suatu hari, sedang aku masak-masak padahal goreng ikan je pun, datang la adik aku. suruh masakkan megi goreng. ceh megi je ke. so aku turunkan segala ilmu dalam bab masak-memasak ni. maka selesai lah satu menu megi goreng berkuah. aku taruk telur 2 bijik. maka aku panggil la adik aku syairazi n syafik tu untuk menjamu selera. bila syafik makan sesudu dua....
"sedapnye! kak nor masak macam ni ke kat jepun?"
aah. macam ni la kak masak. sedap kan? hahaha padahal aku ni dah gelak pecah perut tapi dalam hati. budak-budak kena layankan aje.
kemudian, satul agi insiden hari raya ke berapa ntah. aku buat air bandung. sila baca lagisekali. AIR BANDUNG. bukannya air teh jepun pun. sekali lagi...
"sedapnye! kat jepun kak nor buat air ni jugak ke?"
hahahahahaha aku gelak guling-guling. itu lah telatah syafik, adikku yang kini beradadi darjah satu. nampak macam cool tapi masih terserlah kebudak-budakan nya. tak cukup dengan peristiwa dia buat aku malu dengan diri sendiri haha nanti aku cerita lagi
2 ♥:
nk p jpun gak
jom2. jalan2 sini. hehe
Post a Comment