hai hai hai
sekarang i dah kerja tau. hak2 ngade2 nak ber"i" pulak kan. bila hitung2 dah nak masuk 4bulan keje. awal2 dulu terkapai2 dibiarkan menjelajah pelusuk production floor, kenal selok belok mesin sebab aku kan under maintenance. satu2nya engineer pompuan under maintenance. xtau nak bangga ke nak risau, nak cuak. mix feelings.
mula2 keje biasala...bos xnak bagi keje sangat. sebab dia mesti la lagi tau yang aku ni xtau apa2. fresh grad la katakan. aku ni part time pun belum pernah buat. setakat jual kuih time daisai(universiti festival) tu ada la hak2.
skang bos dah start bagi aku handle projek kecik2. mungkin nak test how fast i can learn. masih jugak terkapai2. nak kena ikot flow bos besar n bos kecik. nak kena adapt ngan new team members. nak kena jaga hati semua orang. cuba untuk tak nampak macam pilih kasih ,berat sebelah.
dan benda2 kecik macam ni kalau campur2 terus lah nampak macam big problem for a beginner like me. terus rasa stress. rasa nak berhenti keje. rasa xtahan. kadang2 xbuat apa2 keje pun just tgk n blaja cara dorg buat keje pun boleh jadik satu stress haha. berdiri dari kol 8 pagi sampai 530 petang dalam line pun boleh buat aku stress. haha. entah. macam2 lah
tapi setiap kali rasa stress, rasa nak give up terus teringat kat abah. teringat abah dah berpuluh2 tahun keje. keje abah tu lagi la payah. membanting tulang 4 kerat. balik rumah hujung minggu je. ce cakap kat aku, sapa yang x stress keje cmtu. weekend je jumpa fam. untuk berpuluh2 tahun. can u imagine that?
bila fikir cmtu, terus rasa insaf jap. aku nye stress ni ciput je kalau nak banding. keje baru 3bulan lebih. dah nk ngade2 kan.
so sabarlah wahai hati. nantoka dekiruyo. :)