Assalamualaikum!
Ewah2 lama sudah aku mendiamkan diri..mentang2 sudah kerja kan! haaaa baru tahu langit tu tinggi ke rendah. sekarang ni baru la jadik pure shakaijin (orang berkerjaya). cewah!
Kalau dulu keje boleh jugak kot relax2, wpun bangun kol 630 masih ngantuk2, masuk ofis kol 8 balik kol 5-530, beli makanan lepak2 depan tv, men facebook twitter bagai then tdo. tapi itu dulu! sekarang ni bangun haruslah pukul 540. sebab kol 630 dah wajib berada di atas jalan raya. nak elak jem plus umah ngan ofis jauh bebenor!
bukan taknak naik public transport, tapi lepas kira sana sini termasuk minyak tol bagai, compare ngan public transport...naik kereta lagi lah murah! wpun xbyk bezanya tapi masih lagi murah. campur lak ngan komuter y selalu buat perangai, haruslah aku ngan hubby redah je jalan raya ngan kete kan?
lepas tu, kalau dulu pergi keje mcm samar2. nak buat apa. bosan lah itu lah. tapi skang agak berbeza sebab ada task y perlu disiapkan setiap masa. walaupun kadang2 bosan jugak menunggu tapi..entah. mcm lain sket. rasa macam betul2 into it.
Lepas tu...balik awal sket, naik lrt pergi tempat kerja hubby. pastu balik umah sampai la kol 7 cmtu. then masak2 kalau rajin. kalau macam malas makan kat luar. tapi xde la hari2 makan kt luar. sebab aku ni jenis cerewet sket makan. kalau setakat nk mkn biasa2 je kt luar tu baik aku masak snirik lagi lah sodap. kalau makan kt luar haruslah cari y special, y xpernah makan, y aku xleh nk buat. mcm kedai special sup tulang ke... haaaaa barulah mengancam. nih kalau setakat kailan ikan masin, telur dadar, ikan 3rasa bayar lebih 20hengget xke rugi?
ok balik semula ke main point. lepas masak2, mandi2 then makan2. iron baju pulak. haaaa baru tau rasa cmne hidup sebagai housewife y berkerjaya. sebabnya nak kena iron baju suami pulak. kalau dulu pakai uniform, suami lak casual. tp skang dua2 kena lah iron baju segala. lepas tu dah xsempat dah nk facebook ke twitter ke..yang aku fikir cuma tilam, selimut dan juga tangan empuk suami buat lapik tidur. kejap je dah kroohhhhhh.. krohhhhhhh. then tunggulah alarm bunyik lak esok pagi.
ada anak nanti cmno la ye?