Aug 1, 2011

ghost month in ramadhan? ho ho ho

12:45 AM
Assalamualaikum :)

Sedar tak sedar dah masuk pun bulan ramadhan. dan kali ini aku meraikannya di Malaysia insyaAllah kalau diizinkan untuk aku terus merasainya tahun ini. amin. dah tak dapat nak rasa pengalaman puasa di jepun. tapi sekarang jepun musim panas kan. so sangatlah bersyukur dapat puasa di Malaysia negara terchenta hehehehe

Timing rasa macam baik je sebab kebetulan start puasa esok, sama ngan start keje. pembukaan minggu. bersemangat lebih sikit hehe.

moga tahun ini aku diberi banyak peluang untuk menggunakan sebaiknya apa jua kelebihan di bulan mulia ini. kelebihan yang tak ada di bulan lain seperti terawikh. akan kuusaha jugak cmne2 pon untuk buat. kalau xleyh pergi masjid, insyaAllah akan diusahakan buat sendiri kat rumah. semoga semangat berterusan dan kuat. syaitan dan iblis dah kena ikat maka segala2 nya bergantung kat diri sendiri la kan. xde dah godaan2 semua tu.

oh ya, cakap pasal syaitan dan iblis ni. start dari malam tadi aku perasaan kat bawah2 tepi jalan umah aku ni orang cina da start bakar2 colok letak kat tepi. pastu siap letak makanan bagai. tertanya2 la jugak apalah yang dorang buat. tambah2 lagi kat tepi pantai semalam jumpa colok yang super duper besar x hengat punya. 1st time jumpa haha. besar lengan aku kot.

kebetulan masa nak naik tadi ada makcik ni ngah sibuk duk bakar2 colok dia tu. so aku tanya je la terus. ade special event ke apa. makcik tu cakap sekarang ni kalau ikut kalendar cina, adalah ghost month. so dorang kena bakar colok tu dan letak makanan kerana dipercayai waktu sekarang semua roh2 akan bangkit. xkisah lah sama ada kemalangan atau pun kematian disebabkan apa sahaja. so kena bg makan la supaya dorang x kacau2. begitulah alkesahnya. yang paling tak bleh tahan, ramai pulak makcik pakcik cina ni bagi biskut kegemaran aku kat hantu2 tu. scaryyyyyyyy~

kalau nak tahu lebih lanjut pasal ghost month ni boleh tengok sini. aku google siap2 untuk korang haha. baik kan.

apa2 pun, selamat berpuasa! jangan nakal2 ponteng puasa. jangan sengaja cipta alasan gastrik sebab taknak puasa. aku pun ada gastrik tapi so far xde la sampai xleyh puasa. dengan syarat kena bangun sahur la hehe. hopefully sakit2 yang macam aritu tak datang. amin.

jom tidoq! esok nak sahur oyeah~
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting