Mar 31, 2012

Double parking!

9:52 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum


Kat umah kami ni kan, sejak akhir2 ni br perasan yang makin lama macam makin banyak pulak kete katt parking. Sampai x cukup ruang. Bila pagi2 kua seawall kol 630, memang baru nampak ramainya manusia yang ada kereta sampai kena double parking. Sampai kat tepi jalan lua pon ada.

Hmmmm mungkin mmg macam ni dari dulu . tapi kami baru perasan. Nak buat macam mana, sebelum aku dapat kerja dulu suami selalu keluar rumah pukul 930 pagi. Masa ni semua orang dah pergi kerja kan. Mana la nak perasan kan.

Alkesahnye double parking. Ada dua cerita menarik…

Saranan aku la, kalau nak double parking pastikan kereta tu tak sensitive. Sensitive macam mana? Bila double parking, selalu orang akan buat free gear supaya senang orang nak tolak kalau kereta terhalang kan.

Tapi suatu hari ni, aku tengok 2,3 orang berdiri di tepi sebuah kereta hitam berkilat. Bunyi alarm memang bingit telinga. Tak lama sket, stop la kejap. Tapi bila orang tu nak tolak balik, bunyi lagi. Haaaaaaa..tu la kereta sensitive x leyh nak sentuh sikit dah bunyi2. mmg la pakcik tu pissed off. Hahaha. Kereta sensitip bebenor.

Lagi satu, kalau tahu xnak keluar rumah 3,4 hari jangan la double parking. Mana taknye, ada satu kereta ni, kami perasan 3 hari xgerak dari tempat double parking. Hari nak pergi kerja, tolak ke belakang. Bila balik kerja kat situ lah tempatnya. Esoknya pun tak berubah. Pagi2 sehingga kami balik kerja x berubah dari tempat double parking. Kesian orang nak kuar kena tolak2, nak masuk parking terhalang ngan kereta tu. Hari last aku tengok lampu belakang dah pecah2. lampu depan pon pecah2. xtau la memang dah pecah ataupun kena naya ngan orang yang sakit hati.

Nasib baik hari ke4 dah berpindah ke tempat parking y betul. Kalau tak, maunye kena humban lam loji najis kat sebelah hak2.

So, fikir dulu sebelum double parking!

Mar 30, 2012

Gelagat manusia

9:49 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum

Dah sebulan kami duk ulang alik bawak kereta pagi-pagi dan petang-petang menempuh traffic jam. Lambat 5 min jalan mulalah penuh. Awal-awal masa skema lagi memang kuar rumah awal.

Skang ni bila dah tahu kelonggaran sana sini, mulalah liat nak bangun. Makin hari makin lambat bangun, makin hari makin lambat sampai ofis. Memang hangat2 tahi ayam.

Hari-hari tempuh jem ni macam-macam la gelagat orang yang boleh kita tengok. Kalau pagi-pagi ada gelagat tersendiri, bila nak balik umah petang tu ada pulak gelagat yang lain.

Pagi-pagi biasalah sumer orang nak cepat. Tukar2 lane xbagi signal tu macam dah xlarat nak hadap. Jantung aku dah bape kali turun naik sebab hubby duk brake mengejut aje kan.

Pastu pulak, yang x pahamnye selalu sangat terkena ngan lampu kereta di belakang yang super tinggi. Apa nak disuluhnya pun aku xtahu la. Padahal kereta penuh jalan, bukan ko tak nampak jalan yang bengkang bengkok ke apa..malah jalan raya lurusssss gitu.

Pagi semalam pulak xtau nak tergelak ke nak marah. Ingatkan kereta tu x de lampu signal sebab membelok cmtu je, rupa-rupanya lampu signal warna merah! Tetiba je lampu merah berkelip2. haihhhhhh sabor aje la

Lain halnya pulak di sebelah petang. Ada yang tak sabar2 nak balik ada yang bermalas-malasan di jalan raya. Tapi kalau malas tu x kacau org xpe la jugak kan. Kadang-kadang dari jauh dah tahu bila tengok gayanya.

Cuba bayangkan. Lane sebelah kiri dan kanan bergerak dengan lajunya, tapi lane korang je yang slow macam siput. Intai punya intai depan mcm kosong. Bila potong je kereta depan, memang dah dapat agak….

1. Makcik atau pakcik yang dah berumur. Ni kira boleh la nak dimaafkan..ye x

2. Perempuan / Lelaki yang main henpon sambil drive! Ni mmg kadang2 buat hangin satu badan je haha. Kalau nampak gaya calling tu ok lagi, tapi kalau gaya duk msg2 la, baca2 la, geram kan! Bertambah2 geram kalo dorang ni duk lane paling kanan. Xbagi laluan langsung. Nak slow2, duk la kt tpt y sepatutnya kan

aku pulak yang hangin. padahal tak drive pon hahaha. kalo aku duk lane kanan masa drive, aku lah super laju sebab xsuka ada kereta follow belakang nanti aku nervous x hengat donia, berpeluh2 satu badan walaupun pasnag ekon hak2

Mar 29, 2012

kesah temuduga #3

9:47 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum.

Nak bercerita pengalaman ….xtau nak kata sadis, atau tak… pengalaman temuduga. Before this aku pernah gtau betapa pentingnya pergi temuduga awal kan. Sebab kita xtau kalau jadik apa-apa , at least ada masa lebih kan. Hihi

Haritu aku ada temuduga di suatu tempat ni. Nama company nak rahsiakan boleh? Hahaha. Aku mmg suka berahsia pasal company. Takut kena saman hak2

Aku mmg pergi awal. Bajet2 masa sampai awal lebih dari 30 min. Sebab aku guna public transport. Kena la bajet lebih. Tau-tau je lah komuter macam mana kan. Kena bersiap sedia kemungkinan terberhenti tengah jalan ke, lambat sampai ke dan macam-macam lagi lah.

Alkesah bila dah sampai ke destinasi, hujan turun dengan lebatnya. Bukan renyai-renyai, rintik-rintik tapi super duper lebat. Sampaikan boleh ada takungan air atas jalan raya dalam waktu yang singkat.

Jarak jalan tak berbumbung yang patut aku tempuhi untuk sampai ke company adalah sangat dekat. Seberang jalan je. Tapi, aku tak bawak payung time tu. Kalau redah memang basah kuyup! Macam terjun kolam mandi lah jawabnye.

Duk tunggu punya tunggu..bukan tunggu hujan berhenti sebab mmg hujan xda tanda nak berhenti. Aku tunggu mangsa! Mangsa yang bawak payung. Dari jauh aku nampak minah ni bawak payung. Masa ni tak fikir dah malu ke, segan ke..yang aku fikir nak cepat sampai ke bangunan di depan mata itu.

So aku tahan dia. Tanya dia nak pergi mana. Aku cakap nak tumpang berteduh payung pergi seberang jalan.

Payung pulak xde la besar mana. Standard size utk sorang je . kalo masuk 2 orang memang sorang lagi basah kuyup. Dan aku lah yang sorang lagi tu. Separuh badan aku memang basah kuyup. Lagi pulak pakai blouse kan. Memang kuyupppppppp.

Sampai2 je kat bangunan tu terus melilau kot2 ada kedai baju kat situ. Memang tinggal harapan aje la kan nak ada. Terus pergi toilet. Memang resah gelisah. Tetiba baru la teringat hand dryer lam toilet tu. Mula-mula aku masukkan tangan aku. Yela separuh basah kan. Tapi lambat bebenor nak kering.

Terpaksa la aku buat kerja x senonoh, bukak baju. Toilet pompuan xpe. Bukan toilet cmpor haha. Nasib la pakai inner kan. Tertutup la lagi. Maka teruslah aku dengan kerja pengeringan kat dalam toilet. Naseb baik lah pakaian yang aku pakai aritu jenis yang senang kering.

Sempat la jugak kering sebelum bergegas ke tempat temuduga. Dan aku sikit pun xlambat. Bersyukur sangat2. sebab dapat temuduga dalam keadaan yang selesa. tak ada tanda2 aku kena hujan aritu. Hihi

Dan yang paling gembira aku dapat kerja itu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Memang hujan itu rahmat hihi.

Mar 28, 2012

kesah temuduga #2

9:46 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum

Nak sambung cerita pasal temuduga kerja / interview. Sebelum itu saya dengan rendah dirinya, niat di hati cuma nak berkongsi pengalaman sahaja. Maklumlah baru je terlibat dalam fasa hidup yang baru ni. Xsampai pun setahun lagi. Saya percaya ramai lagi di luar sana yang mempunyai pengalaman yang lagi banyak dari diriku yang kerdil ini.

Ok, abes dah mukaddimah.

Hmm dalam banyak-banyak interview / temuduga yang aku pergi, ada yang berkaitan dengan bidang yang aku belajar iaitu EE. Kerja pertama aku sememangnya ada kaitan lah dengan course yang aku amek masa belajar dulu. Ada yang xberkaitan langsung. Macam admin, HR.

Ok, aku akan mulakan temuduga yang aku pergi as fresh grad. Maksudnya 1st temuduga la. Kepada fresh grad yang tengah berdebar-debar nak pergi temuduga boleh la amek tips yang mana patut hehe

So, antara soalan-soalan yang ditanya ialah seperti berikut :

1. Introduce yourself. Ceritakan serba sedikit pasal latar belakang diri. Selalunya aku akan start dengan nama la of course. Asal mana, umur berapa, family berapa orang, belajar mana, amek course apa, FYP apa. Titik. Aku memang akan stop sampai situ. Hobby ke interest whatnot memang akn xsentuh. Orang cakap part ni jangan panjang sangat. Entah la, aku tak tau la pulak kalau panjang sangat tu ok ke x.

2. Lepas dah abes introduction / pengenalan diri, mereka maybe akan tanya sedikit sebanyak pasal yang berkaitan ngan apa yang korang dah bebel tadi. Contoh ;

a. Asal terengganu tapi temuduga kerja beralamat di Penang. Kenapa nak kerja kat penang, as in is it okay untuk korang kerja jauh ngan family? Haa pandai2 la jawab. Nak berdikari ke, tak kesah jauh sangat ke, nak carik pengalaman ke.

b. Family. Ada juga yang selidik pasal family. Mak ayah kerja apa. Adik beradik lain nye status, belajar, kerja, dah kawen.so sila lah buat persediaan awal2.kadang2 bila dorang tanya on the spot mula lah lupa. Eh penoreh getah apa ek dalam BI. Nelayan ape ek. Time ni sumer lupa abes. So sila bersiap sedia. Tempat kerja ke, sila ambil tahu awal2.

c. Hobby. Ni kira macam baru warming up la. So jawab la apa hobby korang, tapi kalau boleh bagi la hobby yang macam menyehatkan ke hihi. Tapi aku dulu bantai je cakap suka tengok drama korea hahahahaha.

d. Course. Part ni dorang maybe akan tanya pasal subjek yang korang amek. Apa subjek yang paling power, paling xpower. Pastu dorang refer la kt result korang tu.

e. FYP a.k.a Final Year Project. Korang akan diminta terang sedikit sebanyak pasal FYP.so be prepared. Kalau boleh, bawak la sekalik thesis korang tuh. Sebab aku pernah pergi temuduga yang dorang tanya pasal thesis. Bawak ke x. yang ni selalunya kalau korang nak masuk company yang mmg ada kaitan ngan FYP korang. So dorang mmg nak tengok in details. Kalau FYP korang lari sket dr subjek2 yang diambil before masuk final year, dorang tanya la kenapa amek lain. Kadang-kadang dorang akan bagi soalan / problem untuk diselesaikan. Contoh aku wt programming as FYP. So aku dapat soalan macam mana nak buat traffic light berfungsi dengan betul. So aku tibai2 la wt programming kan.

f. Tempat study. Orang lain aku xtau macam mana, disebabkan aku belajar kat Negara matahari terbit, kadang-kadang ditanya pengalaman belajar di sana. Musim kat sana. Apa yang best, perkara yang paling mencabar sepanjang korang bergelar student di negara orang etc.

Kesimpulannya, dorang akan start bertanya berdasarkan apa yang korang gtau lam introduction tadi.

3. Job related. lepas ni baru la dorang start tanya pasal kerja. Kerja macam mana yang korang nak. Lebih kurang macam career objective la. Kalau korang sendiri yang mintak kerja tu, dia akan tanya la kenapa mintak kerja tu.

4. Company. Kemungkinan akan ditanya kenapa minta kerja ngan company mereka. Apa yang korang tahu pasal company mereka. So silalah buat research sedikit sebanyak pasal company’s background, product etc. tapi aku selalu baca gitu2 je. Cukup la kalau kita tahu sedikit sebanyak, tahu product, cakap pernah dengar nama company . tapi nanti akhir ayat aku tambah la xtahu secara details. “so, can you explain more?”

5. Sikap baik n sikap buruk. Sesetengah penemuduga akan tanya. Apa sikap(?) baik n sikap buruk korang. Dan macam mana ia akan memberi kesan, atau membantu dalam kerjaya/study. Kalau sikap buruk, apa yang korang buat untuk atasi. Aku xtau la penggunaan perkataan sikap tu betul ke x. serius xterkeluar dari otak haha. Macam habit kana. atau ape ek. Contoh macam aku cepat nervous kalau jumpa new people. So aku cakap la selalu volunteerkan diri kalo ada pape haha. Xtau la ada kaitan ke x hak2 . konon2 la kan. Padahal time skolah dulu je suke jadik volunteer, bila dah besar gedabak nih jadik malu n malas semacam.

6. Ofis Environment. Kadang2 ditanya jugak suka kerja dalam environment macam mana. Nak kerja depan ofis ke, kerja lam production ke.nak kerja yang banyak pakai kom ke, technical ke dan sebagainya. So pandai2 lah korang ye.

7. QnA. Last sekali ialah sesi soal jawab. Selalunya bila dorang dah start tanya ada soalan tu maksudnya dah nak abes la. So tanya je la apa-apa pasal kerja yang korang nak tanya. Pasal company ke. Tapi diingatkan JANGAN TANYA PASAL GAJI. Ni daripada yang aku dapat n tahu la. Unless dia yang start tanya dulu pasal gaji. Tapi dorang akan refer kat resume korang tu la. Tanya la pasal benefit ke, tanya je lah apa yang menampakkan korang berminat. Tapi aku selalu tanya benefit je hahaha. Sebab xtau nak tanya apa hak2

So, itu je kot yang aku dapat ingat. Antara lain yang korang kena ingat ialah :
1. Pakaian. Silalah berpakaian kemas sesuai dengan kerja yang korang mintak. Aku mintak kerja kilang/admin/HR so aku selalu pergi interview pakai yang sama saje haha. Pakai attire orang ofis la. Aku pakai blouse , kasut bertutup. Jangan la pakai jeans kan. Aku x pernah pakai baju kurung. Xtau nape, lagi rs formal kalau pakai attire mcm orang office pakai.

2. Time. Sila datang awal. Awal 30min ke. Awal 20min ke. Kadang2 dorang pesan suh datang awal sebab nak kena isi form bagai. Kadang2 tak pesan. So better datang awal.Bia kita yang tunggu, jangan bagi dorang tunggu. Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku masa dalam perjalanan ke, so silalah datang awal sebab aku ada pengalaman tersendiri. Tu nanti aku cte ek hihi

3. Contact. Kalau datang lambat, sila contact. Kalau dah datang awal, bajet macam boleh sampai on time, tetiba sesat. Risau tak sampai on time, so sila call office dorang inform maybe akan lambat. Kalau sesat tanya direction siap2 haha.

4. Attitude. Sila jaga attitude masa temuduga. Selalu lah senyum, bermuka manis. Jaga ketawa, jangan macam aku berdekah2 haha. Jangan cepat gelabah. Jangan macam aku masa 1st time interview berpeluh2 penuh dahi. Tapi gelak2 je Cuma sebab nervous sangat hihi.

5. RESUME,CERTIFICATE,GAMBAR PASSPORT. Yang ni jangan la lupa bawak.. sila bawak bersama. Walaupun korang dah bagi resume kan masa apply, sila lah bawak jugak.

Aku rasa ni lah yang setakat yang aku ingat. Kalau lupa tu maaflah ye. Sekadar berkongsi. So ni benda basic yang akan dorang tanya kalau korang fresh grad. So kalo untuk interview yang nak tukar kerja, kiranya korang dah pernah kerja la so nak mencari pengalaman baru..kita tambah lagi sikit kat bawah.

1. Kenapa nak tukar kerja. Kalau bidang lain sangat2 dari previous kerja, kena tanya jugak kenapa. Contoh dr engineer tetiba nak keje bhg admin. Mcm aku ni. Hahaha. Jenuh tau nak jawab setiap kali pergi interview. Why, why n why???? So aku jawab la, engineering not ok for me haha. Xde lah aku ckp mcm tu kan. Aku ckp la, sebab aku ni dah kawen, kena bg masa utk family jugak. N keje kt HR n admin ni lagi ok. Ada masa y fix. X macam kilang, lagipun aku keje dulu maintenance, sgt2 la xsesuai. Tu yang aku ckp la.

2. Kenapa berhenti kerja. Ni pandai2 korang la sebab aku dulu senang je. Aku bg reason aku pindah ke selangor. Kalau dorang tanya lagi aku cakap la baru kahwin n pindah ikut suami. Kan isteri solehah hihi

3. Cerita pasal previous job. So ceritalah sedikit sebanyak psl keje lama. Buat ape.

4. Jangan burukkan bos lama, rakan sekerja, sebab nanti nampak side korang yang negative lak kan hehe

Aku rasa dah banyak sangat dah membebel ni. Cukup lah kot. Harap dapat la membantu siapa2 yang nak pergi interview hihi.

Last but not least.

TEST. 
Sila bersiap sedia sebab kadang2 ada test. Kalo amek EE ade la test pasal circuit ke, symbol ke, n kalo programming cmne nk tulis . cr kesalahan lam programming y disediakan.

Kalau yang amek bahasa, ada test bahasa pulak. Mcm aku, kena la test jepun. Speaking jepun, ujian bertulis, ujian grammar etc. ada jugak test pengetahuan am. So sila bersedia utk apa jua test yang mungkin dorang akan bagi.


huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. entri terpanjang yang pernah aku buat  kot

Mar 22, 2012

kesah temuduga #1

6:59 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

huuuu lamanya rs tinggalkan blog kesayangan aku ni. last post 13 march, seminggu lebih. eh baru seminggu lebih ke. kenapa rs mcm sebulan?? hahahaha

maklumla aku ni baru start keje, mood nk blogging mmg lingkup terus hak2. hari2 keje mmg haram la nk ada smangat. pastu mula la berangan, konon2 nak buat entri weekend. eh y all tau x, weekend tu amatlah nikmat kalau berehat2 setelah penat keje sminggu! xde maknanya aku nak blogging bagai. byk lagi nk kena uruskan. jadik housewife le pulak di hujung mgu hak2.

ok mukaddimah dah panjang.

oleh kerana aku dah ada keje, br la berani sket nk wt entri psl temuduga.ak bukan la nk bg tips nk berjaya lam temuduga, sebab kalo aku terer sgt mesti da dpt ms 1st time temuduga mcm 1st company dulu kan? haha. so aku nk kongsi pengalaman sepanjang aku pergi temuduga. tu je.

1st of all, sebelum nk pergi temuduga..aku setkan lam kepala. semua terletak di tangan Allah. rezeki masing-maisng. tapi semestinya la kau kena usaha jugak bukan berharap semata-mata.

so bila aku pergi temuduga, banyak kali dah sgt. even ms aku ngah keje kt 1st company, after resign. byk kot tp xde la smpai x terkira. cuma mls nk kira haha. bila xdpt, frust tu mmg la ade kan. tp bila aku teringat satu kisah ni, mmg hati aku sejuk balik.tenang blk. diceritakan oleh on of my fren. 

si A ni menganggur. dlm 1 pertemuan, dia mengeluh sebab dah byk temuduga y dia bg tp x dpt. tp byk2 dia tu xde la smpai 5 temuduga dia pergi. but still, 5x pon kita dah rs penat kan. tapi si B pulak mencelah. 

"kalau setakat 5 je diam boleh x. aku dah pergi berpuluh2, satu pon x sangkut"

lalu diamlah semua org. ok ayat betul dia xde lah sebijik tp aku olah sket2. cuma point dia cmtu la. so bila aku gagal dpt keje sekali, 2 kali, 3kali...aku sabar la. sebab ada lagi orang yang dah berpuluh2 temuduga pergi tapi xdpt2.

pastu pulak, aku dapat tahu yang aku mengandung. beberapa temuduga aku cancel. sebab mcm dah yabai penatnye. pastu pulak ada company y direct sentuh psl pompuan mengandung. wpun time tu aku br je 6mgu preggy. rs mcm xkn dpt la kan. haha. kilang mana nk amek pompuan ngandung weiiiiiii.

pastu lepas tu aku gugur. kena pulak cancel temuduga, tolak 2nd chance utk temuduga. mcm2 lah rs halangan tu. rehat la kejap. then bila dah ok smbung blk. xsangka bila dah sihat sket, ade 1-2 company y pgl 2nd interview. see! rezeki tu dtg bergolek2.

dan akhirnya aku diterima di salah sebuah company yang....ermmm..ada yang kenal n ada y xkenal. haha. ayat xleyh blah. dan aku x sangka diterima walaupun sebelum temuduga berlaku 1 insiden y xpernah jadik masa aku pergi mana2 temuduga. pening? lantakkkkk haha

adakah aku masih di peringkat mukaddimah? hahahahaha. ok la, sebab dah panjang, lepas ni aku kongsi lak pengalaman betul time temuduga. soklan apa kena tnye.apa y aku buat. aku bukan nk bg tips.sbb aku xtau.tp aku nk kongsi ape y aku pernah lalui, n kalo korg dpt korek snirik tips tu lagi bagus. kan?

Mar 13, 2012

4:22 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

Salam sejahtera

_____________________________________________

Masuk surau untuk menunaikan kewajiban sebagai orang islam. Dalam surau macam2 ragam orang yang kelihatan. Tudung labuh tudung pendek, xde tudung. Tang baju pulak, baju kurung, jubah, seluar tiga suku, baju lengan pendek. Tang rambut pulak. Ade hitam, ade coklat, ade merah. Macam2 ada. Yang ori n tak ori.

Lalu terdetik di hati.

“Kalau macam ni baik tak payah solat”
“Sah ke sembahyang dia ni”
“waktu solat bertutup litup, lepas solat dedah sana sini”
Tetiba teringat pulak… Solat itu mencegah diri daripada melakukan kemungkaran.

------mcm2 y berlegar2 di fikiran------

Ewah ewah ewahhhhhhhhhhh!

Tetiba zuppppppp sesuatu masuk dalam jantung!

Teringat diri yang bukannya maksum. Walaupun berbaju kurung, bertudung menutup dada (ketika itu) , bukannya dia xpernah melakukan dosa. Macam-macam dosa yang dia dah lakukan samada sedar ataupun tidak. Kerana dia juga manusia biasa.

“harini pun aku bukan pakai stoking pon, aurat tak tutup sepenuhnya”

Rasa macam kepala itu dihempap ke batu. ]

lain kali nk mengata orang tengok diri sendiri dulu.walaupun nak mengata dalam hati. ye tak?

Mar 11, 2012

senyum sampai telingaaaaaaaaaaaaa!

9:59 PM
reactions 
0 ♥

Mar 10, 2012

toiletku toiletmu jua ..okayyyyy!

9:58 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

Dulu kan masa mula2 masuk kerja, macam2 dapat training. Dari segala aspek diberi training. Pastu ada pengenalan utk semua dept lam company. Baru la dapat gambaran sebenar kan ngan sape kita berurusan, ape function dorang summer.

Pastu ada sekali tu ada ternampak slide ni. Kami ramai2 duk gelak bila baca. Aku x engat the exact title tapi ada kaitan ngan penggunaan toilet. Ala2 manner lam toilet gitu. Pastu trainer tu terang la benda tu memang perlu pon, lagi2 untuk foreigner y keje kt situ.

Tapi bila aku fikir2 balik memang perlu pon training tu, walaupun semua dah besar2 panjang, dah matang, dah grad, keje bagus2 tapi aku masih tak pahammmmmmmmmmmmmm!

Why, why, why la semua orang mcm xde common sense langsung! Tak reti ke menggunakan tandas dengan sebaik2 nya. Aku kadang2 tak paham ngan sesetengah orang yang malas sangat nak meninggalkan tandas lepas guna tu dalam keadaan yang baik.

Bila masuk tandas, tengok tisu2 bertaburan. Aku duk bayangkan, masa nak sumbat tisu lam tong sampah pastu terjatuh xde hati nak angkat balik ke? KOTOR? Its yours! Bukan org len punya pun.

Pastu kalau dah siap wt bisnes lam tu, flush la. Kalau sekalik xjalan, flush byk2 kali. Kotor tak kotor pon korang punya gak. Tak rasa malu ke bila ada orang tunggu kat lua, tp korang biar je x bersih ngan hasil korang tu. X malu ke? Xde rs malu ke?

Aku kalau nk kua tu nampak setitik air kt ats tmpat duduk tu pon xbleh nk biar. Kena lap jugak. Sebab bila aku masuk toilet, kalo ada air pon rs kotor kan nk duduk. So , sama la jugak ngan orang lain.

Please la make sure the toilet is ready for the next person to use.

EMO! grrrrrrrrrr.......

Mar 3, 2012

ini baru la shaikaijin!

7:49 PM
reactions 
0 ♥
Assalamualaikum!

Ewah2 lama sudah aku mendiamkan diri..mentang2 sudah kerja kan! haaaa baru tahu langit tu tinggi ke rendah. sekarang ni baru la  jadik pure shakaijin (orang berkerjaya). cewah!

Kalau dulu keje boleh jugak kot relax2, wpun bangun kol 630 masih ngantuk2, masuk ofis kol 8 balik kol 5-530, beli makanan lepak2 depan tv, men facebook twitter bagai then tdo. tapi itu dulu! sekarang ni bangun haruslah pukul 540. sebab kol 630 dah wajib berada di atas jalan raya. nak elak jem plus umah ngan ofis jauh bebenor!

bukan taknak naik public transport, tapi lepas kira sana sini termasuk minyak tol bagai, compare ngan public transport...naik kereta lagi lah murah! wpun xbyk bezanya tapi masih lagi murah. campur lak ngan komuter y selalu buat perangai, haruslah aku ngan hubby redah je jalan raya ngan kete kan?

lepas tu, kalau dulu pergi keje mcm samar2. nak buat apa. bosan lah itu lah. tapi skang agak berbeza sebab ada task y perlu disiapkan setiap masa. walaupun kadang2 bosan jugak menunggu tapi..entah. mcm lain sket. rasa macam betul2 into it.

Lepas tu...balik awal sket, naik lrt pergi tempat kerja hubby. pastu balik umah sampai la kol 7 cmtu. then masak2 kalau rajin. kalau macam malas makan kat luar. tapi xde la hari2 makan kt luar. sebab aku ni jenis cerewet sket makan. kalau setakat nk mkn biasa2 je kt luar tu baik aku masak snirik lagi lah sodap. kalau makan kt luar haruslah cari y special, y xpernah makan, y aku xleh nk buat. mcm kedai special sup tulang ke... haaaaa barulah mengancam. nih kalau setakat kailan ikan masin, telur dadar, ikan 3rasa bayar lebih 20hengget xke rugi?

ok balik semula ke main point. lepas masak2, mandi2 then makan2. iron baju pulak. haaaa baru tau rasa cmne hidup sebagai housewife y berkerjaya. sebabnya nak kena iron baju suami pulak. kalau dulu pakai uniform, suami lak casual. tp skang dua2 kena lah iron baju segala. lepas tu dah xsempat dah nk facebook ke twitter ke..yang aku fikir cuma tilam, selimut dan juga tangan empuk suami buat lapik tidur. kejap je dah kroohhhhhh.. krohhhhhhh. then tunggulah alarm bunyik lak esok pagi.

ada anak nanti cmno la ye?
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting