hai semua! assalamualaikummmm.
alkesahnye, pada hari isnin 22hb, hujan turun mencurah2 kat kampung. akak cakap sangat2 la lebat sehingga kan tak bagi ruang langsung lah, air terus naik hampir2 je mencecah lantai umah aku..erm i mean umah abah aku la kan, yang tinggi tu.
di sebabkan aku dah start cuti maka hari sabtu tu aku balik kampung.xsedap hati pulak kalau x jenguk kampung alang2 dah balik terengganu. sebenarnya kenduri belah lelaki hari ahad. abah x bagi balik sebab takut aku xleyh nak pergi kenduri nanti. so aku pegi la hari sabtu tu.
abah cakap kat umah air makin surut. tapi jalan kat kampung sebelah masih lagi tenggelam. nak taknak terpaksa la naik sampan ke kereta bomba. abah cakap dorang seberang dengan kereta bomba yang memang ditugaskan kat situ. kalau tak mcm mane org kampung sebelah jalan nak carik makanan kannn.
encik suami excited naik bot nak seberang jalan y penuh air |
engatkan boleh goyang2 kaki ke? skalik kena kayuh skalik daaaa haahaha |
begitu cekal guna galah buluh hehehe |
kayuh punya kayuh sampai la kat seberang. dah call adik siap2 suh datang amek ngan motor. sampai je kt umah tgk ada lagi air. tapi tenggelam satu anak tangga je la. sempat makan nasik sekali kat umah. pastu sampai petang tu dah nak ujan balik, maka kami terpaksa beransur pulang ke umah mentua sebab takut xleyh nak lepas pulak kannnn. naya je majlis xde pengantin hahaha
masa nak menyeberangi jalan tu, agak lama jugak tunggu kot2 la ada orang nak datang belah sini kan. tunggu punya tunggu x datang2 jugak. aku ajak la suami seberang macam tu. dah excited dah nak main air kan hahaha. org kampung ctu cakap air paras pinggang je. alah, small matter la kan. walaupun suami berkeras taknak haha. encik suami x pandai berenang hehe
baru je jalan sampai air paras lutut, dari jauh nampak lori bomba datang. maka kami patah balik. naik kete bomba lah heheh
kereta bomba penyelamat |
eh gambar sesat pulak. ni masa naik bot. time ni suami x berkayuh lagi |
muka suami excited naik kete bomba haha |
ni la gambar keadaan atas jalan kat kampung sebelah. |
aku pon ni 1st time naik kete bomba tau sepanjang 24tahun hidup ni. kawasan ni memang tiap2 tahun akan banjir dan tenggelam jalan. tahun lepas adik aku jadik tukang kayuh bot abah ulang alik bawak orang seberang jalan tu, hehe. dapt la bape rat jugak.
haihhhh, teringat balik kenangan main air kecik2 dulu. setakat terjun dari tingkap umah dah perkara biasa. best woooooo!