Mar 30, 2012

Gelagat manusia

9:49 PM
reactions 
Assalamualaikum

Dah sebulan kami duk ulang alik bawak kereta pagi-pagi dan petang-petang menempuh traffic jam. Lambat 5 min jalan mulalah penuh. Awal-awal masa skema lagi memang kuar rumah awal.

Skang ni bila dah tahu kelonggaran sana sini, mulalah liat nak bangun. Makin hari makin lambat bangun, makin hari makin lambat sampai ofis. Memang hangat2 tahi ayam.

Hari-hari tempuh jem ni macam-macam la gelagat orang yang boleh kita tengok. Kalau pagi-pagi ada gelagat tersendiri, bila nak balik umah petang tu ada pulak gelagat yang lain.

Pagi-pagi biasalah sumer orang nak cepat. Tukar2 lane xbagi signal tu macam dah xlarat nak hadap. Jantung aku dah bape kali turun naik sebab hubby duk brake mengejut aje kan.

Pastu pulak, yang x pahamnye selalu sangat terkena ngan lampu kereta di belakang yang super tinggi. Apa nak disuluhnya pun aku xtahu la. Padahal kereta penuh jalan, bukan ko tak nampak jalan yang bengkang bengkok ke apa..malah jalan raya lurusssss gitu.

Pagi semalam pulak xtau nak tergelak ke nak marah. Ingatkan kereta tu x de lampu signal sebab membelok cmtu je, rupa-rupanya lampu signal warna merah! Tetiba je lampu merah berkelip2. haihhhhhh sabor aje la

Lain halnya pulak di sebelah petang. Ada yang tak sabar2 nak balik ada yang bermalas-malasan di jalan raya. Tapi kalau malas tu x kacau org xpe la jugak kan. Kadang-kadang dari jauh dah tahu bila tengok gayanya.

Cuba bayangkan. Lane sebelah kiri dan kanan bergerak dengan lajunya, tapi lane korang je yang slow macam siput. Intai punya intai depan mcm kosong. Bila potong je kereta depan, memang dah dapat agak….

1. Makcik atau pakcik yang dah berumur. Ni kira boleh la nak dimaafkan..ye x

2. Perempuan / Lelaki yang main henpon sambil drive! Ni mmg kadang2 buat hangin satu badan je haha. Kalau nampak gaya calling tu ok lagi, tapi kalau gaya duk msg2 la, baca2 la, geram kan! Bertambah2 geram kalo dorang ni duk lane paling kanan. Xbagi laluan langsung. Nak slow2, duk la kt tpt y sepatutnya kan

aku pulak yang hangin. padahal tak drive pon hahaha. kalo aku duk lane kanan masa drive, aku lah super laju sebab xsuka ada kereta follow belakang nanti aku nervous x hengat donia, berpeluh2 satu badan walaupun pasnag ekon hak2
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting