seperti aku duk membebel dalam entri lepas, pagi tadi aku ada discussion ngan sensei(=lecturer) bersama2 dengan budak2 len. harini turn kami (aku & quy2) untuk terang pasal final year project. sebab last week akmi terangtersangkut-sangkut dan penggunaan perkataan yang salah untuk term neural network. seminggu rasa tak tenang, tak senang duduk. tambah2 pulak dengan peristiwa hari khamis tu. dengan keadaan yang macam tu, nak terang apa pun tak tahu.
malam tadi aku sengaja lupakan pasal discussion. buat2 macam harini xde pape. blogging, calling2 then aku tidur. bangun pagi konon-konon nak pergi awal tapi aku tidur balik. then masa ni dah cuak sangat. time ni la rasa macam kalau kena cirit birit pun xpe. demam ke, pitam ke. semua nak lah. paling jahat nak sensei pun cirit birit sekali! hahaha kejam gila aku ni. tapi memang tak jadik kenyataan lah. nak bangun pagi rasa tak semangat langsung. memang down je. pasrah di atas segala yang akan berlaku la. time mandi dah set mind betul-betul, think positive.after perasaan gemuruh reda baru keluar dari bilik air. macam mana bil gas tak melambung? haishhh.
sepanjang perjalanan 10minit jalan kaki, aku baca ayat kursi. sebab teringat cerita cikgu aku masa darjah 6. dia citer pasal ape ntah, tapi macam lepas dari something buruk sebab baca ayat kursi la. cikgu aku pesan suh amalkan baca ayat kursi ni. pastu dan-dan pulak kawan aku cakap dia baca ayat kursi sebelum cikgu masuk kelas, terselamat dari kena check kerja sekolah. eh panjang la pulak. sebenarnya aku dah blur tak ingat apa-apa dah ayat nak tenangkan hati ke apa lagi kan. so aku baca je la ayat kursi. nonstop. memang serah segalanya kat Allah.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.
sebelum start terang, dah bagitahu buat powerpoint untuk flow chart je. sebab memang tak tahu nak terang apa. sensei la taknak cakap semalam! then, budak master duk terang pasal dia nye fyp. 40mins! aku dah gelabah. sebab benda yang sepatutnya aku kena terang adalah macam budak master tu terang kat depan. abes je terang-terang, turn ktorg lak.
quy2 g terang. aku back up kat belakang. bila betul sensei cakap " aa betul tu", dan bila salah sensei dah tak guna ayat hikmah dia "korewa dame dayo! sotsugyou dekinai. kore wakaranaito, dame dayo" dan Alhamdulillah, aura sensei menurun banyak sangat harini. walaupun muka dia semalam macam singa. dan dia tak marah2 sampai boleh buat aku down seminggu macam dulu.
dan segalanya syukur tak terhingga kepada Tuhan.......
p/s : sebab tu la duit banyak habis tadi. jeng jeng jeng