Dec 31, 2011

mimpi ular = gangguan sihir?

11:06 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum! hihihihihihi lama x menjengah. erm aku rasa setiap kali nak mula post tu je la satu2nya ayat aku. xreti2 nak buat perubahan hahahaha. dah nak masuk tahun baru weehooooooooo.

korang pernah tak mimpi ular? dulu aku dengar2, kalau mimpi ular tu maksudnya orang nak datang meminang. pepandai je kan org kita ni hahaha. masa aaj ke time skolah ntah aku pernah gak la mimpi ular. pastu senyum sorang2, sebab ada orang nak datang meminang kan. sampai ke sudah xde pon! hahaha. tu la sape suh percaya sangat ngan tafsiran mimpi yang entah apa2. kalau nak percaya, kena yang betul dan berlandaskan Islam.

ok nak citer, last week kalau tak silap aku. empat ke lima hari berturut2 aku mimpi ular. xde binatang lain. sumer ular. 

mimpi pertama, ktorg mandi kat sungai. ada adek aku n sape ntah lagi. ktorg nak seberang sungai. dari tebing dah nampak ada ular lam sungai. ular tedung kot. pastu adik aku seberang jugak. ular kejar tapi xdpt la kan. aku akhirnya nampak satu jalan nak naik ikut tbing lain. ular kejar aku dari belakang. bila aku panjat tebing, sikit lagi nak sampai atas aku pegang la pokok ni. tiba2 rasa macam lembut2. aku pandang atas tebing ada sorang budak laki tengok kat aku. muka mcm sinis je. aku cakap la kat dia "tolongla, jangan" bila aku alih tangan, seguni ular kecik2 jatuh atas badan aku. memang aku meraung2 dan mmenjerit2 la. lepas tu terus terjaga dari tidur. tercungap2 jugak la. terus peluk suami kat sebelah. kejut sampai dia terjaga. sebab xleyh nak tidur lepas tu.

mimpi kedua : aku kat umah. ngan excoursemate kat fukui, michelle. ktorg ngah tunggu barang michelle, kucing yang diposkan. sekalik y sampai bukan kucing, tapi ular sawa. aku cakap kat michelle. pulangkan la balik ular tu. michelle taknak. nak simpan katanya. pastu aku berkeras jugak taknak simpan. masa tu aku nampak ular tu tengok aku ngan pandangan y menakutkan. pastu aku lari la, ular sawa tu kejar aku siap ada jalan pintas lagi. sampai kat satu pokok, aku nampak michelle. aku duk kat dia sekali ular tadi datang dari arah pokok, lalu ikut tali ampaian menuju ke arah aku. padahal michelle kat depan aku. terus dia terjun sambil mulut ternganga. aku terus terjaga dari tidur. sekali lagi suami jadik mangsa kena kejut.

mimpi ketiga : seekor ular banyak kepala warna warni kejar aku sampai aku terjaga dari tidur baru hilang.

mimpi keempat : mula2 mimpi kena serang ngan binatang lain lam utan. x engat ngan sape. pastu scene bertukar ke satu tempat rumah usang lam hutan. sanak saudara aku sumer ada. ktorg mcm nak mencari harta karun yang dijaga oleh seekor ular besar persis anaconda. kena berhati2 jangan sampai dia perasan. pastu tetiba masa aku ngah intai, ular tu datang laju mengelilingi rumah menuju ke arah aku. memang sesak nafas lari. cuak gilar. sehinggalah aku tersedar.

aku pun search la kat youtube mimpi ular. sebab kawan aku ada pernah dengar ceramah pasal ular ni. aku pun pernah dengar kat radio. tanda2 kena sihir salah satu daripadanya mimpi ular. kalau ular tu dah belit n patuk dalam mimpi memang sah dah kena sihir. kalau sekadar ada je sihir menghampiri la. aku pun search jugak kat youtube and memang kuar satu video tu. ni tafsiran mimpi menurut islam. bukan yang karut2. kalau yang karut tu cakap ada kemewahan menghampiri lah macam2 lagi yang bertentangan langsung ngan tafsiran menurut Islam kan.

so macam mana nak mengatasinya? sebelum tidur baca doa tidur "bismikallahhumma, ahya wa amut" lepas tu baca 4 qul. Alhamdulillah, lepas tu setiap malam sebelum tidur aku akan baca doa ni. kalau tak memang xleyh nak tidur. kadang2 terlupa, tapi sebelum terlelap kadang2 tu datang satu perasaan yang xleyh nak describe. perasaan takut tetiba, perasaan seram. terus teringat doa x baca lagi. pastu baca sama2, ngan suami. aku ikut. lepas tu baru boleh tidur dengan aman. walaupun still mimpi, tapi bukan mimpi menakutkan dah. syukur Alhamdulillah.

