Assalamualaikum
Nak sambung cerita pasal temuduga kerja / interview. Sebelum itu saya dengan rendah dirinya, niat di hati cuma nak berkongsi pengalaman sahaja. Maklumlah baru je terlibat dalam fasa hidup yang baru ni. Xsampai pun setahun lagi. Saya percaya ramai lagi di luar sana yang mempunyai pengalaman yang lagi banyak dari diriku yang kerdil ini.
Ok, abes dah mukaddimah.
Hmm dalam banyak-banyak interview / temuduga yang aku pergi, ada yang berkaitan dengan bidang yang aku belajar iaitu EE. Kerja pertama aku sememangnya ada kaitan lah dengan course yang aku amek masa belajar dulu. Ada yang xberkaitan langsung. Macam admin, HR.
Ok, aku akan mulakan temuduga yang aku pergi as fresh grad. Maksudnya 1st temuduga la. Kepada fresh grad yang tengah berdebar-debar nak pergi temuduga boleh la amek tips yang mana patut hehe
So, antara soalan-soalan yang ditanya ialah seperti berikut :
1. Introduce yourself. Ceritakan serba sedikit pasal latar belakang diri. Selalunya aku akan start dengan nama la of course. Asal mana, umur berapa, family berapa orang, belajar mana, amek course apa, FYP apa. Titik. Aku memang akan stop sampai situ. Hobby ke interest whatnot memang akn xsentuh. Orang cakap part ni jangan panjang sangat. Entah la, aku tak tau la pulak kalau panjang sangat tu ok ke x.
2. Lepas dah abes introduction / pengenalan diri, mereka maybe akan tanya sedikit sebanyak pasal yang berkaitan ngan apa yang korang dah bebel tadi. Contoh ;
a. Asal terengganu tapi temuduga kerja beralamat di Penang. Kenapa nak kerja kat penang, as in is it okay untuk korang kerja jauh ngan family? Haa pandai2 la jawab. Nak berdikari ke, tak kesah jauh sangat ke, nak carik pengalaman ke.
b. Family. Ada juga yang selidik pasal family. Mak ayah kerja apa. Adik beradik lain nye status, belajar, kerja, dah kawen.so sila lah buat persediaan awal2.kadang2 bila dorang tanya on the spot mula lah lupa. Eh penoreh getah apa ek dalam BI. Nelayan ape ek. Time ni sumer lupa abes. So sila bersiap sedia. Tempat kerja ke, sila ambil tahu awal2.
c. Hobby. Ni kira macam baru warming up la. So jawab la apa hobby korang, tapi kalau boleh bagi la hobby yang macam menyehatkan ke hihi. Tapi aku dulu bantai je cakap suka tengok drama korea hahahahaha.
d. Course. Part ni dorang maybe akan tanya pasal subjek yang korang amek. Apa subjek yang paling power, paling xpower. Pastu dorang refer la kt result korang tu.
e. FYP a.k.a Final Year Project. Korang akan diminta terang sedikit sebanyak pasal FYP.so be prepared. Kalau boleh, bawak la sekalik thesis korang tuh. Sebab aku pernah pergi temuduga yang dorang tanya pasal thesis. Bawak ke x. yang ni selalunya kalau korang nak masuk company yang mmg ada kaitan ngan FYP korang. So dorang mmg nak tengok in details. Kalau FYP korang lari sket dr subjek2 yang diambil before masuk final year, dorang tanya la kenapa amek lain. Kadang-kadang dorang akan bagi soalan / problem untuk diselesaikan. Contoh aku wt programming as FYP. So aku dapat soalan macam mana nak buat traffic light berfungsi dengan betul. So aku tibai2 la wt programming kan.
f. Tempat study. Orang lain aku xtau macam mana, disebabkan aku belajar kat Negara matahari terbit, kadang-kadang ditanya pengalaman belajar di sana. Musim kat sana. Apa yang best, perkara yang paling mencabar sepanjang korang bergelar student di negara orang etc.
Kesimpulannya, dorang akan start bertanya berdasarkan apa yang korang gtau lam introduction tadi.
3. Job related. lepas ni baru la dorang start tanya pasal kerja. Kerja macam mana yang korang nak. Lebih kurang macam career objective la. Kalau korang sendiri yang mintak kerja tu, dia akan tanya la kenapa mintak kerja tu.
4. Company. Kemungkinan akan ditanya kenapa minta kerja ngan company mereka. Apa yang korang tahu pasal company mereka. So silalah buat research sedikit sebanyak pasal company’s background, product etc. tapi aku selalu baca gitu2 je. Cukup la kalau kita tahu sedikit sebanyak, tahu product, cakap pernah dengar nama company . tapi nanti akhir ayat aku tambah la xtahu secara details. “so, can you explain more?”
5. Sikap baik n sikap buruk. Sesetengah penemuduga akan tanya. Apa sikap(?) baik n sikap buruk korang. Dan macam mana ia akan memberi kesan, atau membantu dalam kerjaya/study. Kalau sikap buruk, apa yang korang buat untuk atasi. Aku xtau la penggunaan perkataan sikap tu betul ke x. serius xterkeluar dari otak haha. Macam habit kana. atau ape ek. Contoh macam aku cepat nervous kalau jumpa new people. So aku cakap la selalu volunteerkan diri kalo ada pape haha. Xtau la ada kaitan ke x hak2 . konon2 la kan. Padahal time skolah dulu je suke jadik volunteer, bila dah besar gedabak nih jadik malu n malas semacam.
6. Ofis Environment. Kadang2 ditanya jugak suka kerja dalam environment macam mana. Nak kerja depan ofis ke, kerja lam production ke.nak kerja yang banyak pakai kom ke, technical ke dan sebagainya. So pandai2 lah korang ye.
7. QnA. Last sekali ialah sesi soal jawab. Selalunya bila dorang dah start tanya ada soalan tu maksudnya dah nak abes la. So tanya je la apa-apa pasal kerja yang korang nak tanya. Pasal company ke. Tapi diingatkan JANGAN TANYA PASAL GAJI. Ni daripada yang aku dapat n tahu la. Unless dia yang start tanya dulu pasal gaji. Tapi dorang akan refer kat resume korang tu la. Tanya la pasal benefit ke, tanya je lah apa yang menampakkan korang berminat. Tapi aku selalu tanya benefit je hahaha. Sebab xtau nak tanya apa hak2
So, itu je kot yang aku dapat ingat. Antara lain yang korang kena ingat ialah :
1. Pakaian. Silalah berpakaian kemas sesuai dengan kerja yang korang mintak. Aku mintak kerja kilang/admin/HR so aku selalu pergi interview pakai yang sama saje haha. Pakai attire orang ofis la. Aku pakai blouse , kasut bertutup. Jangan la pakai jeans kan. Aku x pernah pakai baju kurung. Xtau nape, lagi rs formal kalau pakai attire mcm orang office pakai.
2. Time. Sila datang awal. Awal 30min ke. Awal 20min ke. Kadang2 dorang pesan suh datang awal sebab nak kena isi form bagai. Kadang2 tak pesan. So better datang awal.Bia kita yang tunggu, jangan bagi dorang tunggu. Sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku masa dalam perjalanan ke, so silalah datang awal sebab aku ada pengalaman tersendiri. Tu nanti aku cte ek hihi
3. Contact. Kalau datang lambat, sila contact. Kalau dah datang awal, bajet macam boleh sampai on time, tetiba sesat. Risau tak sampai on time, so sila call office dorang inform maybe akan lambat. Kalau sesat tanya direction siap2 haha.
4. Attitude. Sila jaga attitude masa temuduga. Selalu lah senyum, bermuka manis. Jaga ketawa, jangan macam aku berdekah2 haha. Jangan cepat gelabah. Jangan macam aku masa 1st time interview berpeluh2 penuh dahi. Tapi gelak2 je Cuma sebab nervous sangat hihi.
5. RESUME,CERTIFICATE,GAMBAR PASSPORT. Yang ni jangan la lupa bawak.. sila bawak bersama. Walaupun korang dah bagi resume kan masa apply, sila lah bawak jugak.
Aku rasa ni lah yang setakat yang aku ingat. Kalau lupa tu maaflah ye. Sekadar berkongsi. So ni benda basic yang akan dorang tanya kalau korang fresh grad. So kalo untuk interview yang nak tukar kerja, kiranya korang dah pernah kerja la so nak mencari pengalaman baru..kita tambah lagi sikit kat bawah.
1. Kenapa nak tukar kerja. Kalau bidang lain sangat2 dari previous kerja, kena tanya jugak kenapa. Contoh dr engineer tetiba nak keje bhg admin. Mcm aku ni. Hahaha. Jenuh tau nak jawab setiap kali pergi interview. Why, why n why???? So aku jawab la, engineering not ok for me haha. Xde lah aku ckp mcm tu kan. Aku ckp la, sebab aku ni dah kawen, kena bg masa utk family jugak. N keje kt HR n admin ni lagi ok. Ada masa y fix. X macam kilang, lagipun aku keje dulu maintenance, sgt2 la xsesuai. Tu yang aku ckp la.
2. Kenapa berhenti kerja. Ni pandai2 korang la sebab aku dulu senang je. Aku bg reason aku pindah ke selangor. Kalau dorang tanya lagi aku cakap la baru kahwin n pindah ikut suami. Kan isteri solehah hihi
3. Cerita pasal previous job. So ceritalah sedikit sebanyak psl keje lama. Buat ape.
4. Jangan burukkan bos lama, rakan sekerja, sebab nanti nampak side korang yang negative lak kan hehe
Aku rasa dah banyak sangat dah membebel ni. Cukup lah kot. Harap dapat la membantu siapa2 yang nak pergi interview hihi.
Last but not least.
TEST.
Sila bersiap sedia sebab kadang2 ada test. Kalo amek EE ade la test pasal circuit ke, symbol ke, n kalo programming cmne nk tulis . cr kesalahan lam programming y disediakan.
Kalau yang amek bahasa, ada test bahasa pulak. Mcm aku, kena la test jepun. Speaking jepun, ujian bertulis, ujian grammar etc. ada jugak test pengetahuan am. So sila bersedia utk apa jua test yang mungkin dorang akan bagi.
huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. entri terpanjang yang pernah aku buat kot