Aug 18, 2011

perlunya santapan rohani

7:04 AM
reactions 
harini dah masuk 18 august bersamaan 18 ramadhan. dah masuk 2/3 ramadhan. quran dah abes 2/3 ke?

itu lah soalan yang ustaz utarakan masa sesi tazkirah ramadhan semalam kat tempat kerja aku. agak tersentak. bulan ramadhan sepatutnya berlumba2 nak buat ibadat. tersentak sebab helaian muka surat alquran sikit je tersentuh. astaghfirullahhh...

syukur ke hadrat Ilahi sebab masih lagi berpeluang untuk dengar tazkirah, santapan rohani yang makin kering. kalau nak harap sendiri pergi cari pergi dengar sangat susah, sangatlah memerlukan azam yang tinggi. kalau tak sama je hari2. berlalu macam tu je.

part yang paling buat aku tersentak masa dengar tazkirah ialah pasal halal haram, keberkatan. macam mana Allah nak terima doa, amalan kalau apa yang kita makan, kita guna seharian tak mendapat berkat. Ustaz ada sentuh pasal barang yang kita guna seharian. kadang2 nampak ada tanda halal dari jakim tapi kadang2 tetap jugak syubhah sebenarnya.

Ustaz ada sebut pasal produk kecantikan. betul2 halalke. xde sumber syubhah ke. lagi pasal ubat gigi colgate lah yang dia cakap syubhah sebab ada guna tulang? aku pun taksure. katanya, rata2 produk diasaskan oleh orang cina. safi ke, safirah(?), banyak diasaskan oleh cina. kalau yang betul2 muslim yang jaga pasal ni mesti jaga. tapi kalau tak, dorang akan betul2 ambil berat ke?tu tak kira lagi produk2 luar negara. yang mat salleh buat.kompem ke semua bahan2 halal?

pastu kita guna, masuk dalam badan. macam mana Allah nak terima doa, amalan kalau semuanya tak berkat, tak halal sepenuhnya? kadang2 kita amek remeh pasal benda ni. nampak simple je kan. tapi kalau tengok betul2 , check balik amalan seharian start dari bangun tidur sampai lah tidur balik, agak2 semua yang kita buat, kita guna, kita makan tu berkat  ke? halal ke?

teringat pulak zaman2 sekolah dulu, duk asrama. kadang2 banyak barang keperluan abes. main rembat je dormmate punya. dalam hati, xpe.. ambil sket je. darurat. kawan aku baik. x berkira. tapi kita guna tanpa kebenaran jugak kan. dia berkira ke x berkira ke lain cerita. xtanya pun kadang2. boleh ke mcm tu? mesti la tak bolehkan. sebab setiap perkara kebaikan atau kejahatan yang kita buat akan dihitung. walaupun sebesar zarah. 

Ya Allah, betapa banyak dah yang x berkat. yang jelas dan x jelas. guna pen, pemadam. minum air. guna barang2 dalam bilik air. ye la, kat asrama kan simpan satu tempat je. tetiba ubat gigi xde, sabun dah abes. nak taknak terpaksa ambik. xkan xnak gosok gigi kan. tapi lepas tu lupa, x bagitahu pun. sama macam g amek barang kat kedai tak bayar la. kalau cmtu rasa macam mencuri kan. macam jahat gila. tapi bila hal2 remeh kat sekeliling tak amek kesah. 

pasal ilmu lagi la. timebelajar macam mana. g kelas tu betul2 belajarke. kat tempat kerja pun sama. mengular. cukup bulan dapat gaji. tapi macam mana kita nak kira gaji kita tu berkat ke tak. campur ngan duk mengular. balik beli makanan. walaupun halal makanan yang kita beli, tapi sumber tak halal. macam mana hati kita nak jadi baik?

agak sesak nafas . tapi tu lah hakikat. ramai yang x sedar n tak ambilkesah. termasuk aku sendiri. 
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting