Dec 31, 2011

mimpi ular = gangguan sihir?

11:06 AM
reactions 
Assalamualaikum! hihihihihihi lama x menjengah. erm aku rasa setiap kali nak mula post tu je la satu2nya ayat aku. xreti2 nak buat perubahan hahahaha. dah nak masuk tahun baru weehooooooooo.

korang pernah tak mimpi ular? dulu aku dengar2, kalau mimpi ular tu maksudnya orang nak datang meminang. pepandai je kan org kita ni hahaha. masa aaj ke time skolah ntah aku pernah gak la mimpi ular. pastu senyum sorang2, sebab ada orang nak datang meminang kan. sampai ke sudah xde pon! hahaha. tu la sape suh percaya sangat ngan tafsiran mimpi yang entah apa2. kalau nak percaya, kena yang betul dan berlandaskan Islam.

ok nak citer, last week kalau tak silap aku. empat ke lima hari berturut2 aku mimpi ular. xde binatang lain. sumer ular. 

mimpi pertama, ktorg mandi kat sungai. ada adek aku n sape ntah lagi. ktorg nak seberang sungai. dari tebing dah nampak ada ular lam sungai. ular tedung kot. pastu adik aku seberang jugak. ular kejar tapi xdpt la kan. aku akhirnya nampak satu jalan nak naik ikut tbing lain. ular kejar aku dari belakang. bila aku panjat tebing, sikit lagi nak sampai atas aku pegang la pokok ni. tiba2 rasa macam lembut2. aku pandang atas tebing ada sorang budak laki tengok kat aku. muka mcm sinis je. aku cakap la kat dia "tolongla, jangan" bila aku alih tangan, seguni ular kecik2 jatuh atas badan aku. memang aku meraung2 dan mmenjerit2 la. lepas tu terus terjaga dari tidur. tercungap2 jugak la. terus peluk suami kat sebelah. kejut sampai dia terjaga. sebab xleyh nak tidur lepas tu.

mimpi kedua : aku kat umah. ngan excoursemate kat fukui, michelle. ktorg ngah tunggu barang michelle, kucing yang diposkan. sekalik y sampai bukan kucing, tapi ular sawa. aku cakap kat michelle. pulangkan la balik ular tu. michelle taknak. nak simpan katanya. pastu aku berkeras jugak taknak simpan. masa tu aku nampak ular tu tengok aku ngan pandangan y menakutkan. pastu aku lari la, ular sawa tu kejar aku siap ada jalan pintas lagi. sampai kat satu pokok, aku nampak michelle. aku duk kat dia sekali ular tadi datang dari arah pokok, lalu ikut tali ampaian menuju ke arah aku. padahal michelle kat depan aku. terus dia terjun sambil mulut ternganga. aku terus terjaga dari tidur. sekali lagi suami jadik mangsa kena kejut.

mimpi ketiga : seekor ular banyak kepala warna warni kejar aku sampai aku terjaga dari tidur baru hilang.

mimpi keempat : mula2 mimpi kena serang ngan binatang lain lam utan. x engat ngan sape. pastu scene bertukar ke satu tempat rumah usang lam hutan. sanak saudara aku sumer ada. ktorg mcm nak mencari harta karun yang dijaga oleh seekor ular besar persis anaconda. kena berhati2 jangan sampai dia perasan. pastu tetiba masa aku ngah intai, ular tu datang laju mengelilingi rumah menuju ke arah aku. memang sesak nafas lari. cuak gilar. sehinggalah aku tersedar.

aku pun search la kat youtube mimpi ular. sebab kawan aku ada pernah dengar ceramah pasal ular ni. aku pun pernah dengar kat radio. tanda2 kena sihir salah satu daripadanya mimpi ular. kalau ular tu dah belit n patuk dalam mimpi memang sah dah kena sihir. kalau sekadar ada je sihir menghampiri la. aku pun search jugak kat youtube and memang kuar satu video tu. ni tafsiran mimpi menurut islam. bukan yang karut2. kalau yang karut tu cakap ada kemewahan menghampiri lah macam2 lagi yang bertentangan langsung ngan tafsiran menurut Islam kan.

so macam mana nak mengatasinya? sebelum tidur baca doa tidur "bismikallahhumma, ahya wa amut" lepas tu baca 4 qul. Alhamdulillah, lepas tu setiap malam sebelum tidur aku akan baca doa ni. kalau tak memang xleyh nak tidur. kadang2 terlupa, tapi sebelum terlelap kadang2 tu datang satu perasaan yang xleyh nak describe. perasaan takut tetiba, perasaan seram. terus teringat doa x baca lagi. pastu baca sama2, ngan suami. aku ikut. lepas tu baru boleh tidur dengan aman. walaupun still mimpi, tapi bukan mimpi menakutkan dah. syukur Alhamdulillah.
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting