Mar 29, 2012

kesah temuduga #3

9:47 PM
reactions 
Assalamualaikum.

Nak bercerita pengalaman ….xtau nak kata sadis, atau tak… pengalaman temuduga. Before this aku pernah gtau betapa pentingnya pergi temuduga awal kan. Sebab kita xtau kalau jadik apa-apa , at least ada masa lebih kan. Hihi

Haritu aku ada temuduga di suatu tempat ni. Nama company nak rahsiakan boleh? Hahaha. Aku mmg suka berahsia pasal company. Takut kena saman hak2

Aku mmg pergi awal. Bajet2 masa sampai awal lebih dari 30 min. Sebab aku guna public transport. Kena la bajet lebih. Tau-tau je lah komuter macam mana kan. Kena bersiap sedia kemungkinan terberhenti tengah jalan ke, lambat sampai ke dan macam-macam lagi lah.

Alkesah bila dah sampai ke destinasi, hujan turun dengan lebatnya. Bukan renyai-renyai, rintik-rintik tapi super duper lebat. Sampaikan boleh ada takungan air atas jalan raya dalam waktu yang singkat.

Jarak jalan tak berbumbung yang patut aku tempuhi untuk sampai ke company adalah sangat dekat. Seberang jalan je. Tapi, aku tak bawak payung time tu. Kalau redah memang basah kuyup! Macam terjun kolam mandi lah jawabnye.

Duk tunggu punya tunggu..bukan tunggu hujan berhenti sebab mmg hujan xda tanda nak berhenti. Aku tunggu mangsa! Mangsa yang bawak payung. Dari jauh aku nampak minah ni bawak payung. Masa ni tak fikir dah malu ke, segan ke..yang aku fikir nak cepat sampai ke bangunan di depan mata itu.

So aku tahan dia. Tanya dia nak pergi mana. Aku cakap nak tumpang berteduh payung pergi seberang jalan.

Payung pulak xde la besar mana. Standard size utk sorang je . kalo masuk 2 orang memang sorang lagi basah kuyup. Dan aku lah yang sorang lagi tu. Separuh badan aku memang basah kuyup. Lagi pulak pakai blouse kan. Memang kuyupppppppp.

Sampai2 je kat bangunan tu terus melilau kot2 ada kedai baju kat situ. Memang tinggal harapan aje la kan nak ada. Terus pergi toilet. Memang resah gelisah. Tetiba baru la teringat hand dryer lam toilet tu. Mula-mula aku masukkan tangan aku. Yela separuh basah kan. Tapi lambat bebenor nak kering.

Terpaksa la aku buat kerja x senonoh, bukak baju. Toilet pompuan xpe. Bukan toilet cmpor haha. Nasib la pakai inner kan. Tertutup la lagi. Maka teruslah aku dengan kerja pengeringan kat dalam toilet. Naseb baik lah pakaian yang aku pakai aritu jenis yang senang kering.

Sempat la jugak kering sebelum bergegas ke tempat temuduga. Dan aku sikit pun xlambat. Bersyukur sangat2. sebab dapat temuduga dalam keadaan yang selesa. tak ada tanda2 aku kena hujan aritu. Hihi

Dan yang paling gembira aku dapat kerja itu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Memang hujan itu rahmat hihi.

 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting