Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Nov 21, 2010

soya oh soya, kenapa kamu bahaya?

11:19 PM 0 ♥
orang cakap rules dibuat untuk dilanggari(?). tapi taknak cakap pasal peraturan. sebab aku budak skema. hakhakhak. ok tak lawak. pernah tak menggemari  benda tak elok, tokuni(terutamanya) untuk kesihatan la.

aku suka soya. sangat suka kot. minum since sekolah menangah. kalo time bukak puasa, satukotak besar pon boleh habis. setelah sekian laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamannya aku tak minum soya, tadi g beli. 4kotak besarbawak balik rumah.

imported dari korea nih. rasa dia lain sangat dari soya yeos malaysia tu. rasadia lagi pekat and lagi manis. sangat suka! harini dah abes 3 gelas.

tapi ada siapa tahu tak, soya tuh dengar ceritanya tak elok untuk kesihatan, terutamnya perempuan lah. antara yang dinyatakan ialah :

  1. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  2. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  3. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

sebab tu ke otak aku lembab? hahaha. ok tak lawak jugak. ni antara isi kandungan note yang kouhai(junior) aku share petang tadi kat facebook.

sumber asal :

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

KES : 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

KES: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!


KES: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.

MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Wallahu a'lam


hmmmmm...cmno ni ada lagi 3kotak setengah. expired date april 2011. kena elakkan daripada minum selalu ni. xkan la aku nak ada breast cancer lak kan? pastu pertumbuhan bayi pun nanti luar biasa. menakutkan. eh aku tak mengandung lah.


p/s : kenapalah manusia ni suka benda terlarang yangterang tang-tang membawa keburukan?

Nov 13, 2010

selalu stress boleh kuruskan badan ke?

12:58 PM 0 ♥
ada suatu ketika dulu, erm sebelum balik cuti raya haritu kot aku ada la jumpa ngan sorang member ni. pastu jumpa2 je aku dia cakap la aku ni makin lama makin kurus. aku gelak je la. pastu dia tanya aku, risaukan something ke? aku gelak lagi. mana ada risau apa-apa.

kawan aku ni tau la pasal aku ngan ex-bf. i mean tau aku pernah couple ngan ex pastu jumpa2 je aku dah ada ganti baru. eceh, gaya macam hot sangat je kan. .eh tapi bukan harini putus esok cari pengganti. lama la jugak memendam rasa bersedih sana sini. takut dah nak bercinta lagi.ha ha ha ok abaikan. then dia tanya lagi, aku ni ada risaukan something ke? risau pasal relationship sekarang ke? bla bla bla hahah memang dia ni banyak sangat songeh! banyak tanya! macam-macam la. aku gelak2 je la, sambil jawab ala2 org cool. 

eh xde la risau macam tu sangat. 

yela, bila orang dah ada pengalaman bercinta and putus cinta pastu bercinta lagi sekali ni..perasaan dia tu lain macam sikit kot. macam mana lain tu tak perlulah aku cakap kat sini. siapa yang pernah ada pengalaman macam tu paham la. yang tak tahu tu senyap2 sudah. haha

ok2, taknak cakap pasal cinta ke whatever. cuma, bila kawan aku cakap macam tu ..memang terus lah masuk lam kepala otak aku ni. ye, aku memang suka amek pusing apa orang kata. pastu macam tak puas hati dan berfikir lah.

kalau tension2, banyak fikir, stress ni boleh kurus ke?
hahahahaha. nampak pelik kan. tapi aku tak tahu la sejauh mana. yes, of course dalam kepala aku  ni ada benda macam2 yang masih belum selesai. fikir macam-macam. alah semua orang pun macam tu kan.
人は誰でもそれぞれに悩みを抱えて生きる
壊れそうな心を必死に抱きしめて
macam lirik lagu let me hear your voice(koe wo kikasete) oleh bigbang.  eh ke salah lirik eh haahaha lantak lah. janji ada point di situ. tapi betul ke macam tu ek? kalau duk tension2, stress je sokmo boleh jadik kurus ke? aku tak tahu lah aku ni stress ke apa. tension ke. banyak fikir sangat ke sampai memudaratkan badan aku ni. memang ramai dah tegur aku makin kurus sejak datang jepun, dan semakin menjadi2 sejak akhir ni la kot. even abah aku pun cakap. bukan aku nak bangga sebab kurus dan boleh kurangkan berat badan, tapi tahap kurus ni bukan dalam apa yang aku nak. erm paham x? kalau orang sebuk diet nak kurus, seronok melompat2  bila berat turun tapi tak bagi aku. penurunan berat badan aku ni macam nampak tak sihat lak. (haha) setiap kali timbang,jarum tu antara dua je kedudukan dia. tetap kat berat lama , takpun ke kiri..harini timbang berat badan xgerak. esok timbang eh dah ke kiri balik. begitulah seterusnya bila aku timbang dan timbang berat sampai dah xnak naik atas penimbang tu.
semakin lama aku duk jepun, semakin banyak berat turun.

aci x buat hipotesis macam ni? ingat lagi sebelum aku datang sini dulu. borak2 ngan pakcik teksi. bila aku cakap aku akan datang jepun belajar engineering, dia terus gelak dan cakap macam ni

lepas 4 tahun duk sana, kompem tinggal tulang la kamu  nanti

eh.eh pakcik ni. ramai je orang makin gemuk datang jepun. ok sesiapa jangan terasa.tapi aku dah memang tahap nak tinggal tulang dah ni. haha ada la isi sikit2.

kalau nak cakap aku tak makan, ko tanya la dorang. aku lah manusia yang kuat makan. tapi berat aku makin susut. nape ek? sebab aku banyak fikir ke ek? kalah einstein dah pulak banyak2 pk. aku pernah tanya dia pasal ni.
aku  :  kalau selalu tension2, banyak fikir boleh kurus ke?
dia  :  kalau selalu tension, banyak fikir nanti banyak tenaga pakai. so nanti mesti selalu nak makan. jadik gemuk lah. orang tension ni selalunya makan dengan banyak.
aku  :  tapi kalau orang yang tension tu jenis tak nak makan? kurus la jadi nye kan?
dia  :  hahahahahahaha

hmmmm doushiou~

Sep 27, 2010

5 Surprising Ways You're Ruining Your Skin

10:59 PM 0 ♥
1. Outdated glasses/contact lens prescription:Anything that makes you squint — like reading or working in a poorly lit room, or not updating your contact lens prescription — leads to more fine lines and wrinkles around the eye area. Get thee to an eye doctor, stat!
Related: 4 Ways to Take Years Off Your Eyes

2. Steam rooms:
 We all love a good detoxifying sesh in a steam room or sauna, but Dr. Gross says to limit your exposure to these extreme-heat bad boys because they decompose skin's elastin and collagen. Eeeeek!
Related: 26 Secrets to Better Skin
3. Running (or any high-impact exercise):
 "While such exercise may benefit our hearts, it can cause the fat pads to slide south, and collagen and elastin to break down. If you enjoy running, try walking," explains Dr. Gross. OMG


Aug 13, 2010

jangan minum nescafe 3-in-1!!!!

11:36 AM 4 ♥
apa ek produk 3-in-1? yang aku suka dan agak selalu makan minum ialah nescafe, nestum kahkahkah mari gelak ramai-ramai dah besar makan nestum. eh peduli kan mereka.

tu je la yang aku tahu. kamu semua? makan apakah? haaaaa baik dihentikan sekarang!!! sebabnya kementerian kesihatan dah cakap produk ni membahayakan kesihatan. katanya terlebih kandungan gula 5gram.

kemudian, bagi orang dewasa pulak jangan lebih 10 sudu teh gula sehari atau 50gram. bersamaan dengan 10 peratus daripada jumlah tenaga harian.

siapa cakap? pandai-pandai kau je kan. Persatuan Kesihatan Dunia (WHO) dan Persatuan Diet MAlaysia. tak percaya? tak apa, kau yang akan dapat penyakit. bukan aku kekeke
Elak terlebih minum produk 3-in-1
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa produk minuman3-in-1 yang kandungan gulanya melebihi 5 gram boleh memudaratkan kesihatan jika diambil secara berlebihan.

Jul 27, 2010

lobak is sayur ok!

7:55 PM 2 ♥
di suatu petang y tak berapa nak dingin..

 "hmmm aritu dah buat air buah. jus epal + susu. nyum2 sangat sedap. harini nak buat carrot susu la pulak"

maka aku berjalan ke mitsuwa membeli barang2. sayur, ikan, halia, lobak merah dan tauhu. dan membayar semuanya. jalan2 menuju ke pintu luar tetibe teringat tak beli susu. kemudian masuk kembali ke mitsuwa. apabila hampir tiba di rak yang tersusun pelbagai jenis susu kemudian teringat lagi

"eh, mana boleh makan susu + buah. tak elok untuk kesihatan"

lalu aku keluar dari mitsuwa dan menuju ke rumah. separuh perjalanan telah ku tempuhi. hanya 3 minit untuk tiba di rumah dan aku kembali tersedar.

"tapi lobak bukan buah"

T_T
no carrot susu for today.esok je la ek. harini minum air kosong aje lah


Jun 24, 2010

sejuk menggigil~

9:30 PM 0 ♥
assalamualaikum semua =)
hellow world!


jangan lupa mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat yang diterima. =)


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

tadi balik dari lab termengah-mengah jalan kaki terfikir kalau dapat mandi air sejuk ni kan best. teringat kimcohi kalau kat kampung. mandi air paip sumber air telaga kat umah. bukan air paip saluran macam umah korang tu tau. yang bulan2 kena bayar bil air. rumah abah kat kampung xde bil air. masuk lam bil letrik. jana guasa guna motor air untuk sedut air dari telaga. perghhhhh~ saikou! terbaik ah. kat kampung tak ada heater macam kat umah aku kat jepun ni. cuaca ngah sejuk ke panas ke air paip telaga tu lah sumbernya.

setiap kali aku ngah panas ke berpeluh2 ke terus teringat kimochi mandi air paip kt umah. natsukashii to omotte, aku terus offkan heater then mandi air paip kat jepun camtu je. mak aihhhhhhh. sejuk x engatlah! aku pun xtahu la  suhu air sama ke tak ngan kat kampung tu. mungkin aku dah terbiasa guna pemanas air. selesa betul hidup aku. itu pun masih lagi merungut sana-sini. astaghfirullah~

tadi aku search la sana sini pasal suhu yang sesuai untuk mandi. pastu jumpa info ni. betul ke tak tu tak tahu la.maklum la sekarang ni walaupun dunia di hujung jari, tak semua boleh diterima bula-bulat kan? 

Hot bath

Temperature: 100-104 ° F / 38-40 ° C 

A hot bath can be useful for treating fevers and eliminating toxins (use either the Evergreen bath salts recipe or the Detox bath oil recipe for this purpose).

If you find it too difficult to get into a bath this hot, pour the bath to the temperature you are comfortable with then gradually add hot water as you become accustomed to it.
After your hot bath, put on some warm cotton pajamas or night gown and slip into bed ensuring you have plenty of blankets to promote sweating.
Note: Do not have bath water this temperature if you are pregnant, have varicose veins, hemorrhoids, or high blood pressure.


Warm bath

Temperature: 80-90° F / 27-34° C
A warm bath can be very soothing and calming to the mind. This is due to the equality of the body temperature which gives gentle encouragement to the natural functions of the body.



Cold bath

Temperature: 70-80 ° F / 21-27 ° C
A cold bath can activate and tone the skin. This temperature will help with respiration and increase the tone and elasticity of muscles. It decreases fatigue making it an ideal bath for the morning (the Stimulating bath oil 
recipe is the perfect blend for a cold bath).


oh ya, menu for today is seperti di bawah. nyum3 sangat sedap. Alhamdulillah =) 
daging goreng black pepper campur sayur 
haha panjang nya nama.


 

celoteh ckynwan Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei | web hosting