Dec 25, 2011

surirumah sepenuh masa

12:30 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum.

harini hari minggu hari berehat di rumah sebab tengah miskin papa kedana haha. cannot go anywhere. so abeskan weekend kat umah dengan suami tercinta sahaja.

pagi tadi bfast suami masakkan. lunch pon suami masakkan, oh bahagianya :P suami saya bagus tau, suka tolong saya di dapur hehe

ok, sekarang masih lagi surirumah spenuh masa. pergi interview di sana sini tapi masih lagi belum ada rezeki. dan minggu depan adalah penentu segalanya. kalau dapat kerja kat i**c tu bagus lah, kalau xdapat pun ada benda y perlukan keputusan segera jeng3.

minggu lepas pergi times square ngan BFF. jalan2 pusing times square teman makcik comel tu beli barang2 sket utk wedding dia. hehehe lagi sebulan je kan mek. nebes tak hahahaha. aku doakan semua berjalan dengan lancarnya.

oh ya, semalam try cash out duit nuffnang. so tunggu je la masa sampai cek kat umah kekeke. n now sekarang dah xde duit kat situ. alaaaaaa nk kena berusaha lebih la pasni dap[pat duit banyak2 ngan nuffnang hahaha

ok dah abes melalut nak pegi makan lunch y super duper sedap suami masakkan. babai!

Dec 21, 2011

aduhai anak mudaaaaa

11:06 PM
reactions 
0 ♥
assalamualaikum semua. wah lama bebenor dah aku x mencoret2 kat sini. tapi harini nekad gila nk menconteng kat sini disebabkan satu peristiwaaaaaaa. panas betol lah hati ni . meh sini nk cte.

alkesahnye mcm ni. harini aku ade 2nd interview kat satu company ni. so kena la naik public transport sebab xde kete kan. lesen dah ada. dah boleh bwk sket2 hehehe. ok, berbalik ke cte harini. masa perjalanan balik naik komuter dari stesen kl central, aku x masuk ladies coach sebab dah penuh. so aku masuk la coach sebelah. means bercampur2 la kan.

and ada one group anak2 muda ni..lelaki...erm anak muda mcm umor bape takut korang xleyh nk agak lak. to be specific, budak sekolah y xlepas spm pon lagi. cmne aku tahu, sebab aku dengar drpd dorg duk borak2 tu la. bukan aku tumpang saje nk dengar2, tapi.....

haaaa sini la ctenye. dorang ni aku xtau la cikgu x ajar ke kt skolah ke cmne. boleh pulak dorg wt gerabak komuter tu mcm  mak bapak dorg y beli. dorg tu bayar tambang je  kot, kongsi ngan org len so agak2 la sket. memula tu start ngan sesi borak2 yang maha hebat. bergema2 satu gerabak. dah la kebetulan gerabak tu majoritynye pakcik2 n makcik2 tua (kecuali aku hehe) . dorg borak x hengat dunia gelak mcm hantu ( haaa kan dah kua bhs x sopan aku ) . ms ni aku rs sumer org dah panas dah tapi bdak2 zaman skang nk ke terima teguran kan. lepas tu boleh pulak one of them bukak lagu kuat2. lagu apa aku x engat dah. pastu sorg lak wt lagak mcm konon2 ikot org y men drum lam lagu tu. ala2 jamming bagai, hentak2 kaki. wallaweyhhhhh nak jamming bagai pegi la studio.

pastu ckp2 gelak2 langsung xhormat org sekeliling. dah la naik public transport, jaga la manner tu sket. kalo kt umah korang lantak la kan. ade org nk kesah ke. tp masalahnye ni tempat awam. jaga2 la sket. haihhhhh sabor aje la. aku ni menahan je panas. kalo ikot brutal nk je bangun bagi sedas sorg2 tapi masalahnye aku ni x brutal hak2. kang x psl2 naik lebam muka aku y xbrape nk cun ni hak2.

if one of you (anak2 muda tadi) terbaca sini, please lahhhhhhh. beringat la sikit. jangan nak buat ikut sesedap hati je kt tempat awam cmtu. semua org pon bayar sama mcm korang. so berpada2 lah sket.

ok dah lepas segala. harap2 xjumpa lagi lepas ni. tu x cmpur lagi ngan sorg pakcik y aku xtau konpius ngan diri snirik ke apa, dah nama ladies coach nak masuk jugakkkkkk. haiyaaaa. 

ok dah. nk tdoq. oyasumikkkkkkkk


Dec 9, 2011

kampungku banjirrrrr

9:30 PM
reactions 
0 ♥
hai semua! assalamualaikummmm.

alkesahnye, pada hari isnin 22hb, hujan turun mencurah2 kat kampung. akak cakap sangat2 la lebat sehingga kan tak bagi ruang langsung lah, air terus naik hampir2 je mencecah lantai umah aku..erm i mean umah abah aku la kan, yang tinggi tu. 

di sebabkan aku dah start cuti maka hari sabtu tu aku balik kampung.xsedap hati pulak kalau x jenguk kampung alang2 dah balik terengganu. sebenarnya kenduri belah lelaki hari ahad. abah x bagi balik sebab takut aku xleyh nak pergi kenduri nanti. so aku pegi la hari sabtu tu.

abah cakap kat umah air makin surut. tapi jalan kat kampung sebelah masih lagi tenggelam. nak taknak terpaksa la naik sampan ke kereta bomba. abah cakap dorang seberang dengan kereta bomba yang memang ditugaskan kat situ. kalau tak mcm mane org kampung sebelah jalan nak carik makanan kannn.

encik suami excited naik bot nak seberang jalan y penuh air

engatkan boleh goyang2 kaki ke? skalik kena kayuh skalik daaaa haahaha

begitu cekal guna galah buluh hehehe
 kayuh punya kayuh sampai la kat seberang. dah call adik siap2 suh datang amek ngan motor. sampai je kt umah tgk ada lagi air. tapi tenggelam satu anak tangga je la. sempat makan nasik sekali kat umah. pastu sampai petang tu dah nak ujan balik, maka kami terpaksa beransur pulang ke umah mentua sebab takut xleyh nak lepas pulak kannnn. naya je majlis xde pengantin hahaha

masa nak menyeberangi jalan tu, agak lama jugak tunggu kot2 la ada orang nak datang belah sini kan. tunggu punya tunggu x datang2 jugak. aku ajak la suami seberang macam tu. dah excited dah nak main air kan hahaha. org kampung ctu cakap air paras pinggang je. alah, small matter la kan. walaupun suami berkeras taknak haha. encik suami x pandai berenang hehe
baru je jalan sampai air paras lutut, dari jauh nampak lori bomba datang. maka kami patah balik. naik kete bomba lah heheh

kereta bomba penyelamat

eh gambar sesat pulak. ni masa naik bot. time ni suami x berkayuh lagi

muka suami excited naik kete bomba haha

ni la gambar keadaan atas jalan kat kampung sebelah.
aku pon ni 1st time naik kete bomba tau sepanjang 24tahun hidup ni. kawasan ni memang tiap2 tahun akan banjir dan tenggelam jalan. tahun lepas adik aku jadik tukang kayuh bot abah ulang alik bawak orang seberang jalan tu, hehe. dapt la bape rat jugak.

haihhhh, teringat balik kenangan main air kecik2 dulu. setakat terjun dari tingkap umah dah perkara biasa. best woooooo!

Dec 8, 2011

kenapa aku tak rasa ianya cool ponnnn!!

10:36 PM
reactions 
0 ♥
hai guys n girls sekalian!!!!!!!!!!!!!

fuh lega akhirnya dapat jugak internet. satu hari suntuk duk try masuk guna digi b.band xdapat2 kat lappy hubby  nih. kompite aku dah xleyh bukak sebab akunye transformer meletopppppppppppp!!! dush2

semalam aku malas nak fikir panjang, masa nak pakai iron dr jepun tu main taruk je kat extension jepun. bia jap. sekali BOMMMM!!! meletup berasap2. naseb baik x kuar api ke apa. n now xleyh pakai dah nak kena beli transformer baru tp duit kena kibishi skettttttttttttttttttttttttt. T_T

ok. berbalik kepada tajuk. last weekend, aku dating ngan hubby g tengok wayang cte PUSS IN BOOTS. ok cte sangat2 la best n kelakar. ktorg memang gelaka x hengat dunia lah. lagi2 pasal "ooo cat " tu. mmg menghidupkan suasana betol. balik2 je terus ktorg google carik kucing tu kat youtube.

eh dah lari tajuk. sbenanya nk cte pasal  benda lain. cmni, masa ktorg beratur nak beli tiket tu. kat depan ktorg ni ada la sorang mamat. ngah cakap2 sorang2 la pulak. pastu aku intai2 rupanya kat telinga dia ada handsfree. ok fine. tapi  bila tengok kat tangan dia terus aku rasa nak pitam. mana taknye sedikit punya gabak la handset kan. bukan nak kutuk sebab handset tu mmg y latest punya. trend zaman skang mcm ipad tuh! tp mcm bukan ipad sebab mcm kecik sket dr ipad. tp kompem lagi besar dr iphone. kalau letak kat telinga mmg kena gelak kaw2 aku rasa. so mamat tu duk pegang letak atas tapak tangan. tak rasa menyusahkan ke pakai phone besar2 ni ek. rasa macho ke ek pakai phone mcm tu? haha ke aku y jeles sebab xde? :P

p/s: encik suami, belikan satu!

Dec 6, 2011

masuk umah baru yeay!

6:31 PM
reactions 
0 ♥
hai hai hai

hmmmm arini nk cte psl apa ek. rasa rindu gila blogging. sangat2. dulu kat nihon(jepun) semangat la jugak blogging smbil buat duit ngan nuffnang. skang mcm hampeh. malasnyeeeeeeeeeeeeee. erm actually keadaan x mengizinkan. maklumla duk umah org ni xleyh nk bebaskan diri sgt. nanti apa org ckp kannnnnnnnnnnnnnn. saya kan isteri solehah ehem3 hihihi

okay......................

masih lagi sibuk2 ngan urusan umah baru. umah sewa je dulu ni sebelum beli umah snirik kan. ehem3.
semalam pergi interview kat jvc manufacturing.position RnD electrical engineer. sebelum interview ada test electrical and software. hmmm aku dah cuba buat y aku mampu. untuk interview lak aku cuba jadi diri aku. bak kata org jawab je lah y mana terlintas kannnnnn. hahaha

alamak, kalo ada org google pasal interview nanti jumpa blog aku cmne? aduhai abeslah terbongkar segalanya. xpelik pon kan sebab aku pon google kot2 la ada prg pernah g interview ngan jvc manufacturing, kot2 la gtau test apa yang kua kan. so aku sedikit sebanyak membantu dorng gak kan hehehehe. ok watever!

then pagi ni berita mengejutkan. dapat emel utk interview kat kl lak. br apply semalam. xsangka dia panggil pulak. ramai y apply . alhamdulillah. rezeki kan. mmg la belum tentu dpt tp kadang2 bukan senang nak dipanggil interview kan. alhamdulillah. apa2  pon kena bincang ngan encik suami dulu. ahaks!

skang duk packing2 utk g umah br malam ni. ohhhhhhhhhhhhhhh!

ok, till then. will keep you updated hehe


Dec 2, 2011

Away from Penang...

1:08 AM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum semua. Dah berkurun kan aku tak berceloteh kat sini. dah hilang suara gamaknya. Banyak yang aku nak kongsi kat sini tapi dah tak tersusun. banyak sangat yang aku langkau. smpai taktau nak mulakan dari mana dah. 

so aku buat summary je boleh? hehehehe

Sebenarnya aku bukan lagi tinggal di Penang. Belum sempat aku ingin bercerita kehidupanku di pulau sana, kini aku dah beralih arah. sungguh cepat masa berlalu. Sekarang ni aku bersama suami kat shah alam. what? what? what? suami????

hihihihi yes.yes and yes korang. im married.7 november. tarikh keramat aku bergelar isteri kepada suami tercinta. tu la korang, sape suruh x follow belog kawen aku hahahaha. tuuuuuuuuuuuuuuuu ada kat tepi hehehe

ok. now aku  tengah carik kerja kat shah alam la pulak. 25hb lepas my last day kat kobe. sobs, sedih tau nak tinggal rakan satu department. nak tinggalkan team y sempoi. ish, sedih la pulakkk :( will miss u guysssss. eh takleh lebih2 nanti suami jeles hehe. sebab department aku tu dimonopoli oleh kaum adam je hehe

haihhhhh rindu betul nak membebel lam belog ni. tapi buat masa sekarang kenot la.sebab aku menumpang teduh kat umah abag ipar ni. sementara umah kami boleh didiami sepenuhnya. sekarang sibuk angkut2 barang, nak carik keperluan sebab rumah kami tu betul2 kosong.

jap2, ke aku sepatutnya cerita pasal umah lam belog lagi satu? hahahahahahahahaha. see? kan da susah sekarang sebab ada banyak belog. dulu sibuk merapu kat situ buat persiaan kawen, now dah kawen nak merapu ape lak? hmmmm xpe2, nama pun stepbystep , so akan berterusan sehinggalah step yang terakhir insyaAllah.

ok lah, nak temankan suami tidur lak. actually, aku tak ngantuk sangat sebab dah 2x tidur harini. bosan beb duk kat umah xde apa nak buat. cmne nak jadik surirumah sepenuh masa ni haha

till we meet again. tataaaaaaaaaaaaa.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting