Nov 3, 2012

Tinggal kenangan

12:28 PM
reactions 
Dah nak masuk 2 bulan abah xde, tapi kadang-kadang rasa macam biasa. Rasa macam abah xde pergi kerja, tak pun pergi memancing. abah memang jarang kat umah. so rasa macam kehilangan abah macam kehilangan sementara je.

Tapi, kalau time abah ada dulu..bila datang je rindu nak bercakap2, call je abah. borak sikit2, gelak banyak2. kadang2 sekali call bukan terus boleh cakap..kena pandai carik timing yang betul. kena tengok jam, time ni abah kat masjid ke, kat ladang ke, kat kebun getah ke...

sekarang sudah berbeza, bila rindu kat abah xboleh dah nak capai phone untuk cakap ngan abah. sebab memang xdapat dah. sampai satu tahap rindu membuak2 tak tertahan. memang dah lumrah kalau orang yang dengar, yang baca ni mesti cakap banyakkan doa, banyakkan baca alfatihah sedekah kat abah. bukan aku x buat, setiap kali lepas solat dari kecik sampai besar mmg doa untuk family, doa untuk kawan xpernah putus. bila ma and abah dah xde doa aku panjang sikit mntak kesejahteraan di sana. ya aku tau, tapi aku bercerita sebab nak meluahkan rasa yang terbuku di hati je.

bila dah smpai tahap rindu sangat2, aku akan doa mintak dapat jumpa abah dalam mimpi pun jadi lah. dan Alhamdulillah aku mmg selalu mimpi arwah abah. macam2 mimpi. kadang2 dalam mimpi tu abah macam kat dunia lain, tengok je ktorg. kadang2 aku mimpi abah macam biasa je borak2. tapi kebanyakannya abah macam kat dunia lain. perhatikan ktorg. 

Dulu bila arwah ma xde, abah lah segala2nya bagi kami. buat apa2 pun fikir abah dulu. nak makan sedap2 pun fikir abah kat kampung bukan selalu makan sedap. nak simpan duit ribu riban pergi melancong pun fikir banyak kali, lebih baik bagi abah. abah dah berkorban macam2 untuk kami, kerja keras untuk kami.

sekarang bila abah dah xde,, macam dah hilang tempat bergantung. kehilangan abah yang amat besar. bila pergi mana2, buat apa2 mesti akan teringat kat abah. "kalau abah ade mesti cmni-cmtu". bila nak beli kereta baru, teringat abah cakap beli je vios ke, honda ke. *sebab abah anti proton, kereta abah selalu rosak.* bila teringat rumah yang beli,x sempat nak tunjuk kat abah. xsempat nak bawak abah datang rumah baru kami nanti. bila teringat jepun, dulu abah pernah cakap jangan tukar semua duit jepun, abah nak satu. tapi abah terlambat cakap dah tukar semua.

semua abah. 

dulu sebelum arwah ma xde, aku mimpi buruk. sebelum arwah ma meninggal aku sempat jugak peluk2. sebelum arwah abah xde, aku pernah mimpi abah meninggal, masa ni abah tengah sakit2 kat hospital. tapi terkilan sebab xsempat nak peluk2 abah, borak2 ngan abah masa kat hospital. duk jauh di selangor, abah kat terengganu. bila time balik melawat orang dah ramai, semua tunggu giliran nak jumpa. masuk 2-3 minit je.

raya tahun depan, sepatutnya semua giliran kat umah abah. ms raya tahun ni, dah berangan2 umah mesti meriah raya tahun depan, semua akan ada. tapi siapa sangka, walaupun kami semua insyaAllah beraya kat umah, abah yang pergi meninggalkan kami.

Yang pergi tak akan kembali, yang hidup masih lagi perlu berjuang.

Doaku tak pernah putus, semoga arwah abah n ma tenang di sana. 
Doaku mereka di tempatkan di kalangan orang yang beriman,
Doaku mereka dijauhkan dari seksaan kubur

Really miss them T_T
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting