Showing posts with label relationship. Show all posts
Showing posts with label relationship. Show all posts

Nov 13, 2010

selalu stress boleh kuruskan badan ke?

12:58 PM 0 ♥
ada suatu ketika dulu, erm sebelum balik cuti raya haritu kot aku ada la jumpa ngan sorang member ni. pastu jumpa2 je aku dia cakap la aku ni makin lama makin kurus. aku gelak je la. pastu dia tanya aku, risaukan something ke? aku gelak lagi. mana ada risau apa-apa.

kawan aku ni tau la pasal aku ngan ex-bf. i mean tau aku pernah couple ngan ex pastu jumpa2 je aku dah ada ganti baru. eceh, gaya macam hot sangat je kan. .eh tapi bukan harini putus esok cari pengganti. lama la jugak memendam rasa bersedih sana sini. takut dah nak bercinta lagi.ha ha ha ok abaikan. then dia tanya lagi, aku ni ada risaukan something ke? risau pasal relationship sekarang ke? bla bla bla hahah memang dia ni banyak sangat songeh! banyak tanya! macam-macam la. aku gelak2 je la, sambil jawab ala2 org cool. 

eh xde la risau macam tu sangat. 

yela, bila orang dah ada pengalaman bercinta and putus cinta pastu bercinta lagi sekali ni..perasaan dia tu lain macam sikit kot. macam mana lain tu tak perlulah aku cakap kat sini. siapa yang pernah ada pengalaman macam tu paham la. yang tak tahu tu senyap2 sudah. haha

ok2, taknak cakap pasal cinta ke whatever. cuma, bila kawan aku cakap macam tu ..memang terus lah masuk lam kepala otak aku ni. ye, aku memang suka amek pusing apa orang kata. pastu macam tak puas hati dan berfikir lah.

kalau tension2, banyak fikir, stress ni boleh kurus ke?
hahahahaha. nampak pelik kan. tapi aku tak tahu la sejauh mana. yes, of course dalam kepala aku  ni ada benda macam2 yang masih belum selesai. fikir macam-macam. alah semua orang pun macam tu kan.
人は誰でもそれぞれに悩みを抱えて生きる
壊れそうな心を必死に抱きしめて
macam lirik lagu let me hear your voice(koe wo kikasete) oleh bigbang.  eh ke salah lirik eh haahaha lantak lah. janji ada point di situ. tapi betul ke macam tu ek? kalau duk tension2, stress je sokmo boleh jadik kurus ke? aku tak tahu lah aku ni stress ke apa. tension ke. banyak fikir sangat ke sampai memudaratkan badan aku ni. memang ramai dah tegur aku makin kurus sejak datang jepun, dan semakin menjadi2 sejak akhir ni la kot. even abah aku pun cakap. bukan aku nak bangga sebab kurus dan boleh kurangkan berat badan, tapi tahap kurus ni bukan dalam apa yang aku nak. erm paham x? kalau orang sebuk diet nak kurus, seronok melompat2  bila berat turun tapi tak bagi aku. penurunan berat badan aku ni macam nampak tak sihat lak. (haha) setiap kali timbang,jarum tu antara dua je kedudukan dia. tetap kat berat lama , takpun ke kiri..harini timbang berat badan xgerak. esok timbang eh dah ke kiri balik. begitulah seterusnya bila aku timbang dan timbang berat sampai dah xnak naik atas penimbang tu.
semakin lama aku duk jepun, semakin banyak berat turun.

aci x buat hipotesis macam ni? ingat lagi sebelum aku datang sini dulu. borak2 ngan pakcik teksi. bila aku cakap aku akan datang jepun belajar engineering, dia terus gelak dan cakap macam ni

lepas 4 tahun duk sana, kompem tinggal tulang la kamu  nanti

eh.eh pakcik ni. ramai je orang makin gemuk datang jepun. ok sesiapa jangan terasa.tapi aku dah memang tahap nak tinggal tulang dah ni. haha ada la isi sikit2.

kalau nak cakap aku tak makan, ko tanya la dorang. aku lah manusia yang kuat makan. tapi berat aku makin susut. nape ek? sebab aku banyak fikir ke ek? kalah einstein dah pulak banyak2 pk. aku pernah tanya dia pasal ni.
aku  :  kalau selalu tension2, banyak fikir boleh kurus ke?
dia  :  kalau selalu tension, banyak fikir nanti banyak tenaga pakai. so nanti mesti selalu nak makan. jadik gemuk lah. orang tension ni selalunya makan dengan banyak.
aku  :  tapi kalau orang yang tension tu jenis tak nak makan? kurus la jadi nye kan?
dia  :  hahahahahahaha

hmmmm doushiou~

Oct 10, 2010

sampai jugak cinta hati aku ni ha ha ha

10:36 PM 0 ♥
akhirnya `posmen` sampai jugak bersama cinta hati saya.
semangat tunggu punya tunggu.
walaupun dalam kepala berangan tinggi nak melangit aje.
tapi simple macam ni pun boleh buat aku gembira.
senyum sorang2. blushing sorang2.



Aug 2, 2010

macho = kidal + specky + baju belang2 melintang + tahu melukis

5:20 AM 2 ♥
assalamualaikum =)

*bosan + muak mengadap tulisan jepun so aku berehat sekejap hehe

start : [6:04 am]
*******************

ciri2 lelaki idaman sepanjang zaman adalah seperti di atas. ok, sounds stupid tapi biarlah apa orang nak kata. ni ciri-ciri lelaki idaman aku dan bukan kamu. macho di atas adalah membawa makna (orang yang mempunyai sedikit paras rupa dan apabila mempunyai ciri2 di atas maka dia adalah sangat macho, kakkoi dan tampan lagi bergaya ) hahahaha
terkecuali kepada mereka yang bermuka pecah rumah. ok, aku tak kutuk ciptaan Allah tapi, sebagai manusia normal aku jugak berhak memilih ciri-ciri di atas dalam usaha memilih calon suami kekeke

kenapa kidal + specky + baju belang2 melintang + tahu melukis nih sangat macho dan hot? salah satu sebab utama adalah kerana aku tak kidal, mata aku sehat so aku tak pakai spek dan aku tak tahu melukis. tapi aku ada baju belang2 melintang je. so partner aku paling tidak mesti mempunyai sifat di atas untk kelihatan macho di mata aku haha

sejak dari bangku sekolah aku sangat kagum ngan orang yang kidal dan bercermin mata dan tahu melukis. kecik2 dulu selalu berlatih menulis menggunakan tangan kiri. selalu berangan nak pakai cermin mata sebab gaya ketika membetulkan cermin mata menggunakan jari manis adalah sangat kakkoi!!!! dan aku suka melukis sejak dari kecik tapi bakat tak terasah so stop cmtu je.

so kepada yang berkenaan, sila mahirkan kemahiran menulis menggunakan tangan kiri =P


finish : [6:19]

Aug 1, 2010

lagu jiwa lagu cinta

6:36 AM 4 ♥
assalamualaikum =)

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

eh tajuk macam lagu mawi. tapi aku tak tiru ok. aku memang nak buat tajuk entri aku macam tu tanpa memikirkan @ teringat kat lagu mawi. sumpah. aku xdengar lagu mawi. aku tak minat mawi. hahahahaha ntah ape2 je kan. padahal xdak sapa2 pikiaq lagu tu pon haaaihhh. amacam aku kecek utagha?

seperti entri sebelum ni, aku suka kaitkan hidup aku ni melalui lagu. apa2 yang berlaku mesti nak carik lagu y sesuai hahaha. meh sini nak bagitau antara lagu2 yang kalau aku dengar mesti teringat kat kesah lama2.

aku tak nak terang banyak2. korang dengar satu2 then buat kesimpulan sendiri boleh x? haha







  • 1st : cuba by Faizal Tahir
  • 2nd : hush hush by pussycat dolls
  • 3rd : dibius cinta by melly goslow n yusri kru
  • 4th : torture by rin on the rox
  • 5th :  hakikat sebuah cinta by saleem
  • 6th : 声を聞かせて (let me hear your voice) by BigBang
  • 7th : you are my destiny by Haha
 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting