kan. ape jadah tu? hari demi hari aku makan hati ngan ejekan dorang. cakap belakang rumah aku ni tempat harimau tidur lah.tapi last2 hujung minggu nak datang mandi sungai, main air tejun korang gedik2 datang jugak kan lalu ikut rumah aku ni.cehh. 

dari situ, aku tebalkan lagi nekad nak belajar rajin2, sebab aku nak keluar dari kepompong yang kawan aku duk ejek2, cakap kawasan umah ulu la ape la.walaupun aku tak tunjuk tapi memang terkesan jugak lah lam hati.masa tu memang aku geram, menyemarakkan lagi semangat aku nak tunjuk kat dorang, aku budak ulu pun boleh jugak berjaya. korang konon2 dah maju sangat kalau xberjaya xpayah la nak ejek2 orang yang tak maju macam aku ni. tapi xpe lah, thanks to them aku dapat masuk ke sekolah berasrama penuh after PMR. dan aku keluar dari kepompong orang2 yang mulut busuk nih. Terima kasih banyak2!

bila masuk SBP, orang sumer hebat2. daripada impian nak masuk U, keinginan aku mula berubah bila pengetua duk umumkan senior2 aku ramai dapat tawaran ke luar negara. bila duk belajar ngan orang pandai2 ni, kalau kau malas terus dapat no corot, malu dowh. malu sangat. so nak taknak kena la berusaha. mungkin usaha aku takde la berapa padu sangat ngan orang yang dapat keputusan bagus2 gila, tapi alhamdulillah aku dapat lah tawaran nak melanjutkan pelajaran ke Jepun ni. dan sekarang aku berada di tahun akhir. sepanjang tiga tahun duk sini, nak kata senang tu memang penipu tahap alam la kan. sebab aku bukan macam orang yang bijak pandai, yang baca sekali terus paham, yang kerajinan sentiasa 100%. so ada la jugak jatuh bangunnya. tapi untuk terus give up tu memang tak pernah terlintas di hati aku ni. kenapa?

pendorong terbesar : ABAH.

yes, selain daripada pendorong2 kat atas tu, pemberi semangat aku yang paling besar dan paling kuat is abah. macam mana sekalipun aku rasa down, rasa nak give up, aku mesti teringat kat abah. aku fikir balik macam mana susah abah kerja , kalau tak silap aku sebelum abah kawen ngan ma lagi abah da keje ngan syarikat perkayuan tu n until now, even abah dah nak  bersara pun orang tak nak bagi sebab x cukup orang kan, abah membanting tulang keja everyday,membanting tulang bukan sekadar penggunaan peribahasa je ok. abah   pernah keje mesin pokok2 balak lam hutan guna mesin tu. abah guna jentera berat hangkut2 balak masuk lam lori(?). balik rumah pun hujung minggu je dari aku kecik sampai aku besar, tolak hujung tahun la x keje sebab musim hujan. macam mana aku nak terfikir untuk give up sedangkan abah tak pernah pun give up nak  besarkan kami anak beranak, nak sekolahkan kami, nak bagi keperluan kat kami. dan  benda tu aku pun xtau sampai bila akan berterusan. adik2 aku ade lagi nak sekolah sumer. can u imagine that? macam mana aku nak give up bila fikirkan pengorbanan abah. tak sanggup lah. aku tak tahulah kalau korang sanggup nak stop tengah jalan, mungkin la korang family kaya raya. xlulus periksa boleh masuk university swasta. ada duit semua boleh jalan kan.

so bila masa aku down, aku rasa dah x larat nak kayuh dah perahu hidup aku yang terkontang-kanting ke, aku akan ingat balik semua. macam mana sekalipun, aku kena harungi jugak. sebab dah smpai masa untuk abah berehat. biarlah kami anak2 lak yang tanggung abah. semoga perjalanan aku kali ni selamat ke penghujung yang sepatutnya. tahun depan dah start keje, moga aku sentiasa dikurniakan hati yang baik untuk terus berbakti kat abah n family. semoga hati aku ni terus dengan ingatan nak berbakti kepada family. xmo lah jadik anak lupa daratan weyyyy.



salji akhir tahun

♥ 2:00 PM 0 ♥
sedar atau tak, cepat atau lambat, harini merupakan hari terkahir bagi tahun 2010. macam tak percaya. tapi itulah hakikatnya. walaupun kehidupan kat sini macam xde la rasa sangat sebab sem masih belum berakhir. sekarang ngah cuti musim sejuk. dari 23hb haritu sampai la 5hb jan. dan kelas akan bersambung seperti biasa lepas ni sampai la awal bulan 2.final exam start akhir bulan 1 lagi la bagi pelajar tahun akhir. cuti pun macam tak cuti sebab makin busy ngan fyp. fyp presentation on 8/9 feb. graduation day will be on  23rd march. doakan agar aku dapat pulang dengan bergaya!

oh. berbalik kepada tajuk. sama seperti tahun lepas, hari terakhir tahun 2009 pun salji turun dengan lebat kalau tak silap aku. 1 january 2010 pun salji turun dengan lebat. sama macam sekarang. salji ngah turun dengan agak lebat.  penutup tahun yang menarik kan?

salji yang terkumpul di tepi tingkap umah

pemandangan luar rumah
umah aku di tingkat 3

salji ngah turun
esok dah masuk tahun baru. azam 2010 yang buatmasa 1 january dulu dah tertunai ke? aku no hal sebab aku x buat apa-apa azam pon =P hahaha aci x? xcaya, pergila selongkar balik entri hari pertama 2010 {post}. 

azam tahun 2011?kita tengok cmne mood aku esok nk  buat azam baru ke x haha.

ー真実はいつも一つであるー

Dec 30, 2010

the happiest day of my life

♥ 1:27 PM 0 ♥
kalah dah. baru sampai half way aku dah kalah. bukan mengalah tapi terkalah? hahaha ape benda la yang aku merepek ni. ok. harini mari menyambung 30days challenge of happiness

day 16 : tell about the happiest day of my life

**************************************************

satu kenangan yang akan aku ingat sampai bila-bila. dulu masa aku kecik-kecik, setiap hari jumaat abah akan  bawak g jalan2. paling best g pantai. kat terengganu kan cuti hari jumaat ngan sabtu. abah kerja weekdays. weekend br ada kat umah. so selalunya hari khamis malam tu abah balik umah. esok nya mesti terus ajak abah g jalan2 after solat jumaat. yang paling best pergi tangkap lala kat tepi pantai. korang pernah ke? hehe time ni seronok sangat sebab best lah duk kejar2 lala tu kat tepi pantai, sebelum die lari masuk lam pasir. balik umah goreng kicap ke, sambal ke hehe

dulu kecik2, hari jumaat la yang paling best. sebab time ni je sumer orang ada. kalau sabtu pagi2 lagi abah dah kena gerak g kerja. akak yang duk asrama pun kena g asrama kan.

ni lah the happiest day in my life. kenapa? xde la nak kata hari2 lepas tu x happy. tapi sebab time kecik2 mana la ada nak  berdepan ngan masalah ke, nak fikir apa-apa kan. tahu bergembira je. best kan jadik budak kecik? hehe modoritainaaaa, ano toki ni.

so what is your happiest day of your life?

Dec 29, 2010

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI

♥ 6:19 PM 0 ♥
[DONE]1. Peserta HARUS menjadi followers blog http://falihinjasmy.blogspot.com/ terlebih dahulu ( bukan WAJIB, tapi peluang nak menang tu lebih cerah kalau tergolong dalam followers blog ni. )

[DONE]2. Buat satu entry bertajuk FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI

[DONE]3. Letakkan BANNER contest seperti yang dibawah dan di link kan ke post contest ni.

FEEL FREE TO FLY CONTEST : BARANGAN BODY SHOP UNTUK DIMENANGI
source : blog hebat

[DONE]3. Pilih SATU gambar anda melompat paling style. Tak kira lompat secara SOLO atau DUET atau GROUP. Gambar hendaklah original punya lompat OK. Tak nak yang edit2. Kalau edit hue, level, colour, brightness or etc tu boleh la. Ingat! hanya SATU gambar sahaja.


LOMPAT SAMPAI LEBAM

[DONE]4. Letakkan caption paling kreatif di bawah gambar dalam 3 perkataan.

aku pilih LOMPAT SAMPAI LEBAM. sebab apa? sebab lompat sambil snowboarding ni memang boleh jadik lebam. kalau jatuh tersungkur, alamatnya memang terus lebam.silap2 haribulan terbaring je la kat katil esok pagi.

[DONE]5. Copy dan paste senarai hadiah yang ditawarkan.


1 x 1st Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM100.00

1 x 2nd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 60.00

1 x 3rd Prize : Barangan THE BODY SHOP bernilai RM 40.00


[DONE]6. Tak perlu buat sticky mode. Tapi, perlu sertakan BANNER contest dekat sidebar jugak dan di link kan sekali.

[DONE]7. Tag sekurang-kurangnye 3 bloggers lain dan harus inform bloggers tersebut yang mereka telah ditag ye...

mahu tag :
http://akuinisimple.blogspot.com/
http://coklatakusuka.blogspot.com/
http://clockup555.blogspot.com/

sekian

I screwed up 57% of my teenage life

♥ 5:32 PM 0 ♥
[ ]Kissed someone before dating
[ ]Gotten a phone taken away at school
[]Gotten caught chewing gum
[ ]Gotten caught cheating on a test
Total so far: 0

[X]Arrived late to class more than 5 times
[X]Didn't do homework over 5 times
[X]Turned at least 2 projects in late
[X]Missed school cause you felt like it
[ ]Laughed so loud you got kicked out of class
Total so far: 4

[ ]Got your mom,dad,etc to get you out of school
[X]Text people during class
[X]Passed notes
[X]Threw stuff across the room
[X]Laughed at the teacher
Total so far: 8

[X]Took pictures during school hours
[X]Called someone during school hours
[X]Listened to iPod,CD,etc during school hours
Total so far: 11

[ ]Threw something at the teacher
[X]Went outside the classroom without permission
[ ]Broke the dress code
[X]Failed a class
[X]Ate food during class
Total so far: 14

[]Gotten a call from school for something bad
[ ]Been called the worst student
[ ]Punished on a school trip because you behaved badly
[X]Didn't take your stuff to school
[]Given a teacher the finger when they weren't looking
Total so far: 15

[X]Faked your parents signature
[X]Slept in class
[X]Cursed at a teacher behind their back
[X]Copied homework
[]Got in trouble with the principal/viceprincipal/dean
[ ]Thrown food in the lunch room
Total so far: 19

Multiply by 3. Post as "I screwed up % of my teenage life"

How much of your teenage life have you screwed up.?

panggilan terakhir

♥ 2:41 PM 0 ♥
tinggal lebih kurang seminggu je lagi peluang untuk sertai my 1st GA ; yang akan berakhir pada 5january. cepat2 siapa belum join meh la join GA y paling simple lam dunia ni! haha

nak join jenguk sini : {post}
nak check nama sendiri boleh check kat nama peserta di sini : {post}

nama y ada lam senarai peserta tu maksudnya aku dah p jenguk.
kalau dah pernah hantar link tapi xde nama lam senarai peserta maksudnya aku x g jenguk agi. mungkin terlepas pandang. so sila lah bagi link lagi sekali okeh.

azas~
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting