*aku taip entry ni pada 3 november*
sana sini berita pasal banjir. mungkin paling teruk? sangat dahsyat. taufan di sana sini. tak terkecuali dengan cuaca di sini, hampir seminggu hujan mencurah-curah baru harini matahari tersenyum megah. bila musim hujan, musim tengkujuh macam ni aku risau dekat abah dan family di kampung. agak-agak macam mana lah agaknya ek banjir tahun ni?
sana sini berita pasal banjir. mungkin paling teruk? sangat dahsyat. taufan di sana sini. tak terkecuali dengan cuaca di sini, hampir seminggu hujan mencurah-curah baru harini matahari tersenyum megah. bila musim hujan, musim tengkujuh macam ni aku risau dekat abah dan family di kampung. agak-agak macam mana lah agaknya ek banjir tahun ni?
kawasan rumah aku tu memang selalu banjir. tiap-tiap tahun pasti banjir. paling cetek tenggelam paras betis, paling dahsyat rumah hampir tenggelam. bila dengar berita banjir2 ni, agak2 kat rumah aku tu cmne ek?
petang tadi telefon rumah. Alhamdulillah banjir tak teruk. adik aku cakap tenggelam dua tangga. selepas satu hari, air dah surut. bahana banjir, adik aku yang bongsu yang sepatutnya exam hari tu, terpaksa dibatalkan sebab cikgu tak dapat datang sekolah. tapi aku tahu, kalau cikgu datang pun adik aku tetap tak pergi amek exam. sebab pukul 7 pagi dah main air banjir. haha budak2 seronok la main air.
bila banjir, jalan penghubung akan ditenggelami air. ni kampung sebelah. bila time banjir memang jalan tenggelam smpai paras dada pun ada |
adik bongsu aku. suke sgt main air |
akhir tahun lepas. adik aku amek upah ulang alik kayuh bot abah angkut org sebab jalan tenggelam dapat la jugak duit hehe |
oh. rumah aku jenis rumah kayu yang bertiang. bukan rumah lantai yang atas tanah terus. abah aku parking kereta pun bawah rumah. jap2, rasa macam ada gambar rumah. selongkar jap.
ni je gambar y boleh bagi gambaran cmne tingginye rumah abah gambar ni masa akak aku kawen, tahun 2007. |
kalau banjir, setakat 2 tangga tenggelam tu kami macam pejam mata je haha. sebabnya dah biasa sangat paras air sampai masuk dalam rumah. dalam rumah pun dah boleh cecah pinggang. slamber je kalau setakat nak terjun ikot tingkap. sebab memang kat luar tingkap tu air je lah.
air sampai paras tingkap sudah perkara biasa bagi kami |
dulu pernah banjir time raya. after solat raya berenang2 pakai baju raya masuk lam rumah. haha nostalgia betul. dah berapa tahun jugak lah aku tak main air banjir ni. lama tak main pelampung kat belakang rumah. rindu lah pulak.
ni kat bahagian dapur lama. ni gambar bertahun2 dulu. tgk adik aku tu kecik comey agi. skang dah besar panjang dah |
sampai atas jalan tu : semasa banjir gambar diambil dari pandangan rumah aku |
p/s : bila lagi nak berenang2 main air banjir ni!!!